Rabu, 31 Julai 2019

Petai, Cempedak dan Nangka

Alhamdulillah!!! Pagi ini, mengambil hasil buah2 rampai ini sebagai memenuhi pesanan rakan2. Terpaksa berhenti mengambil rambutan buat seketika sebab ada nangka, cempedak dan petai yg terlalu matang.

Rabu, 24 Julai 2019

Rambutan Pulak!!!!!

Maaf kpd rakan2 yg ada outstanding order utk petai sebab InsyaAllah, saya hanya ada masa utk petik pada hari Sabtu ini saja. Saya akan maklum sebelum menghantar pesanan Tuan/Puan itu. Sudah hampir seminggu saya tertumpu kpd rambutan kerana ia masak agak cepat. Bahkan esok saya terpaksa mengambil seberapa banyak bakul yg boleh utk dihantar kpd pemborong dibandar. Wassalam

Ahad, 21 Julai 2019

Petai Pulak!!!

Alhamdulillah!!! Nikmat berbakti kpd tanah. Darinya kita dijadikan. Dengannya kita meneruskan kehidupan menimba rezeki yg melimpah ruah dan kepadanya juga kita akan dikebumikan. Subhanallah!!!

Selasa, 16 Julai 2019

Jering Pulak

Jering pulak!!! Cempedak dan Petai coming soon....

Quality jering agak Mantop!!!  Besar. Bulat, Padu dan baru ditangkai.



Image may contain: food and outdoor
Add caption
Petik sebaldi besar pagi ini.

Pulut Durian

Alhamdulillah!!! Pulut Lulian Bohhh!!! Jemput makan....

Sabtu, 13 Julai 2019

Lambutan lah Pulak!!!!!

Pagi nie 13/7/2019 mula kait lambutan dalam sebakul. Sebenarnya musimnya belum sampai. Entah apa yg tak kena.... ada satu pokok tuu dah mula masak sebahgian daripadanya. Kebetulan ada pesanan dari kawan2 jadi kaitlah sebakul.

Pada masa ini harga runcit masih tinggi di pasaran. Pemborong buah di bandar sanggup bayar aku RM5/kg. Harga pasar malam sekitar RM7/kg. So, aku mulakan pasaran minggu ini pada harga RM10/= untuk 2 kg.

Anak sekolah tuuu..

Petikan pagi ini termasuk kutipan durian.

Jumaat, 5 Julai 2019

Audit untuk My GAP.

My GAP.
Pegawai2 Pertanian dari Pej. Daerah dan Negeri membuat lawatan ke Dusun Ku untuk proses Pengauditan bagi Sijil My GAP (Good Agricultural Performance). Bukan My GAP (Gold Accumulation Program yg En. Khaja Nazimudeen Yaacop dan Abang Long Afendi - pakar tuu). Aku juga ingin menyatakan bahawa semua Tempahan Durian DITUTUP berkuatkuasa serta merta. Ini ialah kerana setelah 4 minggu buah berguguran.... pesanan tertunggak terkini telah naik sehingga Rabu 10/7/2019. Wassalam

Kutipan Pagi 3/7/2019

The pace is getting strongger. Koleksi pagi ini. Alhamdulillah!!! Semua pesanan yg diterima dalam 2 minggu lepas telah dipenuhi sepenuhnya. Hanya ada 3 pesanan lagi yg ada dalam booking list iaitu 1. Puan Khatijah Din Khatijah Din 50kg- Khamis. 2. En. Rasid 10kg - Khamis dan 3. Dari Dungun 1 bakul pada 11/7. Pesanan masih dibuka walaupun Pemborong telah berjumpa semalam utk memborong "kawin pada harga RM11 dan Kampong RM6. Harga pasaran aku hanya RM12 utk Kawin dan RM7 utk Kampong.