Ahad, 31 Mei 2020

Mat Ranjer Mula Bertugas.

Alhamdulillah!!! 

Macam musim2 lepas, Mat Renjer nie dah mula menjalankan tugas mengutip buah2 gugur dalam dusun dan membawa ke Abang Carrier. Tayarnya pun dah jenis baru bunga tebal macam tayar scrambler. 

Kapada kawan2 yg biasa buat order tuu... sabaq2 sikit lah yee... Buah baru mula gugur dan orang rumah yg entertain order utk kawan2nya dulu. InsyaAllah ada lagi walaupun tak sebanyak musim lepas. 

Minggu depan saya call yaa..

Ahad, 24 Mei 2020

Bila Musim Gugur Tiiiiibaaaa.....

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Friends dalam FB ini.

Aku ambil kesempatan diatas situasi yg tidak dapat ziarah menziarahi ini dengan mengunjungi 2 daripada 3 Dusun Ku pagi ini setelah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri dan menjamah makanan dengan keluarga yg ada.

Alhamdulillah!!! Satu pokok yg agak lebat buahnya mula menggugurkan 2 butir buahnya pagi ini. Ianya hanya jenis kampong tetapi amat lemak dan sedap isinya.

Jumaat, 22 Mei 2020

Buluh Lemang On the way....

On the way...on the way... 

Sabaq sat nuuu.. Esok masih ada utk yg outstanding. Lusa mula cuti... Jumpa lepas raya pulak nuh......itu pun kalau stock masih ada. Untuk Joe (Amran) yg baru buat pesanan hari nie ....minta maaf banyak. 

Dah hampir seminggu aku dok entertain order nie. Stock pun dah dekat nak habis. Itulah dollu2 Menteri Cina DAP suruh tanam buluh engkau buat pemain idea dia. Aku dah bertambah dari 7 rumpun kepada 10 rumpun dan aku tambah lagi keliling pagar dusun. 
Haa..haaa...
Alhamdulillah!!!.

Selasa, 19 Mei 2020

Buluh Lomang Pulak!!!

Haaaa..... dalam minggu2 terakhir nie ....sibuk lah aku dgn buluh lomang nie. Order dari regular customers. Ada yg nak banyak dan yg hendak 30 ke 40 batang saja. 

Maklumlah lagu ......"Apakan daya .... masa tak akan kembali... Hancur musnahlah...semuanya...." dah berkumandang tak henti2. 

Aku ... apa lagi. Kali ini guna grinder utk potong cepat sikit. Kepada yg baru nak order tu... tengok keadaan. First in first out. Aku ada 7 rumpun buluh lemang saja di kebun.

Jumaat, 15 Mei 2020

Dusun Ku - Photo2 Terkini.

Dah lama aku tak share latest update pasal Dusun2 Ku.  Hari ini aku mengambil beberapa photo dari Dusun Ku 1 dan Kebun Airport.  Aku hanya tidak berkesempatan untuk mengambil photo2 terkini di Dusun Ku 2 iaitu di Kampong Kolek Jalan Sg. Lembing.

Kebun Airport:

Pokok Kelapa Pandan yg semakin membesar

Salah satu pokok  kelapa  pandan yg sedang  membesar.

Tanaman pokok2 pisang yg berbagai jenis.

Diantara pokok2 Durian Belanda yg aku tanam 5 bulan lepas
Photo2 Terkini Dusun Ku 1

Suasana Dusun Ku 1 Terkini

Durian semakin membesar

Sempat petik sebaldi Belimbing untuk dibuat Pati Jus Simpanan.

Ahad, 10 Mei 2020

Berakhirnya Sebuah Tragedi Kehidupan di Musim Covid yg Sukar

Aku sebenarnya tidak mahu menulis berkenaan perkara ini.  Sebulan telah berlalu namun kaitan perkara tersebut sedikit mengganggu ketenangan kehidupan ku.

Hari Khamis, Tanggal 9hb. April 2020 dalam jam 8.00 malam aku menerima panggilan talipon kecemasan dari Abang aku di Penang memberitahu berita kematian.  Aku terus mengemaskan pakaian dan bertolak ke Pejabat Polis Daerah untuk mendapat surat kebenaran perjalanan di musim MCO Covid yg sukar ini.  Aku hanya seorang diri drive all the way pada malam itu kerana aku tidak menyedari ada whatsapp dari anak aku di KL yg offer untuk ikut serta menjadi Co Driver. Surat kebenaran dari IPD Kuantan diperolehi sekitar 10 malam.

Aku terus drive dan memikirkan jalan mana yg akan aku lalui untuk cepat sampai ke Penang. Aku lebih suka menggunakan jalan Genting - Batang Kali kerana ia dapat menjimatkan jarak perjalanan berbanding melalui KL.  Aku ambil kesempatan bertanya kepada  Polis bertugas di beberapa sekatan akan pendapat mereka. Hampir semua Polis di beberapa sekatan menasihati aku supaya mengikuti jalan KL - Penang kerana jalan Genting - Batang Kali agak sunyi.  Pada aku kesunyian tidak menjadi masalah kerana sepanjang aku drive semenjak jam 10 malam hampir tidak ada sebarang kenderaan yang aku temui sepanjang perjalanan.  Apa beza jalan sunyi berliku2 Karak - KL dengan kesunyian Genting - Batang Kali?  Tetapi, apabila memikirkan risiko keselamatan seperti jenayah rompakan dan sebagainya, aku memilih utk ikut jalan KL - Penang.

Aku sampai  KL dalam jam 12 tengah malam.  Hanya 2 jam saja drive dari Kuantan kerana tiada kenderaan. Sekali sekala ada beberapa kereta dan lori yg aku temui sepanjang driving dari KL - Penang tidak seperti Kuantan - KL. Apa yg paling aku bimbang ialah aku bukan jenis berjaga malam.  Paling kuat jam 10 atau 11 aku dah masuk tidur.  Aku bimbang terlelap (micro sleep)ketika driving.  Namun aku agak confident kerana entah mengapa segala tragedi kehidupan aku kini menjelma dalam ingatan sepanjang perjalanan.  Aku terbayangkan kesusahan ketika aku kecil.


Sikap Ibu Aku.

Aku dilahirkan dalam situasi sebuah keluarga yg menunggu saat untuk runtuh.  Namun, Alhamdulillah, aku berjaya juga dilahirkan kedunia ini.  Peristiwa hebat menyambut kelahiran aku ialah ibu dan bapa aku berpisah. Kedua ibubapa aku tidak mahukan aku. Mengikut kata nenek aku bahawa bidan kampong yang menyambut kelahiran (Tok Bedah namanya) menyatakan yang aku membawa sial.  Ibu tidak mahu mempelihara aku dan menyerahkan aku ke pihak Ayah sebaik saja beliau lepas pantang iaitu sekitar 2 bulan. Ayah aku pula membawa diri merantau entah kemana kerana kecewa dengan situasi konflik yg berlaku.  Aku diperlihara oleh Nenek tunggal yg hanya ada seorang anak angkat yg tinggal bersamanya.

Aku sering mendengar orang2 memuji kehebatan  seorang ibu yg bersusah payah melahirkan dan memelihara anak2 mereka. Jika mereka berada berada disituasi aku adakah mereka akn memuji dan menyanjung ibu2 mereka???????.

Sikap Ayah Aku

Berbalik kepada ayah aku dimana aku dikabarkan beliau pulang kekampong selepas beberapa tahun merantau.  Aku sudah mula membesar dengan segala kesusahan yg ditempuhi. (Aku tak mahu mencerita panjang akan kesusahan ini kerana aku telah Coretkan dalam Kisah Hidup Aku berpuluh muka surat melalui blog ini dulu dan kini aku simpankan). Semakin aku membesar semakin banyak dugaan yg dihadapi.  Tingkah laku dan aktiviti aku tidak disenangi oleh ayah aku. Makan bunyi sikit salah menyebabkan muka aku dihantukkan kepinggan nasi. Jalan kuat sikit diatas rumah papan akan mendapatkan sepak terajang ke badan aku. Satu kejadian yg paling menyayat hati ialah apabila aku di hempas diatas tebing jalanraya yg menyebabkan ramai orang kampong datang menyelamatkan aku ketika itu. Terberak terkencing ketika dipukul sudah lali aku tempuhi ketika itu.  Kalau ianya terjadi di zaman sekarang mungkin telah menjadi kes deraan jenayah.  Bukan setakat dipukul, bila balik lewat sikit selepas bermain petang menyebabkan aku tidak dibenarkan naik keatas rumah.  Tidur diluar, dimadrasah adalah kebiasaan pada aku.  Bahkan 2 kali aku terpaksa lari dari rumah dan tidur dirumah orang lain berminggu lamanya ketika masih disekolah rendah. Ringkasnya (seperti yg aku ceritakan dalam sejarah hidup sebelum ini)  kehadiran diri ku amat tidak di sukai oleh ayah aku.

Sikap Aku

Masa kecil aku terima saja taqdir & ketentuan Allah SWT .  Meningkat remaja, perasaan kebencian yg amat sangat mula mengusai minda. Bermula di tingkatan 4 aku mula menumpang tinggal dipondok Abdullah Badawi Kepala Batas dan dirumah sewa kawan2 sekolah yg tinggal berjauhan dari sekolah.  Ayah aku tak kisah, lagi aku tak ada dirumah mungkin lebih baik baginya. Ketika berlajar di ITM Shah Alam, jarang benar aku balik ketika bercuti samester bagitu juga ketika cuti raya. Aku tinggal diasrama menumpang pelajar2 dari Sabah & Serawak yg tidak balik ke kampong.  Namun aku masih hormat akan ibu dan ayah aku kerana aku tahu peranan aku sebagai anak hanya akan berjaya dalam hidup dunia dan diakhirat kelak jika aku patuh dan menghormati ibu & bapa.  Ketika mula bekerja lagi aku memberi duit belanja kepada ayah aku bahkan sehingga keakhir hayatnya.  Bagitu juga aku memberi wang belanja bila saja aku melawat ibu aku ketika pulang kekampong.  Hanya aku tidak boleh tinggal lama di rumah mereka ketika balik bercuti. Rumah ibu aku seperti menziarahnya saja iaitu paling lama 1 jam. Rumah ayah aku di peringkat awal pun bagitu dalam sejam ziarah. Hanya ketika beliau mula sakit aku akan bermalam dirumahnya itupun tak lebih dari 1 malam. Selebihnya aku akan menginap di hotel. Kerana apa.... Apabila lama sikit berhadapan dengan mereka aku mula terbayang kisah lampau. Aku sebaliknya lebih menjauhkan diri dan tidak mahu menerima pertukaran kerja ke Penang dan sanggup ditukarkan bekerja ketempat yg lebih jauh dari mereka.

Stigma kebencian terlalu tebal terpendam dalam jiwa yg tidak pernah aku luahkan. Sehinggakan aku tidak mahu menerima sedikit atau sesen pun harta mereka yg ingin diberikan kepada aku.  Aku tak mahu mewarisi apalagi memiliki harta mereka.

Stigma itu sukar untuk hilang. Aku bisa menangis apabila menonton drama2 yg melibatkan penderaan anak2 yg menyebabkan aku tidak suka menonton drama2 sebagitu. Perasan marah melampau juga akan timbul bila melihat kes2 penderaan di TV dan  akhbar. Namun setitik pun tidak terkeluar airmata untuk mengiringi jenazah mereka.  (Ibuku meninggal beberapa tahun yg lepas)

Tetapi, hikmah yang paling besar dari tragedi kehidupan yg aku lalui itu membuatkan aku jadi lebih kuat, mempunyai semangat yg tinggi untuk berjaya dalam hidup kerana tidak mahu bergantung kepada mereka.

Jumaat 10hb April 2020 sekitar jam 4.30 pagi aku sampai dan tunggu untuk Solat Subuh di Pejabat Tol Exit Kepala Batas Pulau Pinang.

Pesanan Khas

Sayangilah anak2 kamu.  Didiklah mereka dengan sempurna. Percayalah mereka akan mengingati apa saja yang kamu lakukan terhadap mereka sepanjang kehidupan walaupun mungkin kamu terlupa akan tindakan kamu dulu.

Pada aku ...... sedaya upaya aku tak mahu mengingati lagi. Sebab itu aku tidak pernah menulis akan kematian mereka bahkan aku tidak memberitahu langsung kepada jiran2 aku akan berita kematian itu.  Kecuali inilah coretan terakhir untuk melenyapkan segala ingatan aku terhadap mereka.



Jumaat, 8 Mei 2020

Lagi Hasil Semasa

Alhamdulillah!!! 
Hari2 petik daun2 ulam nie spt Kesom, Selom, Ulam Raja, Daun Kunyit dan lain2 dari Kebun Airport kerana ada permintaan tetap daripada beberapa peniaga pasar basah berdekatan. 
Aku tolak seikat 50sen saja utk semua jenis dan terpulang pada peniaga nak jual 70sen ke RM1 ke dan sebagainya.