Jumaat, 18 Januari 2013

Aku dah kata dulu "Cerdik jauh lebih baik dari Pandai"

Keintelektualan bagi sesaorang insan sepatutnya lahir dari inspirasi kendiri setelah melalui sesuatu peristiwa, merasainya, menilai dan berupaya berfikir untuk mengubah dari situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik. It's what you see, feel, visualize and transform it into a better scenario.

Malangnya, ianya tidak terjadi kepada generasi muda negara.  Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini iaitu Generasi sekarang dididik dan diasuh supaya menjadi pandai. Sekolah2 berlumba untuk mendapat keputusan cermerlang dalam peperiksaan. Ibubapa bangga apabila anak2 mereka mendapat semua A dalam subjek peperiksaan. Akhirnya, terlalu ramai yang mendapat keputusan cemerlang dan bertambahnya banyak Universiti untuk menampung pelajar yang pandai. Ada juga yang kencundang diperjalanan, tak tahan dengan high expectation, tak jelas matlamat dan halatuju akhirnya terjebak dalam gejala negatif.  Manakala yang berjaya ke Universiti, kemana mereka ini akan pergi selepas keluar nanti???. Well, yang bernasib baik, aku ulangi yang bernasib baik akan menjawat jawatan yang baik dengan gaji yang menarik. Ramai juga yang akan jadi penganggur atau berkerja tangkap muat yang tak setimpal dengan kelulusan kepandaianya. Kenapa jadi macam tuu.

Sistem pendidikan sebagini adalah tidak sesuai lagi. Pelajar2 patut didedahkan dengan situasi. Contohnya, pelajar2 Cina bukan saja pandai bahkan cerdik kerana sekembali dari sekolah mereka akan menolong ibubapa berniaga.  Daripada situasi ini mereka belajar mengetahui asas untung rugi, penyelesaian masalah dan pengurusan inventori. Dengan pelajaran asas yang mereka belajar dan pengalaman berniaga yang dilalui mereka akan berjaya di bidang business. Satu contoh lagi ialah  dibidang komunikasi. Pelajar sepatutnya didedah untuk berucap, menyuarakan pendapat dan terlibat dalam situasi semasa.  Kokurikulum mereka tidak sepatutnya tertumpu kepada unit beruniform saja. Lakukan aktiviti yang lebih abstract dan terbuka.  Contohnya Debat mesti diperbanyakan disekolah2. Visualize learning, contohnya semasa aku disekolah dulu diberi satu assignment oleh Guru Biologi untuk menceritakan berkenaan Pokok. Dengan teori pelajaran yang diajar aku bawa sebatang pokok kecil dan bercerita dihadapan kelas bagaimana proses pokok itu tumbuh dan hidup.  Kemudian, selepas live presentation akan ada sesei soal jawab. Sampai sekarang pun aku tak lupa hal chlorophyl, photosyntesis, peranan Root hairs dan sebagainya.

Tapi sekarang dah tak ada cara belajar yang macam tuu.

Tepat sekali dengan komen dari Indonesia dibawah nie.....



Rabu, 16 Januari 2013

Listen......Listen.....Listen!!!!

Syabas.....Syabas.....Syabas...

Jarang terdapat seorang anak muda dizaman ini, anak Malaysia yang bagitu berani ....Lantang menyuarakan pandangannya dikhalayak ramai.

Beliau bagitu matang berhujah......mempertahankan hujahnya dengan fakta. Tidak seperti gulungan tukang angguk (yes man) yang terpaku dibangku masing2. Majoritinya Melayu pulak tuuu.

Apa salahnya kalau beri peluang kepadanya untuk menamatkan hujahnya sehingga keakhir. Sedangkan program itu adalah Forum. Kalau masa tak cukup.......berilah tempoh masa padanya .....mithalnya... katakan, awak ada 3 minit lagi untuk berhujah. Facilitator pula akan ada banyak masa untuk menjawab semula selepas itu. Hentamlah apa saja jawapan asalkan awak sudah beri peluang sehabisnya kepada si penghujah tadi.

Ini....tidak. Dirampasnya "Mic" dan dikutuk pulak budak itu katanya biadab dan sebagainya.

Apa nak jadi dengan kebebasan bersuara nie...

Nak dengar dan angguk serta tepuk saja Ke ???? sebelum menikmati makanan percuma..

Aku percaya.....Nama  Bawani akan menjadi seorang pemimpin terkenal satu masa nanti.

Syabas!!!!


Ahad, 13 Januari 2013

Peluang Yang Tak Aku Lepaskan Selagi Hayat di Kandong Badan

Ya!!!!
Apabila mengetahui yang pihak Polis & Stadium Merdeka memberi kebenaran kepada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12/01/2013, aku pun merancang satu percutian ke KL. Seperti biasa, aku & isteri berkunjung ke rumah kami di Ara Damansara.

Aku tidak akan melepaskan peluang yang terbaik ini iaitu menjadi sebahagian dari rakyat yang menghadiri perhimpunan yang bersejarah itu. Bukan senang untuk mengumpulkan ratusan ribuan manusia berbilang kaum atau rakyat berkumpul dengan perbelanjaan sendiri tanpa minuman dan makanan percuma serta tanpa mendapat apa2 elaun kehadiran seperti yang diperolehi apabila menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak yang satu lagi.

Nah!!!!!
Sememangnya Aku hadir. Oleh kerana rumah aku agak dekat dengan KL dan boleh sampai ke Stadium Merdeka dengan cepat jadi aku pun membuat perancangan untuk bertolak pada jam 1 petang. Namun, apabila aku membaca berita dan melihat gambar di Internet yang menunjukkan "Sembahyang Subuh di Masjid Negara pada pagi 12/01/2013 seperti Sembahyang Jumaat" kerana ramainya jemaah, aku pun terpaksa mempercepatkan pemergian aku kerana bimbang aku tak dapat masuk ke Stadium Yang Bersejarah itu. 

Kali terakhir aku masuk ke Stadium Merdeka ialah lebih daripada 30 tahun yang lalu. Aku mula memasuki Stadium Merdeka ini semasa berumur belasan tahun iaitu sekitar tahun 70an. Ketika itu aku menuntut di ITM Shah Alam. Lazimnya ketika itu aku menumpang motorsikal kawan di ITM untuk menonton perlawanan bolasepak. Apabila berkahwin dan berkerja isteriku pula selalu mengikutku untuk menonton Perlawanan Bolasepak di Stadium bertuah ini. Bahkan semasa aku berkerja di BP Malaysia, Port Klang aku biasa membawa beberapa orang krew Kapal Korea untuk menonton perlawanan bolasepak Piala Merdeka diantara Malaysia dan Korea. Jadi Stadium ini juga menjadi satu nostalgia dalam kehidupan aku.

Telahan aku tepat sekali. Setiba aku di KL dan Kawasan Stadium, aku lihat ramainya manusia mundar mandir berjalan, berarak kearah Stadium. Sesuatu yang merisaukan aku ialah bagaimana aku hendak solat zohor sekiranya aku telah masuk kedalam stadium yang penuh sesak. Aku bertawakal dan mengambil air sembahyang disebuah paip air diluar stadium dan berjalan berhimpit2 memasuki Stadium Merdeka. Sebaik saja aku masuk, aku lihat ramainya manusia dan tidak ada ruang kosong yang boleh aku duduk. Di Grand Stand, di padang rumput dan di trek larian juga penuh dengan manusia. Azan kemudiannya berkumandang diudara disiarkan dalam Stadium, pertama kali aku dengar seolah2 sedang berada di Mekah. Aku mencari2 tempat yang sesuai untuk bersembahyang. Akhirnya aku berdiri di satu sudut dalam terowong masuk dan membentangkan kertas untuk mendirikan solat zohor sedangkan manusia berbilang kaum masih berpusu2 berjalan masuk melalui terowong tersebut. Apabila aku baru di raka'at pertama aku dengar suara orang dibelakang yang mengatakan ada orang sembahyang dan kita boleh bersembahyang disini. Rupa2nya perjalanan dalam terowong itu terhenti. Ramai orang Islam membentuk saf dibelakang aku dan turut bersembahyang.  Alhamdulillah, hajat tercapai dan bagitu sopannya kaum asing juga turut terhenti menunggu kami selesai solat. 

Jam 2 petang program bermula. Aku masih tiada tempat duduk dan hanya berdiri selama 4 jam dihujung terowong, terkinjal2 memerhati dan mengikuti program hingga keakhirnya. Anggaran aku dalam Stadium saja ada dalam 80 ribu manusia. Ia berdasarkan tempat duduk Grand Stand yang boleh memuat sekitar 45 ribu penonton. (Dulu angka ini biasa dilapurkan oleh TV & akhbar apabila ada pertandingan bolasepak) Manakala diatas padang yang penuh sesak aku anggarkan ada 35 ribu penonton. Jadi, Jumlahnya dalam Stadium saja ialah 80 ribu. Diluar stadium tak dapat aku anggarkan kerana terlalu ramai dengan manusia besesak2 diatas jalan raya. Angka anggaran dalam stadium ini juga sama dengan angka yang disiarkan oleh Polis melalui Twitter mereka yang terawal. Namun, mungkin ditegur oleh sesaorang akhirnya pihak Polis kemudiannya mengubah angka anggaran dari 80,000 kepada 40,000 saja kerana tersalah kira kata mereka. Besarnya angka kesalahan membuat anggaran. Tak pe lah berapa pun anggaran kehadiran sekalipun....yang puasnya aku hadir dan melihat sendiri suasananya. Aku tak rela di perbodohkan dengan angka ramalan akhbar & TV. Contohnya, perhimpunan yang turut disertai oleh PM pada hari yang sama di Tesco Semenyih yang diadakan dibawah khemah dilaporkan bukan saja dalam semua akhbar utama malah berita TV pengampu dengan jumlah kehadiran 70 hingga 80 ribu kehadiran.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil sendiri melalui celah2 kepala orang dihujung terowong tempat aku berdiri :-



 


Anggaran dari yang arif pula :-

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.