Kami hanya buat Tempoyak setahun atau semusim sekali iaitu ketika musim buah di Dusun kami. Kami tahu ada diantara pokok2 yang menghasilkan buah yang hanya gugur ketika bagitu matang dan adakalanya pecah ketika jatuh. Buah2 jatuhan ini kami kumpul dan kini tibanya musim Tempoyak dibuat semula.
Kami memohon maaf kepada mereka yang memesan dari jauh atau luar daerah Kuantan kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan kalian. Untuk Pos adalah tidak sesuai kerana Tempoyak kami memiliki gas yang terlalu kuat dimana adakalanya penutup bekas terpaksa dilonggarkan untuk mengelakkan ianya dari meletup.
Seperti sebelumnya, Tempoyak Kak Zie adalah terdiri dari kandungan 100% isi durian asli dan tidak dicampur dengan sebarang bahan lain.
Walaupun kami telah menerima tempahan seberapa banyak kilo pun yang kami hasilkan dari sebuah Restoran Terkenal di Jalan Kuantan ByPass tetapi kami tidak memberi kesemuanya kepada mereka. Kami pack dalam bekas yang sekecil suku kilo, setengah kilo dan seterusnya untuk memberi peluang kepada pemintaan rakan2 setempat.
Harga Pasaran sekilo ialah RM20/= sahaja.
Kami memohon maaf kepada yang tidak dapat membeli jika kehabisan stock.
InsyaAllah di tahun hadapan kita buat semula.
Proses membuat Tempoyak dari buah yang pecah bermula |
Siap packing. 3 botol besar diatas telah habis ditempah |