Ahad, 19 April 2020

Daun Kesum dan Daun Selom

Kebun aku yg di Kuantan Airport ini aku kategorikan sebagai Hasil Semasa manakala kebun2 lain dibawah kategori Hasil Semusim. Ada banyak jenis tanaman di kebun Hasil Semasa ini seperti Pisang, Keladi, Keledek, Kacang Botol (Kelisa), cili api, bunga kantan, Daun Kesom (Cenehom), Daun Selom, Ubi Kayu, Halia Bentong dan sebagainya. Manakala berpuloh pokok Kelapa Pandan sedang membesar dgn baik sekali.

Dibawah ini aku uploadkan Photo Daun Kesom dan Daun Selom. Aku ada 5 rumpun Daun Kesom dan Daun Selom. Buat masa ini disebabkan MCO... hanya seorang pemborong aktif yg membeli produk keluaran Hasil Semasa ini setiap minggu.

Mana2 pemborong dan peruncit lain khususnya di Kawasan Kuantan boleh hubungi aku utk mendapatkan bekalan semasa pada harga yg berpatutan.