Sabtu, 26 Januari 2019

Hebatnya Bacaan Ayat2 Suci Al-Quraan

Semalam (25/01/2019) aku menunggang motorsikal Kris yg telah berusia lebih 15 tahun dari Ara Damansara, KL ke Bukit Katil, Melaka. Sebenarnya, aku memang suka naik motorsikal berbanding kereta kerana dgn motorsikal aku akan sampai ke destinasi lebih cepat dan selamat kalau dinaiki dgn berhemah. Motorsikal Kris ini memang sengaja aku tinggalkan di rumah aku di Ara Damansara utk memudahkan aku menggunakannya bila aku datang KL. Seperti biasa Isteri aku membantah jika aku memilih untuk naik motorsikal utk pergi ke jarak yg jauh. Namun aku teruskan juga niat aku kerana aku mahu balik dgn cepat tambahan pula hari itu Jumaat. Satu kesilapan besar yg aku lakukan ialah aku tidak memeriksa dgn teliti akan motorsikal ini sebelum bertolak ke Melaka. Aku hanya top-up minyak petrol dan terus menunggang ke Melaka melalui PLUS highway. Aku bertolak dalam jam 7 pagi dan Alhamdulillah selamat sampai di Ladang Ternakan Lebah Bukit Katil Melaka dalam jam 9.45 pagi. 

Jarak diantara Ara Damansara ke Bukit Katil Melaka adalah lebih kurang 170km. Aku menunggang pada kadar purata 80km/hr. Seperti biasa, aku akan membaca surah2 Al Quraan yg aku hafal dari mula bertolak hingga sampai ke destinasi yg dituju sepanjang perjalanan. Amalan seperti ini bukan saja aku lakukan ketika perjalanan ini malah aku sentiasa lakukan bila saja aku menunggang motorsikal atau memandu kereta walau kemana saja termasuk ke dusun, ke bandar, ke masjid dan sebagainya.

Setelah selesai urusan aku di Bukit Katil, aku terfikir utk servis motor itu sebelum bertolak balik kerana masa masih awal. Aku pergi kesebuah kedai motor Cina berhampiran dan minta di servis. Alangkah terkejutnya aku bila Taukeh Cina itu membuka sekeru utk menukar minyak enjin (hitam)  didapati tiada langsung minyak yg tinggal atau menitik dari motor. Taukeh itu pun berkata "Apalah lu...naik motor minyak hitam langsung tak lak... Lu mana mari?  kata Taukeh tuu lagi."  Aku kata "KL" .  Aaiya, betul ka? katanya. Kalau ini macam punya minyak tak lak, luu naik sampai hujung simpang itu pun lu punya motor sudah jem tak boleh jalan, mana boleh KL mari. ...Kata Cina itu tak percaya yg aku datang dari KL. Tapi aku cakap sungguh2 dan dia hanya berkali2 cakap "Luu banyak kuat sembahyang punya orang". Aku tak tahu apa maksud kuat sembahyang  yg dia cakap tapi yg aku tahu akan amalan membaca segala surah2 yg aku tahu sepanjang perjalanan. 

Selepas servis aku bertolak balik ke Ara Damansara dan tiba sebelum jam 1 petang dan sempat aku ke Masjid utk Solat Jumaat.

Kejadiaan seperti ini bukan pertama kali berlaku kepada aku. Seingat aku telah 2 kali berlaku sebelumnya iaitu :-

Pertama :  Ketika aku tinggal di Kerteh dulu dan menunggang motorsikal GSX Suzuki 350 lama utk diservis di Kuantan.  Ah Bee, Taukeh Willy Motor juga terkejut bila tiada minyak hitam yg tinggal ketika beliau mula nak servis. Keadaan enjin motor masih elok dan selepas servis aku tunggang balik ke Kerteh.

Kedua :    Ketika aku memandu kereta Proton Saga Aeroback (anak aku)  seorang diri dari Ara Damansara, KL ke Hospital Kepala Batas Pulau Pinang untuk menziarahi arwah Ibu aku yg dimasukkan ke hospital suatu ketika dulu.  Aku tidak bertanya anak aku jika minyak petrol mencukupi bila mula memandu sebab aku lihat  pointer minyak menunjukkan lebih dari separuh. Setelah beberapa jam memandu melepasi bandar Ipoh, aku mula rasa ragu2 sebab pointer minyak masih menunjukkan separuh tangki. Jadi aku bercadang utk mengisi minyak di Stesen terdekat iaitu di Perhentian Seberang Perak, Kuala Kangsar. Sebaik saja aku membeluk utk masuk ke perkarangan stesen ....enjin kereta terhenti. Pam attenden terpaksa dipanggil untuk menolak kereta masuk ke petak Pam Pengisian. Tangki kereta kering langsung sedangkan pointer masih separuh walau pun sesudah diisi penuh.

Sekembali ke Ara Damansara dari Kepala Batas pada hari yg sama aku bertanya anak aku akan kedudukan meter minyak itu, Dia pun terlupa nak beritahu aku yg pointer itu rosak dan belum sempat di perbaiki lagi.

Pengajaran daripada kejadian2 diatas ialah jadikan amalan membaca ayat suci Al Quraan ketika memandu kemana saja. InsyaAllah sesuatu keajaiban adalah di bawah kuasa Allah SWT segala2nya. Subhanallah!!!



Selfie yg aku ambil sebaik saja sampai Melaka utk di Whatsapp kpd isteri

Inilah motor yg dimaksudkan diatas tuuu..