Sabtu, 16 Januari 2021

Kutipan harian dari Kebun Hasil Semasa

 Agak lama aku tak update Blog DusunKu ini kerana aku agak sibuk menyiapkan rumah dikebun dan reban ayam yg aku bina sendiri tanpa mengupah atau mendapat petolongan sesiapa. InsyaAllah aku akan upload & update perkembangan terkini selepas ini.

Seperti biasa, hari ini aku petik hasil2 dibawah utk dijual dan makan sendiri.

Sebaldi Besar Kacang Kelisa akan dijual dan Sedikit Pucuk Kledek untuk 
 digoreng makan sendiri.

Seminggu sekali 10kg Daun Kesom dihantar kpd Restoran Terkenal.



Selasa, 15 Disember 2020

Hasil Pagi Ini...

Agak lama juga aku tak upload perkembangan terkini Dusun Ku.  Ada yg phone aku bertanya.  Sebenarnya, aku sibuk sikit dalam sebulan dua yg lepas kerana aku sedang menyiapkan pembesaran rumah di Kebun Airport.  Ianya terpaksa dilakukan kerana Pokok2 Kelapa Pandan dan Tachunan semakin membesar. Pisang2 dan tebu semakin menjadi termasuk sayur2an yg lain. Aku bercadang akan menginap disini sekali sekala maka pembesaran ruang dapur, bilik air dan berandah terpaksa dilakukan. Semuanya aku lakukan sendiri.

Alhamdulillah!!!! Kini ianya sudah siap dan hanya tinggal di Cat saja lagi. InsyaAllah, aku akan upload photo terbaru rumah ini bila aku selesai mengecat nanti.

Selain dari itu, seperti biasa aku ambil hasil2 tuaian semasa hari ini seperti photo2 dibawah.

Selonggok yg hujung tuu  Kelapa Muda jenis Kelapa Mawar. Yg selonggok lagi tuuu Kelapa agak tua sikit sesuai untk dibuat Kueh.



Nie lah Kelapa Muda tuu. Aku simpan beberapa biji dalam peti ais di kebun. Pagi nie aku makanlah.


Sebahagian dari tebu2 terpaksa aku tebang kerana dah terlalu tinggi. Tetapi masih ada banyak lagi yg akan aku keluarkan bila permintaan meningkat.

Kacang botol atau kelisa ini mest
i dipetik selang sehari kerana ia cepat tua jika dibiarkan.



 

Sabtu, 22 Ogos 2020

Potai & Cuka Kayu RN

Mata...mata.....mata....mata!!!


Dari kerana mata...


Mata memandang.....Mata memikat... Matalah puncanya.....


Kait sikit petai pagi nie.... Siapa yg berhajat... 12papan/tangkai hanya RM10 sahaja. Fresh dari kebun. Penangan dari Cuka Kayu RN.


Image may contain: plant, food and nature
Image may contain: plant, tree, sky, outdoor and nature
Image may contain: tree, sky, plant, grass, table, outdoor and nature
Image may contain: tree, plant, grass, sky, shoes, outdoor and nature