Ya... aku tidak pernah terduga bahawa perjalanan hidupku akan menjadi seperti ini. Aktiviti harianku banyak tertumpu di Dusun Ku. Badan ku sentiasa berpeluh dan kerapkalinya basah kuyup seluruh tubuh dengan peluh yang mengalir. Aku mempunyai 4 pasang pakaian sebagai persalinan ketika aku menjalankan aktiviti perkebunan. Tubuhku semakin liat dan kelihatan keras dan sasa. Lemak2 semakin berkurangan. Berat badanku kini sekitar 78kg dan tidak seberat 86kg semasa aku makan gaji dulu.
Ya...lah, yang membuat aku agak kaget ialah suasana kehidupanku kini. Sebelum puasa aku mendapat hasil kebun berguni2 jering yang bagitu laris dijual. Pagi ini pula aku petik sebeban petai hampir memenuhi meja makan lama diluar rumah. Besok pagi, isteriku akan membawa petai2 ini untuk dipasarkan dikedai2 runcit. 4 papan petai dijualnya pada harga RM2/= sahaja. Itu aku baru petik sebahagian saja. Mungkin ada 4 kali petik lagi sebanyak itu. Lusa akan ku petik lagi untuk dijual.
Walau bagaimanapun aku suka dengan suasana kehidupanku kini. Tak payah memerah otak memikirkan hal yang bukan2. Hal2 tergempar. Isu2 terkini dan sebagainya. Aku merasa puas menikmati rezeki halal dari keringat titik peluh ku sendiri.
Yang membuatkan aku teperanjat ialah 3 dari pokok durian yang baru habis gugur buahnya tiba2 berbunga kembali. Kali ini bunganya lebih lebat dari dulu. Pegawai Pertanian yang aku jemput untuk membuat lawatan ke Dusun Ku seminggu sebelum raya turut terkejut melihatkan situasi sebagini. InsyaAllah akan aku muatkan gambar pokok2 yang berbunga tersebut pada artikel yang akan datang.
Ya..Allah... aku amat bersyukur dengan rezeki yang Kau limpahkan kepada ku.
Amin.
|
Petai Padi yang isinya padat |
|
Lihatlah matanya padat berisi. |
|
Untuk di jual pada esok hari
|