Ahad, 29 Ogos 2021

Cendawan?????

 Hendak Seribu Daya!!! 

Sebelum aku bersara 12 tahun yg lepas.... aku ada 2 perancangan utk melakukan aktiviti2 dunia sebagai kelangsungan kehidupan. 


Pilihan Pertama... aku akan ceritakan kemudian di masa yg sesuai kelak.


Pilihan Kedua... Melibatkan diri dalam aktiviti Pertanian. Alhamdulillah!!! Kini aku sedang melakukannya. 


Pertanian.... Tidak semestinya kena menyangkul, menebas dan membajak. Ia boleh juga dilakukan secara sambil lewa yg tidak mengeluarkan peluh. Bahkan ia boleh menghasilkan pendapatan yg lumayan jika tumpuan diusahakan kearah itu...


Lihatlah usaha sampingan aku dibawah ini...


#Hendak Seribu Daya#

Hanya 5 Bongkah saja yg aku cuba


Cukup sekali masak utk makan sendiri


Rabu, 25 Ogos 2021

Durian Terakhir Musim Ini

 "Save The Best for Last" 

Alhamdulillah buah Durian Terakhir Penutup Musim. IOI D168. Makan sendiri saja.  InsyaAllah, jika ada rezeki kita jumpa lagi musim depan.


Alhamdulillah!!! Alhamdulillah!!! Alhamdulillah!!!


#Hebatnya Baja Kompos RN#

(Copied from my FB Posting)

Buah terakhir musim ini.

Isi dan rasanya Terbaik!!!



Isnin, 23 Ogos 2021

Petai Petikan ke2

 Pedih telinga!!! .... Pedih telinga!!!...   Boh!

Ada yg call nak masak Sambal Tumis, Nak Masak Poyak dan ada yg teringin nak makan Fresh dari pokok... Maka terpaksalah aku petik sebuah kereta sorong dalam 200 tangkai/papan pagi nie.

Semuanya dah habis diambil orang sebelum zohor tadi.

Petikan seterusnya.... hujung minggu pulak yaaa..

YB Cik Mat dah dapat potai yeee berserta dgn Baja Kompos RN pulak tuuu.


#Hebat Baja Kompos RN#

(Copied from my FB Posting)

Petikan ke2 pagi nir



Baki habis sebelum zohor.


Ahad, 22 Ogos 2021

Potai lah Pulak!!!!!

 Potai lah Pulak!!!

Belum pun reda dgn Cempedak kini Potai Pulak...


Pagi nie petik sikit petai2 yg hampir mencecah tanah utk diedarkan kpd pemesan2 terawal dan habis petang tadi juga.

InsyaAllah, petikan kedua pada minggu depan dan itu pun sudah ramai yg memasukkan order.


Utk makluman Petai dijual pada kadar 12 tangkai (papan) hanya RM10. Petai yg dijual adalah Petai Fresh yg dipetik pada hari yg sama.


#Hebatnya Baja Kompos RN#

(Copied from my FB Posting)

12 papan RM10.


Salah satu pokok yg produktif


Salah satu pokok yg petai hampir mencecah tanah.

Selasa, 17 Ogos 2021

Hasil Semasa - Hebatnya Baja Kompos RN

 Merdeka!   Merdeka!   Merdeka!. Hari ini dan bulan yg amat bermakna bagi Malaysia. Instinct aku mebayangkan yg Bencana Wabak Covid 19 ini akan mula berkurangan selepas ini. InsyaAllah!!!


Alhamdulillah!!! Walaupun sibuk dgn pasaran Cempedak .... sempat juga aku petik 2 baldi Buah Lemon, Sebaldi kecil Limau Nipis dan 2 biji Nangka J33. Seeing is believing!!! Hebatnya Baja Kompos RN.

(Copied from my FB posting 16/8/2021)




Cempelak Pulak!!!

 Alhamdulillah!!! Mula kait sikit Cempelak pagi nie... RM5 sekilo saja. Kampong campur kahwin sama harga. Tapi booking hanya boleh mula pada Rabu ini saja. Esok hingga Selasa penuh.... sebab peminat setia bertanya tak henti2....

(Copied from my FB Posting 14/8/21)


Sempat Goleng utk makan petang.


Jumaat, 13 Ogos 2021

Dokong

 Juga petikan 2 baldi terakhir pagi nie...

(Copied from my FB posting - today)



Isnin, 9 Ogos 2021

Last orders of the day

 Alhamdulillah!!! Pagi nie terakhir ambil 2 bakul kuning campur merah utk memenuhi last orders of the day. Walaupun ada baki2 buah sikit2 lagi..... tapi itu dah ditinggalkan sebagai adat berkebun. Esok .... pergi kebun macam biasa iaitu bermula 8 pagi dan tidak lagi awal pagi iaitu sebaik saja selepas Solat Subuh setiap hari selama sebulan setengah. 


Terima kasih banyak kepada :-

1. Puan Siti penjual buah yg telah membeli hampir 700kg rambutan musim ini.

2. En. Rasip Taukeh Gas MAFA yg membeli 4 bakul rambutan (50kg/bakul) dan sebakul durian.

3. RD Niaga (Taukeh Gas) yg membeli 1 bakul durian dan sebakul rambutan.

4. Tuan Syed Kasim yg telah membeli 3 kali pesanan durian. (20kg setiap pesanan) 

5. Semua kawan2 dan pembeli2 Pmtg. Badak, Sg. Isap dan sekitar Kuantan.


Selepas ini .... Cempedak dan Petai pulak. Wassalam.

(En. Mohd Hazlimi Hasan Pls take note that you've a wonderful hearted Gas dealers in Kuantan... whereby they purchased in bulk from me and contributed to respective mosques in Kuantan.

(Copied from my FB posting)











Isnin, 2 Ogos 2021

Anak Sekolah!!!!!

 Alhamdullillah!!!!! Tiga pokok gula batu, jarum emas dan 4 pokok gading telah selesai dipetik dalam seminggu. 

Pagi nie mula petik Anak Sekolah. Harga sama bang, 3kilo RM10. Tapi kalau nak order ... 3 hari baru boleh dapat. Hari nie dan esok dah ada orang tempah sehari 3 bakul, bang. Heeee.....heeee...heeee.

(Copied from facebook posting)

Mula petik Anak Sekolah pagi nie..