Ahad, 5 Ogos 2018

Harga Durian Naik Semula.

Harga Durian mula melonjak naik???
Semalam, semasa aku hantar rambutan kpd pemborong, dia ada tengok durian aku dalam jeep dan dia tanya aku berapa sekilo durian aku jual? Aku kata hanya RM7/kg. Dia kata "Haji jual semua pada saya...saya angkat itu harga. Esok pun Haji boleh bawak mari berapa banyak yg ada. Aku kata dah tak banyak hanya tinggal 3 pokok saja lagi. Salah satu pokok itu jenis D2. Pemborong kata .... D2 saya bayar Haji RM12/kg. Aku kata, minggu ini tak boleh sebab sudah banyak order yg ada. Minggu depan mungkin boleh.
Pemborong kata, harga durian sudah naik sekarang. Rata2 tempat durian sudah banyak kurang. Saya order banyak ..... satu lori pun dia orang belum hantar.
Haaa.....haaa....Alhamdulillah!!!. Tapi aku tetap jual flat rate pada harga RM7/kg untuk apa jenis pun. Maaf, sepanjang minggu ini order dah penuh termasuk hari Rabu nie ada seorang order RM200/= hampir 30kg nak bagi makan budak2 tahfiz katanya.
Photo dibawah sedang packing buah molek memenuhi pesanan orang.