Jumaat, 28 Julai 2023

Kolam Tadahan Air

 Tersangat penting mesti ada Simpanan Takungan Air di Kebun....



Selasa, 25 Julai 2023

Lagi ... Bermalam di Dusunku

 Alhamdulillah!!! Malam ke 2 di minggu ke 2 aku & isteri datang bermalam di Dusunku 1. Minggu lepas kami tidur 2 malam saja. Minggu nie.... rasanya 3 malam kut.

Seronok tidur disini .... sejuk asli dan dihiasi suara cengkerik.

Nie .... baru nak makan malam. Menu simple saja... Petai rebus pokok sendiri. Udang di bakar dengan bara ranting kayu & cicah air asam. Fuhhhh!!!



Selasa, 18 Julai 2023

Bermalam Di Dusun Ku 1

 Alhamdulillah, untuk beberapa hari ini aku & isteri akan bermalam di Dusun Ku 1 ini. Suasana menarik sejuk dan hanya terdengar bunyi2 cengkerik saja. InsyaAllah, selepas ini aku akan bermalam di Dusun Pandan dan juga di Dusun Kg Kolek.