Alhamdulillah!!! Kebun baru yg aku mula usahakan sendiri sebelah Kuantan Airport kini mula beroperasi. Pondok, Bangsal, Pagar dan Kemudahan Asas telah berjaya disiapkan.
Tumpuan aku kini adalah untuk memulihkan tanaman seperti Pisang, Kantan dan lain2 supaya kembali subur & produktif. Aku juga akan menanam kelapa pandan di sekeliling pagar kawasan.
Aku juga telah mencipta baja kompos sendiri diperkuatkan dengan EM4 dan Molasses serta menggunakan teknik Bokasi dan Penyediaan & Pemeraman Pupuk yg aku namakan sementara sebagai "Baja RN Special" . Aku telah menggunakan RN Special ini untuk tanaman Pisang dan Kantan di Kebun Baru ini dan Alhamdulillah dalam 3 minggu Rawatan Pemulihan Ternyata Amat Berkesan. Walau bagaimana pun ianya masih dalam kajian. Akan digunakan untuk pokok2 kekal seperti Durian, Rambutan dan lain2 jika terbukti ianya betul2 berkesan.
Nota : Sila rujuk Blog aku Dusunsaya blogspot untuk cerita lanjut serta photo2 terkini di bawah Halaman "Kebun Baru".