Sabtu, 19 Februari 2022

Reban Ayam Separuh Terbuka

Alhamdulliah!!!  Setelah hampir 2 minggu akhirnya Reban Ayam Kampong berkonsepkan "Separuh Terbuka" berjaya aku siapkan seorang diri. 
Sebelum ini ia Reban Tertutup dan hanya boleh memuatkan hanya 80 ekor.  Oleh kerana permintaan semakin meningkat dan hujan hampir setiap hari maka aku tumpukan utk pembesaran reban. 

Ayam kampong ini aku jual pada harga RM15/kg. Purata berat seekor dalam 2 bulan adalah 2kg.  Konsep Separuh Terbuka ini boleh memuatkan dalam 200 ekor ayam dewasa. Ternak ayam amat mudah dan perlukan hanya 1 jam sehari sebagai sampingan kepada aktiviti berkebun aku.






Sabtu, 11 Disember 2021

Hebat Baja Kompos RN!!!!!

Ini bukan Limau Madu Kampong. Ia adalah Limau Nipis tak ada biji bersaiz XXXL. Limau nipis biasa tuu......haaa,  macam yg kecik dalam photo diatas tuu..

Dia menjadi besar kerana consume Nutrients Organic Terbaik dari Baja Kompos RN.

Komponen Utama adalah 75% Tahi Kambing Raw yg telah dihancurkan, 5% Cuka Kayu RN, 5% Molasses, 2% EM4 dan 13% Serbuk Kayu. Baja Kompos hancur atau debu mudah di serapkan oleh pokok2 menjadi semakin Subur & Produktif. 

Hebat Baja Kompos RN!!!

(Copied & Pasted from my FB Posting)
Limau Nipis XXXL

Khamis, 18 November 2021

Baja Kompos RN lagi...

 Alhamdulillah!!! Siap proses Baja Kompos RN lebih dari 200kg pagi nie... Dah tak ingat ini yg ke batch berapa sebab dah berulang kali memprosesnya. Permintaan pula tinggi terutama di musim hujan sekarang. Terima kasih.

(Copied & Pasted from my FB Posting)