Jumaat, 28 Februari 2014

Hebatnya Doa...

Surah Al-Mu'min, ayat 60

Allah berfirman: "Berdoalah kepada Aku. Aku pasti perkenankan doa mu itu"
 
Jelas melalui ayat Al Quran ini yang selalu kita baca sebelum berdoa ialah Allah SWT menyuruh kita berdoa kepadaNya dan JanjiNya...Pasti akan memperkenankan doa kita tersebut.
 
Masalahnya ialah keraguan yang timbul didalam sanubari sesaorang berhubung dengan doanya samaada akan diperkenan atau hanya tinggal sekadar doa sahaja. Terdengar banyak keluhan yang mengatakan mereka selalu berdoa tetapi macam itu juga keadaanya. Yang sakit....tetap sakit. Yang susah tetap susah. Yang senang mahukan ketenangan tetap resah. Ada yang berulang kali ditimpa musibah. Doakan anak untuk pandai tapi masih tetap bebal.

Apakah Allah tidak menunaikan janjiNya?????.

Untuk menjawab pertanyaan ini aku ingin merujuk kepada suatu contoh dibawah yang mudah untuk difahami.

"Ahmad berkerja dengan Abu iaitu majikannya. Tetapi Ahmad seorang pekerja yang malas, curi tulang, selalu mencari alasan, pantang melihat barang tuannya yang terbiar pasti dikebasnya. Tidak menepati masa bertugas. Menipu bosnya dalam hal tuntutan. Sentiasa cuti sakit walaupun tak sakit. Lebih banyak masa untuk hal2 peribadi dari tugas yang sepatutnya dilakukan. Terlalu berkira akan tugas yang dilakukan. Lebih banyak berehat & berborak daripada bekerja  dan entah apa2 lagilah perangai si Ahmad tuu."

Maka sudah tentu kita dapat meneka bagaimana respon majikannya jika Ahmad memohon sesuatu kepadanya.

Itu baru hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah SWT. lebih2 lagilah kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat akan apa yang dilakukan oleh hambanya yang memohon kepadaNya.

Allah SWT kata...jangan makan benda haram. Dia hanya tak makan babi (pantang kalau nampak daging babi dicemuhnya) tetapi wang gaji penuh setiap bulan yang diterimanya untuk hasil kerjanya yang tak seberapa itu halal kah?. Haram tetap haram. Tipu claim, Tipu MC. Ambil barang bukan hak kita walaupun sebatang pensil ditempat kerja. Itu adalah hasil haram. Alat tulis dibawa pulang pula diberi pada anak untuk belajar, akan mendapat keberkatankah pelajaran anak tersebut???. Tidak ada rahmat & keberkatan bagi sesaorang termasuk keluarganya yang hidup dari sumber haram walaupun sedikit cuma.

Jadi bagaimana & bila Allah SWT hendak perkenankan doanya???. Tunggulah....doa lagi...tunggulah....doa lagi ...akhirnya putus asa. Malaikat yang membawa doa itu kepada Allah pun mungkin malas untuk membawanya.

Bolehkah kita berubah? .....Sudah tentu boleh. Tepuk dada tanya selera.

Adakah manusia sejujur & seikhlas itu?.......Sudah tentu ada. Masuk kerja awal balik lewat setiap hari. Potong claim perjalanan sendiri dari sepatutnya.

Adakah orang tak tipu MC?........Tak pernah ambil MC selama 30 tahun kerja pun ada.

Maka sudah tentu mudah bagi Allah SWT menunaikan janjiNya untuk memperkenankan Doa orang2 tersebut.

Betapa manis dan tenangnya kehidupan sekiranya kita sentiasa berada dibawah keberkatan & rahmat Allah SWT.

Sebenarnya, aku juga ingin berkongsi pengalaman bagaimana Allah SWT memperkenankan doa secara instant. Ya....sebelum ini aku pernah berjanji untuk membuka satu ruang atau halaman "Sudut Perubatan Islam - Al Syifa' dalam blog Dusun Ku ini. Tetapi memandangkan tarikh Konvokesyen telah dua kali dibatalkan( pertama kerana banjir dalam bulan 1, kedua dijadualkan pada 8/2/14 dibatalkan kerana Tuan Guru mendapat rawatan di hospital. Mungkin dalam bulan 3 atau 4 ini jadi kut. Hanya selepas konvo baru aku ingin menceritakan pengalaman mengendalikan 16 kes setakat ini secara sendiri hanya melalui Doa. Dan Subhanallah, adakalanya aku sendiri menangis teresak-esak mengenangkan kebesaran & Keesaan Allah SWT dengan melihat hasil doa yang dipohonkan itu.

Wassalam.







Jumaat, 14 Februari 2014

Hentikanlah....Saya maafkan anda

Assalamualaikum Wrkth.

Saya dengan ini memohon kepada orang yang memanipulasikan beberapa gambar Dusun saya untuk tujuan yang mereka sahaja yang tahu menarik balik iklan mereka dalam Mudah.com. (refer iklan ini)

http://www.mudah.my/Dusun+at+kampung+ulu+tawar-25575298.htm

Beberapa keping gambar yang tertera itu adalah JELAS gambar Dusun Ku. Scenario nya adalah kolam tadahan air serta bangsal berehat disuatu sudut dalam dusun saya. Boleh dilihat dalam gambar2 yang saya muatkan dalam Halaman "Dusun Ku".

Perbuatan seperti ini adalah tidak baik. Sekiranya kita ingin berjaya dalam kehidupan Dunia & Akhirat hentikan tindakan memanipulasi & menipu seperti ini. Sebenarnya Allah SWT maha mengetahui dan semua orang ingin mendapat rahmat & keberkatan dari Nya untuk kehidupan mereka.

Ingatlah bahawa sebarang tindakan kita samaada baik atau jahat pasti akan mendapat balasan dari Allah.SWT.  Hanya cepat atau lambat saja kita menerimanya.

Hentikanlah perbuatan tidak baik itu dan saya Memaafkan Kesalahan perbuatan anda tersebut. Kalau diteruskan juga...saya hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukanNya.

Wassalam

Rabu, 12 Februari 2014

Tahniah Mohammad Radzi & Ellie.

Alhamdulillah...Syukur Ke Hazrat Allah SWT, aku bertambah mendapat gelaran Datuk lagi. Kali ini yang ke dua dari Mohammad Radzi & Ellie.

Tahniah Radzi diatas kelahiran anak yang kedua ini dan Rezeki kenaikan pangkat dalam kerjaya. Jangan lupa kepada Allah SWT. Utamakan Sembahyang tepat pada waktunya dari lain2 aktiviti. InsyaAllah, Doa mu akan dimakbulkan Nya.

Wassalam.

Nur Fatihah Aishah. Comelnya Dia. Sebiji Rupa Ayahnya.