Isnin, 27 Ogos 2018

Jenis IOI Muar.

Alhamdulillah!!! Diantara pokok2 terakhir yg menggugurkan hasil pagi ini. Jenis IOI Muar. Giliran Tuan Kebun memakan sepuas2nya sebelum menunggu pulak musim hadapan. InsyaAllah. Walau bagaimanapun ada juga beberapa pokok durian yg mula berbunga kembali. Akan di update kan perkembangannya selepas ini.

Potai & Cempedak Pulak!!!

24/08/2018

Lupakan lulian buat sementara. Kait buah ini utk anak2 bawa balik. Petai itu ialah dari pokok yg pertama kali berbuah. Aku tanam sendiri dalam 3 tahun lepas. Alhamdulillah, Baja Fastgrow buatkan pokok petai ini amat berkualiti & produktif.

Khamis, 16 Ogos 2018

Jenis Tekka???

Seorang kawan yg membeli dan memakan buah ini mengatakan ia jenis Tekka. Betul ke? Buahnya besar dan bulat. Kulit nipis dan mudah pecah. Rata2 berat melebihi 3kg sebutir. Isinya tebal kuning ke orange. Lemak & manis.

Selasa, 14 Ogos 2018

Petai Pulak!!!

Tanaman ini akan aku jadikan "Tumpuan Utama" selepas Musim Durian berakhir nanti.
Petai mempunyai nilai Commercial yg tinggi. Process Turnover adalah mudah dan senang dikendalikan. Beberapa pokok yg aku tanam sendiri 3 tahun lepas kini mula berbuah.

Alhamdulillah!!! Dengan bantuan baja "Fastgrow" pokok2 yg ditanam tumbuh subur dan mula berbuah. Quality buahnya juga agak baik. Lihatlah mata petai itu yg hampir mencecah tanah dan boleh aku capai dengan tangan tuu.

Energy Received, Energy Returned. Aspiring People Everywhere.
Whose Earth is this Anyway???

D2 Galak Berguguran (14/08/2018)

Alhamdulillah!!! 
D2 pulak mengamuk sakan pagi nie.

Ahad, 12 Ogos 2018

Buah gugur yg di kutip pagi ini (12/08/2018)

Alhamdulillah!!! D7 mengamuk sakan pagi nie. Buah penghujung semakin banyak dan galak gugur. 

InsyaAllah semua pesanan tertunggak akan dilangsaikan pagi ini. Ada juga pokok yg baru mengeluarkan putik buah baru. 

Fastgrow betul2 membuatkan pokok2 keliru.

Pulut Durian!!!

"Nyimput Makan, Moulut Lulian" haa....haa... haa...Alhamdulillah!!!

Jumaat, 10 Ogos 2018

Kutipan Pagi Ini....

Alhamdulillah!!! Sebahagian dari buah molek kutipan pagi ini siap untuk di packing kepada yg membuat pesanan hari ini. Buah special bertanda cat biru dipangkal tangkal di bahagi sama rata mengikut jumlah buah yg jatuh. Tetapi sebiji buah itu melebihi 3 kg beratnya. Harga jualan tetap sama RM7/kg flat rate bagi semua jenis buah. Tempahan untuk esok dan lusa telah penuh melebihi 60kg/day.

Rabu, 8 Ogos 2018

Seeing is Believing!!!

Alhamdulillah!!!

Kehebatan Fastgrow bukan saja berkesan utk buah durian dan rambutan saja. Bahkan memberi kesan yg baik terhadap buah2an lain spt Jering dan Limau Nipis dalam gambar dibawah.
Sementara aku mengutip durian sempat juga aku ambil sebaldi jering dan beberapa biji limau nipis pagi nie.

Lihatlah saiznya. Jering bagitu besar, bulat, padat dan tidak leper seperti yg biasa kita lihat. Saiz limau nipis pula dah mengalahkan saiz lemon. Fastgrow!!! ... Fastgrow!!!

Selasa, 7 Ogos 2018

Kutipan Pagi Ini (06/08/2018)

Alhamdulillah!!! Kutipan pagi ini. Cukup utk memenuhi pesanan semasa. Buah special gugur 4 biji yg bertanda biru muda pada pangkal tangkal tuu.

Ahad, 5 Ogos 2018

Harga Durian Naik Semula.

Harga Durian mula melonjak naik???
Semalam, semasa aku hantar rambutan kpd pemborong, dia ada tengok durian aku dalam jeep dan dia tanya aku berapa sekilo durian aku jual? Aku kata hanya RM7/kg. Dia kata "Haji jual semua pada saya...saya angkat itu harga. Esok pun Haji boleh bawak mari berapa banyak yg ada. Aku kata dah tak banyak hanya tinggal 3 pokok saja lagi. Salah satu pokok itu jenis D2. Pemborong kata .... D2 saya bayar Haji RM12/kg. Aku kata, minggu ini tak boleh sebab sudah banyak order yg ada. Minggu depan mungkin boleh.
Pemborong kata, harga durian sudah naik sekarang. Rata2 tempat durian sudah banyak kurang. Saya order banyak ..... satu lori pun dia orang belum hantar.
Haaa.....haaa....Alhamdulillah!!!. Tapi aku tetap jual flat rate pada harga RM7/kg untuk apa jenis pun. Maaf, sepanjang minggu ini order dah penuh termasuk hari Rabu nie ada seorang order RM200/= hampir 30kg nak bagi makan budak2 tahfiz katanya.
Photo dibawah sedang packing buah molek memenuhi pesanan orang.

Hantar Rambutan kepada Pemborong

Alhamdulillah!!! Dua bakul besar Cik Ning nak di hantar macam biasa kpd pemborong. Hari2 kena pulun sebab Harga borong Cik Ning masih bertahan pada RM3/kg. 2 bakul tuu dapatlah dalam 100kg. Durian pun masih gugur dah hampir 2 bulan. Masih ada beberapa pokok yg galak menggugur sekarang. Tapi yg itu..... dah ada orang punya.