Rabu, 17 Ogos 2016

Sedikit Panorama Hasil di Halaman Utama ini.

Sengaja aku muat naikkan photo ini yang diambil tengahari tadi. Aku sengaja membawa balik lebihan rambutan yg dihantar kepada Pemborong kerana ada Tempahan dari rakan2 setempat.

Harga jualan semasa Rambutan di rumah ialah RM10/= untuk 3 kilo.   Sedangkan harga borong semasa yang aku jual pada Pemborong adalah RM4/= sekilo. Tetapi demi kawan2 aku jualkan juga pada harga RM10/ utk 3 kilo itu.

Aku difahamkan bahawa harga pasaran termasuk pasar malam bagi rambutan daerah Kuantan ialah diantara  RM7 hingga RM9 sekilo.

Satu ikat 3 kilo dan Durian yg gugur hari ini.


Isnin, 15 Ogos 2016

Tempoyak Kak Zie Kembali Lagi

Alhamdulillah!!!!!  Musim Durian sudah menghampiri penghujungnya.  Buah2 yang terlebih masak dan yang merkah & pecah diproses untuk dibuat Tempoyak.

Kami hanya buat Tempoyak setahun atau semusim sekali iaitu ketika musim buah di Dusun kami. Kami tahu ada diantara pokok2 yang menghasilkan buah yang hanya gugur ketika bagitu matang dan adakalanya pecah ketika jatuh. Buah2 jatuhan ini kami kumpul dan kini tibanya musim Tempoyak dibuat semula.

Kami memohon maaf kepada mereka yang memesan dari jauh atau luar daerah Kuantan kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan kalian. Untuk Pos adalah tidak sesuai kerana Tempoyak kami memiliki gas yang terlalu kuat dimana adakalanya penutup bekas terpaksa dilonggarkan untuk mengelakkan ianya dari meletup.

Seperti sebelumnya, Tempoyak Kak Zie adalah terdiri dari kandungan 100% isi durian asli dan tidak dicampur dengan sebarang bahan lain.

Walaupun kami telah menerima tempahan seberapa banyak kilo pun yang kami hasilkan  dari sebuah Restoran Terkenal di Jalan Kuantan ByPass tetapi kami tidak memberi kesemuanya kepada mereka. Kami pack dalam bekas yang sekecil suku kilo, setengah kilo dan seterusnya untuk memberi peluang kepada pemintaan rakan2 setempat.

Harga Pasaran sekilo ialah RM20/= sahaja.

Kami memohon maaf kepada yang tidak dapat membeli jika kehabisan stock.

InsyaAllah di tahun hadapan kita buat semula.

Proses membuat Tempoyak dari buah yang pecah bermula

Siap packing.  3 botol besar diatas telah habis ditempah