Selasa, 14 April 2020

Jering & Kledek Hari Ini

Alhamdulillah!!! Hasil pagi nie. Sebaldi besar Jering padat mantop. Seketul kledek (2kg++) dari serumpun pokok yg dicabut termasuk pucuknya utk digoreng. Kledek diambil lagi pagi nie sebab tak puas makan bila digoreng fresh minggu lepas.

Halia Bentong, Kledek dan Pucuknya di Ambil pada 09/04/2020

09/04/2020.

Walaupun dalam MCO.... aku masih ke kebun seperti biasa setiap hari. Semalam aku petik sebaldi bunga Kantan dan Kacang Kelisa. Pagi nie aku cuba gali sepokok Halia Bentong, beberapa rumpun keledek dan mengambil pucuknya. Alhamdulillah!!!.

Sabtu, 1 Februari 2020

Dusun Ku Memperolehi Anugerah Sijil myGAP dari Kementerian Pertanian.

Alhamdulillah!!! 


Setelah menunggu hampir setahun dan telah melalui beberapa kali audit oleh Pegawai2 Pertanian Peringkat Daerah, Negeri dan Persekutuan akhirnya "Sijil myGAP" yg dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah dianugerahkan kepada Aku khususnya Pemilik "Dusun Ku" berkuatkuasa 13hb. Disember 2019. Aku difahamkan yg Audit berkala juga akan dilakukan dari masa kesemasa.

Maksud myGAP ialah:- Memenuhi Malaysian Standard untuk GOOD AGRICULTURAL PRACTICES. Diantara beberapa perkara yg diaudit untuk mendapatkan myGAP adalah bagaimana kebun diuruskan seperti Kebersihan, Penggunaan Racun yang diluluskan serta tempat simpanan racun yg khusus dan sesuai. Rekod pembelian & penggunaan baja. Catatan pendapatan hasil dan sebagainya.

Negara2 maju seperti Cina, Singapura, Brunei dan lain2 hanya akan mengimport produk pertanian dari pembekal atau ladang2 yg hanya memiliki sijil myGAP.

Selepas ini, pastikan anda membeli Produk Pertanian yg ada LOGO myGAP untuk mendapatkan produk yg memenuhi tahap kualiti.

Produk keluaran "Dusun Ku" ada logo myGAP yg mempunyai nombor pendaftaran berikut :-

myGAP.19.0874/C-4902  (Seperti tertera di photo Sijil yg dilampirkan.)