Sabtu, 31 Ogos 2019

Merdeka!!!

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Alhamdulillah!!!. Aku bersyukur dilahirkan sebelum Merdeka dalam negara yang harmoni ini. Aku masih ingat saat getir ketika 13hb. May 1969. Harapan ku agar ianya tidak berulang lagi. Tanamkan sifat harmoni sesama insan yang semuanya hamba Allah. Perubahan ikhlim, suasana, tempat dan dengan kehendak Allah juga terbentuk insan pelbagai jenis seperti hitam, putih, berwarna, pendek, tinggi, berpuak2, berbagai bangsa dan sebagainya.
Whose Earth is this.... Anyway???
Ianya milik Allah.
Bumi ini bukan milik aku.... bukan milik engkau....bukan milik sesiapa. Ianya milik Allah SWT.
Hapuskan sifat kebencian sesama insan kerana kita semua adalah hamba Allah. Jauhi Insan negatif yang suka mengadu domba. Sifat negatif akan membuat jiwa (rohani) yg sakit yg boleh merosakkan kesihatan jasmani kita.
Hayati bait kedua lagu Negara Ku... "Rakyat Hidup Bersatu dan Padu"
Ayuh.... Sayangi Malaysia Ku!!!
Milik Siapa kah Bumi ini?????