Selasa, 19 Disember 2023

Great Escapes!!!

 It was a great escapes from the humidity of Changkul and Sabit. Alhamdulillah!!! Dapat berihat disini ... one of the best 5 star hotel -  fully sponsored by salah seorang anak for 3 days & 2 night stay dgn cucu2 nakal. Inclusive package of Buffet breakfast, lunch & dinner. What's an amazing getaway!!!







Sabtu, 11 November 2023

Ahad, 5 November 2023

 Sekembali dari Cameron Highland, kami tinggal beberapa hari di rumah kami di Ara Damansara.

Semalam, salah seorang anak kami sponsor pula untuk berehat di sebuah hotel sebelah KLCC. 

InsyaAllah, balik Kuantan esok iaitu Isnin.



Isnin, 30 Oktober 2023

Sustainability!!!

Sustainability Achieved when whatever comes in are more than those that goes out!!!



Khamis, 26 Oktober 2023

Pokok Sacha Inchi

 Alhamdulillah!!! Pokok Sacha Inchi yg aku tanam 6 bulan lepas kini galak mengeluarkan hasil. Ia amat sesuai menggunakan Baja RN Kompos yg aku buat sendiri itu. Kini ia semakin produktif dan aku akan menyemai beberapa pokok lagi di kawasan bersebelahannya. Pokok ini juga amat berkhasiat utk kesihatan.



Ahad, 22 Oktober 2023

Kelapa Pandan

Alhamdulillah!!! Pokok2 Kelapa Pandan yg ditanam sekitar 3 tahun lepas kini berhasil.



Ahad, 1 Oktober 2023

Isnin, 18 September 2023

Cempedak Lagi...

 Bertani, Berkebun biar Berbaloi.... Bukan main2 Oiii...

I faced it all... And I stood tall.

I did it my way...




Jumaat, 15 September 2023

Cempedak Pulak Dah!!!

 Ketika Durian, Rambutan, Manggis, Dokong hampir habis..... muncul pulak Si Cempedak!!!. Hoiii.... tak kemana2lah aku nampaknya.



Sabtu, 9 September 2023

Merah & Kuning.

 Harap2 seminggu lagi selesailah kerja2 di kebun nie. Nak berehat & jalan2 cari makan pulak.

Baru selesai memetik pagi nie..





Khamis, 7 September 2023

Rambutan Anak Sekolah, Gula Batu dan Gading

 Dah seminggu memetik dan terus memetik hampir 100kg iaitu 2 bakul besar sehari untuk dihantar kepada Pemborong merangkap Penjual Buah2an yg  terkenal di Kuantan. Alhamdulillah!!!.



Sabtu, 19 Ogos 2023

Lulian di Dusun Ku pagi nie..

 Alhamdulillah!!! Kutipan pagi nie.. dah hampir sebulan buah berguguran. Kutipan 2 kali sehari iaitu pagi & petang.



Jumaat, 28 Julai 2023

Kolam Tadahan Air

 Tersangat penting mesti ada Simpanan Takungan Air di Kebun....



Selasa, 25 Julai 2023

Lagi ... Bermalam di Dusunku

 Alhamdulillah!!! Malam ke 2 di minggu ke 2 aku & isteri datang bermalam di Dusunku 1. Minggu lepas kami tidur 2 malam saja. Minggu nie.... rasanya 3 malam kut.

Seronok tidur disini .... sejuk asli dan dihiasi suara cengkerik.

Nie .... baru nak makan malam. Menu simple saja... Petai rebus pokok sendiri. Udang di bakar dengan bara ranting kayu & cicah air asam. Fuhhhh!!!



Selasa, 18 Julai 2023

Bermalam Di Dusun Ku 1

 Alhamdulillah, untuk beberapa hari ini aku & isteri akan bermalam di Dusun Ku 1 ini. Suasana menarik sejuk dan hanya terdengar bunyi2 cengkerik saja. InsyaAllah, selepas ini aku akan bermalam di Dusun Pandan dan juga di Dusun Kg Kolek.



Jumaat, 14 Julai 2023

Daun Kesom Lagi...

Ha.... hari nie separuh hari. Selain daripada bermain2 dgn ayam ternakan aku ambil juga dalam 5 kilo Daun Kesum untuk dihantar ke kedai. Daun Kesom ini aku tanam bertahun2 dulu ... tetap tumbuh subur hingga kini.  Tanaman ini amat suka dengan Baja Kompos RN yg aku buat sendiri tuuu...



Rabu, 5 Julai 2023

Bercuti dari Berkebun sekejap

 Sedang berehat di Primula & Pulau Kapas. InsyaAllah, minggu depan menyangkul semula di Dusun Ku.



Isnin, 8 Mei 2023

Buat Stor Baru di Dusun Ku 1

 Pagi ini di Dusun Ku 1....


Jam 8.30 pagi ini 8/5/2023 di Dusun Ku 1


Jam 1.30 petang ini 8/5/2023 Di Dusun Ku 1.

Jumaat, 5 Mei 2023

Selasa, 2 Mei 2023

Jumaat, 28 April 2023

Selamat Hari Raya 2023

 Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga. Sama2 kita mengekalkalkan kesihatan ditahap Terbaik  iaitu suatu Asset yg amat berharga di dunia ini. Jomm... ke kebun!!!



Selasa, 4 April 2023

Dedak Bokashi untuk Ayam


 Alhamdulillah!!! Dalam usaha menjimatkan kos terutama dalam pembelian Dedak Ayam aku membuat sendiri Dedak Ayam Bokashi yg ternyata menjimatkan sehingga 50% dari kos sebenar.




Rabu, 1 Februari 2023

Bercuti dari Berkebun.

 Kelmarin, pack satu kampit plastik besar tempahan Baja Kompos RN yg di order oleh pelanggan. Kelmarin petang juga seperti biasa rutin harian ....kutip Telur Ayam Kampong.


Pagi ini... mai bercuti di PJ nie. InsyaAllah, hujung minggu depan baru balik berkebun semula. Wassalam.


(Note:- Copy & Paste from my FB posting today - Ara Damansara, PJ)