Keintelektualan bagi sesaorang insan sepatutnya lahir dari inspirasi kendiri setelah melalui sesuatu peristiwa, merasainya, menilai dan berupaya berfikir untuk mengubah dari situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik. It's what you see, feel, visualize and transform it into a better scenario.
Malangnya, ianya tidak terjadi kepada generasi muda negara. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini iaitu Generasi sekarang dididik dan diasuh supaya menjadi pandai. Sekolah2 berlumba untuk mendapat keputusan cermerlang dalam peperiksaan. Ibubapa bangga apabila anak2 mereka mendapat semua A dalam subjek peperiksaan. Akhirnya, terlalu ramai yang mendapat keputusan cemerlang dan bertambahnya banyak Universiti untuk menampung pelajar yang pandai. Ada juga yang kencundang diperjalanan, tak tahan dengan high expectation, tak jelas matlamat dan halatuju akhirnya terjebak dalam gejala negatif. Manakala yang berjaya ke Universiti, kemana mereka ini akan pergi selepas keluar nanti???. Well, yang bernasib baik, aku ulangi yang bernasib baik akan menjawat jawatan yang baik dengan gaji yang menarik. Ramai juga yang akan jadi penganggur atau berkerja tangkap muat yang tak setimpal dengan kelulusan kepandaianya. Kenapa jadi macam tuu.
Sistem pendidikan sebagini adalah tidak sesuai lagi. Pelajar2 patut didedahkan dengan situasi. Contohnya, pelajar2 Cina bukan saja pandai bahkan cerdik kerana sekembali dari sekolah mereka akan menolong ibubapa berniaga. Daripada situasi ini mereka belajar mengetahui asas untung rugi, penyelesaian masalah dan pengurusan inventori. Dengan pelajaran asas yang mereka belajar dan pengalaman berniaga yang dilalui mereka akan berjaya di bidang business. Satu contoh lagi ialah dibidang komunikasi. Pelajar sepatutnya didedah untuk berucap, menyuarakan pendapat dan terlibat dalam situasi semasa. Kokurikulum mereka tidak sepatutnya tertumpu kepada unit beruniform saja. Lakukan aktiviti yang lebih abstract dan terbuka. Contohnya Debat mesti diperbanyakan disekolah2. Visualize learning, contohnya semasa aku disekolah dulu diberi satu assignment oleh Guru Biologi untuk menceritakan berkenaan Pokok. Dengan teori pelajaran yang diajar aku bawa sebatang pokok kecil dan bercerita dihadapan kelas bagaimana proses pokok itu tumbuh dan hidup. Kemudian, selepas live presentation akan ada sesei soal jawab. Sampai sekarang pun aku tak lupa hal chlorophyl, photosyntesis, peranan Root hairs dan sebagainya.
Tapi sekarang dah tak ada cara belajar yang macam tuu.
Tepat sekali dengan komen dari Indonesia dibawah nie.....