Madu Lebah.

Madu Lebah.

Updated on 25/01/2016

Madu Lebah adalah satu produk unik yang dihasilkan oleh Lebah ciptaan Allah SWT khususnya untuk dijadikan Penawar dan Pencegah Penyakit bagi manusia yang memakannya.  Dua ayat Quraan dibawah amat jelas menceritakan bagaimana Allah SWT memberi perintah kepada Lebah untuk membuat sarang di gunung2, di pokok2 kayu dan di bangunan2 yang didirikan oleh manusia.

Seterusnya Allah SWT memerintahkan lagi kepada Lebah2 supaya memakan jenis bunga2an dan buah2an yang ia suka serta hasilkanlah madu untuk dijadikan penawar apabila dimakan oleh manusia yang berfikir. Yakni, manusia yang mengkaji kehebatan khasiat Madu Lebah itu. 


أَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِوَمِمَّا يَعْرِشُونَ 
(Surah An-Nahl ayat 68)
Dan Tuhan mu memberi ilham kepada lebah “  Hendaklah engkau  membuat  sarang mu di gunung-gunung,   di pokok-pokok  kayudan  juga    DI BANGUNAN – BANGUNAN   YANG  DIDIRIKAN  OLEH  MANUSIA.


مَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ

                           لْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ  
(Surah An-Nahl ayat 69)
Kemudian    makanlah   dari  segala  jenis   bunga-bungaan  dan  buah-buahan  ( yang  engkau  sukai ), serta  turutlah jalan-jalan  peraturan Tuhanmu  yang diilhamkan dan dimudahkannya  kepadamu, “  ( Dengan  ituakan  keluarlah  dari  dalam  badannya  minuman ( MADU ) yang berlainan   warnanya,  yang  mengandungi  penawar  bagi  manusia  ( dari berbagai penyakit ).  Sesungguhnya  pada   yang   demikian  itu, ada  tanda ( yang membuktikan kemurahan Allah ) bagi  orang-orang  yang  mahu  berfikir.    

Dua ayat al Quraan diatas serta Dua Hadis Rasullulah SAW sudah cukup bagi memberi perkabaran kepada semua manusia akan kehebatan khasiat Madu Lebah dalam membentuk dan memandu kehidupan manusia supaya memiliki tahap kesihatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan seharian sebagai hamba Allah SWT di muka bumi yang fana ini.
                     

Hadis  Riwayat  Ibnu  Majah
Rasullulah S.A.W.  bersabda  “ Ambillah  ( yakni  yakin ) oleh mu  sekalian 
akan  ubat  penyembuh, Iaitu  MADU  DAN  AL – QURAN ”.


Hadis  Riwayat  Abu  Hurairah  RH
Rasullullah  S.A.W.  bersabda  “  Barang  siapa  yang  menjilat  MADU
sebanyak  tiga  pagi, pada  setiap  bulanmaka   tidak   akan   terkena
cubaan   yang   besar ”.

Tidak hairanlah mengapa Madu Lebah telah menjadi satu produk yang sentiasa di cari oleh manusia untuk memakannya. Oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi maka terlalu ramai pula yang mengambil kesempatan menghasilkan Madu Lebah Campuran atau Tiruan kerana pasaranya agak tinggi dan menguntungkan.

Halaman ini adalah khusus bagi aku memberi Fokus Perkongsian Pengalaman dan Pengetahuan kepada semua yang berminat untuk memakan Madu Lebah supaya kita tidak tertipu dalam mengejar suatu tahap kesihatan yang Terbaik sebaliknya kita memakan benda campuran yang Memudaratkan pula kesihatan Tubuh Badan kita.

Aku akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagaimana aku sendiri terlibat dalam penternakan Madu Lebah ini. Kisahnya agak panjang dan memerlukan update dari semasa ke semasa.

Aku bermula dengan memuatkan beberapa keping gambar penterlibatan aku dalam Ternakan Madu Lebah ini.


Photo ketika aku sedang menjalani Seminggu Kursus Intensif Ternakan Madu Lebah 
Bermula dengan membeli satu Hive (Sarang Baru) yg aku letakkan di Belakang Rumah


Kini Hive aku bertambah kpd Super Hive (Double Layer)


More Update selepas ini......

Mula Mengetahui Berkenaan Madu Lebah

Ianya bermula ketika aku masih bersekolah rendah sekitar darjah enam. Satu, pagi kami kanak2 yang sedang bermain dikejutkan dengan pekikan Mak Timah yang mengatakan terdapat banyak lebah berterbangan berhampiran pokok buluh belakang rumahnya. Kami pun mula merancang sesuatu untuk mengusir dan mengambil lebah berkenaan. Operasi kami diketuai oleh Bakar yang umurnya 5 tahun lebih tua daripada aku dan beliau tidak lagi bersekolah setelah tamat pengajian darjah 6. 

Pada ketika itu, aku hanya tahu yang Lebah adalah seganas Tebuan yang perlu diusir atau dihapuskan. Aku tidak tahu khasiat madunya. Jadi, aku pun mengambil bahagian dalam operasi itu.  Bakar ini cerdik orangnya.  Dia mengambil upih pinang dan dimasukkan sabut banyak2 serta diikat kepada galah buluh.  Sabut itu dibakar dan berasap. Perlahan2 kami hulurkan galah panjang itu kearah perdu pokok buluh itu. Mungkin kerana tidak tahan dengan asap, lebah mula meninggalkan sarangnya. Kami pun mula memberanikan diri menghampiri perdu pokok buluh itu. Kami nampak ada sebahagian dari batang kelapa buruk yang telah lama tumbang dan mungkin lebah membuat sarang dalam batang kelapa itu. Asap sabut dari upih pinang kami halakan betul2 dalam batang kelapa itu.

Bakar mencari tali dan sesaorang harus pergi ke batang kelapa itu dan mengikat hujung tali untuk ditarik keluar. Aku ditugaskan untuk pergi mengikatnya.  Pada masa itu aku tidak terlintas akan bahaya jika lebah yang masih ada menyerang dan menghurung aku. Yang aku tahu aku mesti menjalankan peranan aku sebaik mungkin. Perlahan2 aku merangkak kearah batang kelapa buruk dan mengikat hujung tali akan batangnya. Aku agak bernasib baik kerana tidak ada seekor lebah pun yang menyengat aku. Kemudian Bakar, Din, Lizan dan Aku mula menarik keluar batang kelapa dari kawasan perdu buluh itu. Pada ketika inilah rupa2nya ada lagi lebah di batang kelapa berkenaan menyerang dan menyengat kami. Aku kena sengatan beberapa ekor di kepala dan tangan  dan terus berlari balik kerumah. Nenek aku agak terkejut dengan telatah aku dan beliau tolong membuang beberapa ekor lebah yang di kepala dan belakang aku. 

Din, Bakar dan Lizan pun kena sengat juga. Walau bagaimanapun batang kelapa itu sudah berjaya ditarik keluar kekawasan lapang. Nenek aku berikan satu baldi kosong dan suruh bawa balik sedikit sarang lebah yang ada dalam batang kelapa buruk itu. Aku pergi semula kekawasan itu dan kali ini kami merancang membakar sampah dan daun kelapa berhampiran batang kelapa itu. Setelah kami pasti yang tiada lagi lebah berterbangan dikawasan itu maka sebatang buluh lain yang diikat dengan kain kami jolokkan kedalam batang kelapa dan keluarlah beberapa sarang dihujungnya. Sarang itu kami bahagikan kepada 4 bahagian dan aku membawa balik bahagian aku menggunakan baldi tadi.

Sampai dirumah, nenek aku memerah sarang lebah itu menggunakan penapis santan dan terhasillah madu lebah hampir  penuh 1 botol besar (800 gram). Kawan2 aku pun mendapat jumlah yang lebih kurang juga. Bermakna satu sarang lebah hanya menghasilkan madu kurang dari 5 kilo atau 5 botol besar.  

Fakta ini penting kerana ia akan membuktikan apa yang aku pelajari berkenaan Madu Lebah Asli semasa berkursus secara intensif baru2 ini.

Itulah pengalaman yang paling berharga yang aku lalui semasa kecil yang rupa2nya ia memberi pengajaran yang sungguh bermakna dimasa ini. Mungkin Allah SWT telah menentukan segala perancanganNya dan Allah SWT adalah Perancang yang Terhebat dan Terulung.

Pengalaman aku dan ilmu yang aku perolehi merungkai persoalan berkenaan perbezaan diantara Madu Asli dan Madu Tiruan yang terdapat terlalu banyak dipasaran kini.


Updated on 30/03/2016

Kenyataan Auta (Tidak Benar berkenaan Madu Lebah) 



Semakin dewasa, kita semakin tahu berkenaan khasiat Madu Lebah. Maka tak hairanlah, madu lebah sentiasa dicari oleh setiap orang untuk membelinya. Apabila permintaan meningkat maka bekalan pasaran semakin meriah. Rata2 tempat ada saja orang menjual Madu Lebah. Di gedung2 besar perniagaan sehingga dikaki2 lima kedai, di pasar2 malam terdapat ramai penjual yang memasarkan Madu Lebah. Semua penjual akan mengatakan yang madu lebah mereka adalah ASLI. Tak cukup dengan bekalan dalam negara, kita didedahkan pula dengan maklumat bahawa Madu Lebah luar negara khususnya dari Timur Tengah paling berkhasiat kerana terlalu sukar bagi lebah mencari makanan kerana kurangnya tumbuh2an dinegara2 tersebut.  Maka ramai orang mula mencari penjual atau kedai yang menjual Madu Lebah dari Yaman, Syria, Jordan dan sebagainya. Apatah lagi, oleh kerana ada permintaan maka harga madu lebah yang kononnya dari Timur Tengah itu dijual pada harga paling rendah sekitar RM300 bagi sebotol kecil Madu Lebah dalam 200ml saja.

Untuk lebih menyakinkan pembeli, pihak pembekal luar negara memasang strategi dengan menggunakan Ustaz2 penceramah agama bagi memasarkan Madu lebah mereka. Sebelum menamatkan ceramah mereka di masjid2, ustaz2 ini akan mempromosikan madu lebah yang mereka bawa untuk dibeli oleh qariah2 yang mendengar ceramah mereka tadi. Mungkin ada yang benar2 menjual madu asli tetapi fakta2 yang akan saya bentangkan dibawah ini nanti telah menimbulkan keraguan yang menasabah dimana kita MESTI berhati2 untuk membelinya. Tujuan kita membeli dan memakan madu adalah untuk kita meningkatkan tahap kesihatan tubuhbadan kita. Apa akan terjadi kepada tahap kesihatan kita jika sekiranya kita membeli dan memakan madu lebah tiruan?????. Sudah pasti tahap kesihatan kita akan bertambah buruk kerana bahan2 campuran tiruan tersebut akan memudharatkan kesihatan kita. 

Persoalannya ......Bagaimana kita hendak mengetahui yang mana Madu Lebah Asli dan yang mana pula Madu Lebah Tiruan?????.

Berbagai Petua, Nasihat yang kita dengar dari orang2 tua, cerdik pandai dan sebagainya memberi panduan kepada kita untuk memilih dan mengenalpasti akan madu lebah asli yang berbeza dengan tiruan.

Diantaranya :-

1.    Madu Lebah Asli tidak akan di hurung semut.
2.    Telur ayam akan menjadi separuh masak jika dituang madu asli keatasnya
3.    Madu Lebah Asli tidak akan beku jika disimpan dalam peti sejuk.
4.    Setitik madu lebah asli yang jatuh keatas permukaan air dalam piring tidak akan                    bercampur dengan air tersebut.
5.    Setitik madu lebah yang jatuh dalam piring kaca yang ada takungan air apabila                      digoyang akan menghasilkan bentuk sarang lebah.
6.    Hujung puntung mancis yang sedang menyala akan terus menyala jika direndam dalam        cawan yang berisi madu asli.
7.    Setitik madu lebah asli akan terus kekal tak mengalir jika diletakkan diatas kuku jari.
8.    Apabila penutup botol bagi Madu Asli dibuka maka ianya akan mengeluarkan pop                 sound dan adakalnya tudung itu akan melambung keatas. 
9.   Terdapat satu lapisan buih diatas permukaan madu yang di pack dalam botol.
10.  Madu lebah asli akan mula meruap keluar dari botol jika tidak ditutup dengan segera.
11.  Madu lebah asli rasanya manis ke masaman sedikit dan madu tiruan manis saja.
12.  Hampir pasti asli jika madu lebah dibeli dari Orang Asli.
13.  Madu Lebah Asli akan meresap kedalam kulit jika kita sapu sedikit pada lengan                    manakala madu tiruan akan melekit2 dan melekat pada bulu roma lengan penguji.
  


Bagitulah banyaknya Petua atau Panduan yang kita dengar berhubung cara bagaimana nak menentukan sesuatu Madu Lebah yang kita beli itu ASLI atau PALSU.

Saya akan buktikan semua Senarai Petua dan Panduan diatas itu TIDAK BETUL dalam mengenal pasti Madu Lebah yang asli.

Tunggu Update saya pada keluaran akan datang....Terima kasih diatas kesabaran anda.


Updated on 15/04/2016


Terima kasih diatas kesabaran anda menunggu. Setinggi penghargaan kepada beberapa orang pengunjung yang menghubungi saya bertanyakan akan update Terkini.

Saya berjanji akan menjawab semua Petua Auta diatas satu persatu beserta dengan bukti dan penjelasan yang kukuh. Dan saya juga pasti akan membuat pendedahan bagaimana untuk mengenalpasti Madu Lebah yang Asli.

Sebelum saya huraikan Petua Auta diatas, saya pamirkan dulu beberapa maklumat penting yang perlu anda peka & tahu.


Madu Lebah Tiruan sedang di proses & masak

 
Bahan2 yang digunakan untuk membuat Madu Lebah Tiruan ialah :-

3 bahagian Gula Merah
2 bahagian isi kurma
1 bahagian madu asli

Dicampur dengan air dan dimasak hingga air kering dan campuran sebati.

















Sedang di botolkan

Sedang di masukkan kedalam botol untuk di pasarkan.





Kajian telah dilakukan mendapati Lebih  77% Madu lebah yang terdapat di pasaran ada Palsu atau Tiruan.






























Updated on 01/05/2016

Sebelum saya huraikan satu persatu Kenyataan Petua Auta bekenaan Madu Lebah Asli, Kita lihat dulu Test Certificate dan Certificate of Analysis yang di keluarkan oleh Makmal Universiti Tempatan berhubung dengan sample Madu Lebah Asli yang diuji.

Daripada Analysis ini saya akan terangkan nanti satu persatu berhubung dengan Petua Auta itu.








Updated on 10/06/2016

Daripada rujukan "Test Certificate" yang di kemukakan diatas adalah jelas yang Madu Lebah Asli mengandungi Descripsi seperti berikut.

Kandungan Gula dalam Madu         >  60%
Sucrose                                                <   5%
HMF (Negara Tropikal)                    <  80 mg/kg
Kandungan Air                                  <  20%
PH                                                         3.6 hingga 4.5
Mineral (Abu)                                     <  1%
Amylase                                                 Positive (+ve)
                      

Sekarang kita lihat kepada Petua Auta yang saya muatkan sebelum ini  dan bukti jawapan saya adalah dan warna merah dibawah.

1.    Madu Lebah Asli tidak akan di hurung semut.
       Setiap bahan makanan atau buah2an contohnya seperti durian akan dihurung semut kerana komposisi bahan tersebut mengandungi gula. Apatahlagi Madu Asli yang kandungan gulanya melebihi 60%. Kalau ada madu lebah yang tak dihurung semut, Mungkin Madu itu telah dicampur dengan chemical tertentu dan sudah pastinya ia tidak asli dan akan memudharatkan kesihatan pemakannya.

2.    Telur ayam akan menjadi separuh masak jika dituang madu asli keatasnya
        Secara kebetulan suhu ambient madu lebah asli berada ditahap 40 C(Celcus). Maka ia akan memberikan sedikit kesan kepada telur mentah. Tetapi tidaklah sampai separuh masak. Madu tiruan pun mempunyai kadar suhu yang hampir sama.

3.    Madu Lebah Asli tidak akan beku jika disimpan dalam peti sejuk.
       Oleh kerana 20% komposisi Madu Lebah Asli mengandungi air maka bahagian yg berair ini akan beku jika disimpan dalam peti sejuk. 

4.    Setitik madu lebah asli yang jatuh keatas permukaan air dalam piring tidak akan                    bercampur dengan air tersebut.
       Sama spt jawapan diatas dimana oleh kerana koposisi Madu mengandungi air maka air akan bercampur secara perlahan2 dengan madu.

5.    Setitik madu lebah yang jatuh dalam piring kaca yang ada takungan air apabila                      digoyang akan menghasilkan bentuk sarang lebah.
       Sifat madu adalah berlekit2 maka molecule nya akan bercantum pada hujung molecule yang lain. Secara kebetulan ia nampak semacam sarang "kum" madu lebah. Untuk lebih jelas menampakkan percantuman molecule pada mata kasar maka Pinggan Putih pula yang mereka gunakan.

6.    Hujung puntung mancis yang sedang menyala akan terus menyala jika direndam dalam        cawan yang berisi madu.
       Kelembapan Madu tidak membolehkan sepuntong anak mancis akan menyala apabila di goriskan ataupun direndamkan didalamnya. Walau pun ada bukti video...ketulinannya masih boleh dipersoalkan.

7.    Setitik madu lebah asli akan terus kekal tak mengalir jika diletakkan diatas kuku jari.
       Kepekatan Madu Asli membuatkan ianya tidak mudah mengalir dalam masa yg cepat seperti air. Tetapi oleh kerana ianya juga bersifat cecair....ia mengambil sedikit masa untuk cair.

8.    Apabila penutup botol bagi Madu Asli dibuka maka ianya akan mengeluarkan pop                 sound dan adakalanya tudung itu akan melambung keatas. 
       Setiap bahan yang disimpan dalam bekas tertutup akan accumulate tekanan udara panas didalam bekas yang tertutup tersebut. Lebih2 lagi madu yang mempunyai kadar suhu agak tinggi. Haba yg di accumulate akan membuatkan tudung melambung ketika hendak dibuka. 

9.   Terdapat satu lapisan buih diatas permukaan madu yang di pack dalam botol.
       Tidak semestinya ada buih di permukaan madu dalam botol sekiranya proses tapisan dilakukan dengan betul dan teliti. Madu asli memang mempunyai  mineral atau abu/hampas. Sekiranya proses tapisan selepas di perah hanya dilakukan sekali dua saja maka ianya akan menghasilkan banyak hampas buih dipermukaan. 

10.  Madu lebah asli akan mula meruap keluar dari botol jika tidak ditutup dengan segera.
       Proses tindak balas biasa dari bahan yang suhu lebih tinggi akan keluar apabila terdedah kepada suhu diluar yg lebih rendah.

11.  Madu lebah asli rasanya manis ke masaman sedikit dan madu tiruan manis saja.
       Kemasaman Madu berlaku apabila ianya disimpan terlalu lama atau disimpan diluar dari lengkongan suhu aslinya. Contohnya, jika disimpan dalam peti sejuk pasti ia akan menjadi masam kerana perubahan suhu yang ketara.

12.  Hampir pasti asli jika madu lebah dibeli dari Orang Asli.
       Asli hanya pada nama sebab orang sekarang semakin pandai untuk membuat keuntungan dengan cara yang mudah. 

13.  Madu Lebah Asli akan meresap kedalam kulit jika kita sapu sedikit pada lengan                    manakala madu tiruan akan melekit2 dan melekat pada bulu roma lengan penguji.
       Bergantung kepada kuantiti madu yang diuji untuk sapuan. Walau pun ianya asli jika dituang lebih sedikit ianya pasti akan melekit pada kulit lengan kerana itulah sifat2 madu. Tidak ada yang meresap terus kecuali pada kadar yang terlalu sedikit.

  

Nah.......Bagaimana untuk mengetahui dan membezakan Madu Asli dan Madu Tiruan..?????

Hanya ada 2 jawapan saja yang dapat menentukannya.!!!!!



Updated on 29/09/2016

Madu Asli hanya boleh di perolehi melalui 2 cara berikut :-

Pertama :-  Adalah melalui ujian makmal terutama bagi mengetahui kandung HMF nya. Madu lebah asli mesti mempunyai kandungan HMF kurang dari  80 mg/kg.  Akan tetapi, kos ujian makmal amat mahal iaitu sekitar RM300 bagi satu sample ujian.

Kedua :-  Adalah melalui pembelian daripada pencari atau penjual madu lebah yang betul2 kita kenali. Paling terbaik ialah kita mesti pergi beli di rumah penjual itu. Atau sekali sekala perlu mengikuti beliau bila beliau keluar mencari madu lebah tersebut. Boleh juga membeli di Pusat2 Ternakan Lebah kerana kita akan melihat sendiri lebah2 dan proses penghasilan madu dilakukan.

Jangan sekali2 membeli dari sumber yang tidak kita ketahui kerana Madu Tiruan mengandungi bahan2 yang boleh memudaratkan kesihatan kita secara perlahan2 dalam jangka panjang.


Tunggu update dimasa akan datang.
Sabar....More Updates di Keluaran akan Datang!!!!!!

Jumaat, 3 Mac 2017


Harap Maaf !!!!!!!

Assalammualaikum Wrkth. kepada Followers dan Pengunjung Blog Dusun Ku ini.

Saya memohon maaf kerana terpaksa menutup Ruang Komen pada setiap Halaman Blog atau artikel yang saya upload ke Blog ini berkuatkuasa SERTAMERTA.

Saya juga akan membataskan upload artikel baru yang menceritakan berkenaan hasil atau perkembangan  terkini blog ini. Upload saya selepas ini mungkin hanya sekadar memuatkan gambar2 tanpa ada ulasan mengenainya.

Saya juga tidak akan menulis lagi di Halaman "Pengubatan Islam"  dan menutup serta merta juga Halaman Soal Jawab.

Saya sedang berusaha untuk mengalihkan tumpuan blog ini supaya ianya hanya dapat di assess oleh keluarga terdekat saja seperti yg saya idamkan pada matlamat asal pembukaan blog ini.

Saya tertarik dengan prosa dibawah ini yg membuatkan saya mengambil langkah2 yg saya nyatakan diatas.


"Jangan Menjelaskan Tentang Dirimu dan Kejayaan Mu kepada Sesiapa Pun,  Kerana yang Menyukai Mu Tidak Perlu Tahu Tentang Semua Kejayaan dan Kebaikan yang telah Kamu Lakukan.

Manakala Yang Membenci  Mu Tidak akan Percaya Tentang Kejayaan dan Kebaikan yang ada pada Diri Mu.


Kehidupan Ini bukan Tentang Siapa yang Terbaik, Tetapi Tentang Siapa yang Mahu Berusaha dan Berbuat Baik di Samping Sentiasa Memperbaiki Diri." 


Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Hanya Allah SWT yg Mengetahui, Memberkati dan Merahmati akan hambanya.

Wassalam.