Isnin, 27 Ogos 2018

Jenis IOI Muar.

Alhamdulillah!!! Diantara pokok2 terakhir yg menggugurkan hasil pagi ini. Jenis IOI Muar. Giliran Tuan Kebun memakan sepuas2nya sebelum menunggu pulak musim hadapan. InsyaAllah. Walau bagaimanapun ada juga beberapa pokok durian yg mula berbunga kembali. Akan di update kan perkembangannya selepas ini.

Potai & Cempedak Pulak!!!

24/08/2018

Lupakan lulian buat sementara. Kait buah ini utk anak2 bawa balik. Petai itu ialah dari pokok yg pertama kali berbuah. Aku tanam sendiri dalam 3 tahun lepas. Alhamdulillah, Baja Fastgrow buatkan pokok petai ini amat berkualiti & produktif.

Khamis, 16 Ogos 2018

Jenis Tekka???

Seorang kawan yg membeli dan memakan buah ini mengatakan ia jenis Tekka. Betul ke? Buahnya besar dan bulat. Kulit nipis dan mudah pecah. Rata2 berat melebihi 3kg sebutir. Isinya tebal kuning ke orange. Lemak & manis.