Selamat datang ke Blog saya "Dusun Ku". Melalui blog ini saya akan berkongsi maklumat dan pengalaman berkenaan diri saya, aktiviti semasa dan bidang perkebunan
Alhamdulillah!!! Tahun ini nampaknya macam tahun terbaik untuk Durian. Boleh dikatakan hampir semua pokok2 Durian di Dusun aku berbunga dengan lebatnya. Harap2 bunga itu akan menjadi buah yg banyak tahun ini. InsyaAllah.
Bunga yg lebat pada salah satu ranting pokok yg hampir mencecah tanah.
Alhamdulillah!!!!! Pondok yang aku bina sendiri seorang diri di Dusun Ku 2 di Kampong Kolek ini telah siap sepenuhnya. Siap dengan stor barangan dibawah pondok dan berandah berkunci.
Aku boleh mengerjakan ibadah dengan selesa di pondok ini disamping boleh overnight untuk tunggu musim buah gugur nanti.
Seperti rumah di Dusun Ku, aku menggunakan roof gutter untuk mengumpulkan air hujan. Aku akan buat sistem tadahan dengan lebih lengkap selepas ini.