Tersangat penting mesti ada Simpanan Takungan Air di Kebun....
Senarai Blog Utama
Jumaat, 28 Julai 2023
Selasa, 25 Julai 2023
Lagi ... Bermalam di Dusunku
Alhamdulillah!!! Malam ke 2 di minggu ke 2 aku & isteri datang bermalam di Dusunku 1. Minggu lepas kami tidur 2 malam saja. Minggu nie.... rasanya 3 malam kut.
Seronok tidur disini .... sejuk asli dan dihiasi suara cengkerik.
Nie .... baru nak makan malam. Menu simple saja... Petai rebus pokok sendiri. Udang di bakar dengan bara ranting kayu & cicah air asam. Fuhhhh!!!
Selasa, 18 Julai 2023
Bermalam Di Dusun Ku 1
Alhamdulillah, untuk beberapa hari ini aku & isteri akan bermalam di Dusun Ku 1 ini. Suasana menarik sejuk dan hanya terdengar bunyi2 cengkerik saja. InsyaAllah, selepas ini aku akan bermalam di Dusun Pandan dan juga di Dusun Kg Kolek.
Jumaat, 14 Julai 2023
Daun Kesom Lagi...
Ha.... hari nie separuh hari. Selain daripada bermain2 dgn ayam ternakan aku ambil juga dalam 5 kilo Daun Kesum untuk dihantar ke kedai. Daun Kesom ini aku tanam bertahun2 dulu ... tetap tumbuh subur hingga kini. Tanaman ini amat suka dengan Baja Kompos RN yg aku buat sendiri tuuu...
Rabu, 5 Julai 2023
Bercuti dari Berkebun sekejap
Sedang berehat di Primula & Pulau Kapas. InsyaAllah, minggu depan menyangkul semula di Dusun Ku.