Alhamdulillah!!! Pagi nie....Petik sikit Pucuk Kledek sebab ada kedai runcit hendak .... pelanggan tanya katanya. Disamping itu cabut serumpun ubi kledek utk makan sendiri. Fresh gitu...
Senarai Blog Utama
Jumaat, 27 Disember 2019
Rabu, 4 Disember 2019
Kelapa Pandan Pulak....
Ahamdulillah!!! 30 anak pokok kelapa pandan yg aku ambil dari Pejabat Pertanian Kuantan hujung minggu lepas berjaya aku tanam di Kebun aku di Airport Kuantan. Aku memilih hari ini kerana cuaca agak baik dan aku mesti tanam serta membuat kepok pagar serentak supaya pokok2 nie tidak diusik oleh Cik Bi atau Cik Nyet.
Aku mulakan kerja seorang diri sebelum 8 pagi dgn mengorek lubang, memotong kayu, membuat pagar dan memasang jaring .... akhirnya siap sebelum 5.30 petang. Terima kasih kpd Pejabat Pertanian Kuantan yg bersusah payah pergi mengambil anak benih dari Pejabat Pertanian Raub sebelum memberi kpd aku utk ditanam.
Isnin, 4 November 2019
Lagi Hasil Dari Kebun Pisang.
Pisang Emas dibawa belayar
Pisang Tanduk diatas Peti
Pisang Nangka pun dah semakin besar
InsyaAllah, akan dipetik sehari dua nanti.
Pisang Tanduk diatas Peti
Pisang Nangka pun dah semakin besar
InsyaAllah, akan dipetik sehari dua nanti.
Jumaat, 1 November 2019
Khamis, 17 Oktober 2019
Upgrade Jalan di Dusun Ku.
Alhamdulillah!!! Dari hasil yg lebih sikit diperolehi dari musim lepas dapatlah aku memperelokkan sistem jalan dalam Dusun Ku. Kini ditambak dgn Crusher Run dan serbuk premix jalan. Kereta biasa dah boleh menjelajah ke pelusuk Dusun Ku dgn selesa.
Moving Forward or Next Step .... aku sedang memikirkan utk Embark dalam Agro Tourism dgn membina beberapa Chalets utk pekej makan buah kutip sendiri dan pakej Team Building ketika Off fruits Season.
"Journey of thousand miles begin with first step". ..... I've stepped my first foot on it.
Photo2 Terkini pada 16/10/2019
Walau pun sesibuk mana dengan kerja2 di kebun2 lain.... aku tetap pasti kan Dusun Ku 2 ini terjaga dgn baik. Dibawah adalah photo2 terkini Dusun ku 2 yg aku ambil semalam 16/10/2019.
Scene yg selalu aku ambil iaitu sebelum pondok di Dusun Ku 2 |
Permandangan sebahagian dari Dusun Ku 2 |
Di bahagian Kecerunan Ke bawah |
Di kawasan atas bukit |
Isnin, 30 September 2019
24/09/2019 - Bercuti lagi..
Well, we drove away from "Stone Chisel" at about noon and heading towards a Historic State of Melaka for our next stopping point. Despite some disturbance by the presence of "Haze" we really enjoyed the tranquillity of the country side and love at seeing all walks of life along the journey. Thanks the Almighty..... Alhamdulillah.
21/09/2019 - Bercuti dari berkebun
Alhamdulillah!!! Safely arrived at this location. Planned to put up a night over here before proceeding with our vacation visit to other local places in the southern states thereafter.
Would you recommend this place?
Isnin, 9 September 2019
Sabtu, 31 Ogos 2019
Merdeka!!!
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Alhamdulillah!!!. Aku bersyukur dilahirkan sebelum Merdeka dalam negara yang harmoni ini. Aku masih ingat saat getir ketika 13hb. May 1969. Harapan ku agar ianya tidak berulang lagi. Tanamkan sifat harmoni sesama insan yang semuanya hamba Allah. Perubahan ikhlim, suasana, tempat dan dengan kehendak Allah juga terbentuk insan pelbagai jenis seperti hitam, putih, berwarna, pendek, tinggi, berpuak2, berbagai bangsa dan sebagainya.
Whose Earth is this.... Anyway???
Ianya milik Allah.
Bumi ini bukan milik aku.... bukan milik engkau....bukan milik sesiapa. Ianya milik Allah SWT.
Hapuskan sifat kebencian sesama insan kerana kita semua adalah hamba Allah. Jauhi Insan negatif yang suka mengadu domba. Sifat negatif akan membuat jiwa (rohani) yg sakit yg boleh merosakkan kesihatan jasmani kita.
Hayati bait kedua lagu Negara Ku... "Rakyat Hidup Bersatu dan Padu"
Ayuh.... Sayangi Malaysia Ku!!!
Milik Siapa kah Bumi ini?????
Sabtu, 24 Ogos 2019
Musim yg panjang kini Berakhir
Alhamdulillah!!! Petikan terakhir utk musim ini. Satu musim yg agak panjang bermula 15/6 hingga hari ini 24/8. Seingat aku ....semua yg buat order telah dipenuhi kecuali repeated orders atau order yg terlambat masuk disebabkan bahan kehabisan. Esok, aku akan keluar berehat, melihat dan merasai kenikmatan hidup dikota pula. InsyaAllah, akan kembali ke Dusun Ku bulan depan.
Aku... Awang Dusun ..... pandai bertani.....
Langgan:
Catatan (Atom)