Ahad, 26 Julai 2020

Cuka Kayu Lagi....

Alhamdulillah!!! Sempat proses Cuka Kayu bagi batch yg ke 2 hari ini. Untuk batch ini aku telah buat "slight improvement on Technics & Mechanism" dalam Pyrolysis Process. Hasilnya aku dapat dalam 28 Litres berbanding 18 Litres pada batch yg pertama. Iaitu perningkatan sebanyak 65%. 

Packaging juga telah improved dgn ada sticker yg menerangkan berkenaan product dan cara penggunaan. Aku ambil keputusan utk memasarkan di kawasan berdekatan kerana ia telah mendapat permintaan yg tinggi pada batch yg pertama. 

Pada rakan2 yg masih dalam outstanding status... harap bersabar... product ini akan diedarkan dalam masa terdekat.

Kesom & Selom

Alhamdulillah!!! Kesom dan Selom petikan pagi ini utk dihantar kpd pemborong runcit.

Isnin, 20 Julai 2020

Lengkuas!!!

Korek serumpun Lengkuas hari nie di Kebun Airport utk beri laluan kepada pembinaan Kolam Ikan. 
Alhamdulillah!!! Dapat hampir 60kg daripada serumpun saja yg dikorek.

Sebenarnya di Kebun Airport ini aku tanam bermacam2 jenis tanaman keperluan semasa seperti  Ubi Kayu, Ubi Kledek, Ubi Kemili, Serai, Kacang Botol, Ulam Raja, Kemangi, Halia Bentong, Lengkuas, Kesom, Selom, Keladi, Tebu, Tenggek Burung, Kantan, Cili Api dan tanaman utama pula seperti Kelapa Pandan, Kelapa Tachunan, Kelapa Mataq, Berbagai Jenis Pisang dan Durian Belanda.

Selalunya aku akan update atau upload sekali saja bila hasil dituai sedangkan hasil2 tanaman tersebut diambil dan dijual hampir setiap minggu. Selain dari mendapat wang tambahan semasa ....aku sekeluarga juga dapat memakan hasil yg fresh tanpa mengeluarkan belanja untuk membeli.