Jumaat, 30 Disember 2022

Kemana Tumpahnya Kuah???

Like father, like son.

Aku mula berkebun sebaik saja pencen. Tapi, anak aku ini yg masih dalam 30an ..... sanggup ambil cuti 2 minggu pergi berkursus Menanam Nenas di Pontian Johor untuk diusahakan di tanah yg baru dibeli di Kelantan. Sebahagian sulur yg dibawa balik ditanam di tanah aku di Kg Pandan, Kuantan seperti dalam photo diatas. Nampaknya beliau amat gigih berkebun. Lega rasanya kerana kuah tumpah ke nasi juga. Alhamdulillah.


Kali ini aku upload kan juga photo2 hasil jangka pendek berterusan  yg aku petik kelmarin sebelum datang ke KL nie, seperti Selom (dalam 6kg), Limau Kasturi (sekampit baja) dan Kelapa (dari Kebun Seri Mahkota). Hasil2 sampingan ini dah lama aku tak update kan sebelum ini ... tapi ianya tetap berterusan produktif penangan Baja Kompos RN buatan sendiri.


Mula bercuti untuk bulan ini... InsyaAllah, akan balik menyangkul semula pada 9/01/2023 nanti.

(Copy paste from my FB Posting)

Aku petik dalam 6kg daun Selom

Anak aku sedang menanam nenas.

Sekampit baja Limau Nipis, Kelapa dari Kebun Seri Mahkota.


Jumaat, 23 Disember 2022

Cucu2 Berkebun

Jarang aku ke kebun pada Hari Jumaat. Tapi, pagi ini aku pergi juga ke Kebun Kelapa Pandan sebab cucu2 ini nak tolong bersihkan kebun kata mereka. Tolong ada makna tuuu... Upahnya agak lumayan bagi mereka.

(Copy paste from my FB Posting)





Selasa, 6 Disember 2022

Mimpi???

Kali terakhir aku tulis mengenai mimpi yg aku alami sebelum ini ialah pada bulan Julai 2012 iaitu lebih 10 tahun yg lalu. Kesemua mimpi2 yg aku alami itu memberikan berbagai tafsiran dalam liku2 kehidupan aku.

Kini, agak sekian lama aku ingin menulis lagi berkenaan mimpi. Semua manusia mengalami mimpi. Ada yg kata mimpi hanya mainan tidur tapi ada juga mimpi yg memberi sesuatu mesej tertentu. Pada aku, mimpi yg menjadi mainan tidur jarang aku mengingatinya pada keesokan harinya. Tetapi ada beberapa mimpi yg membawa mesej tertentu yg secara sedar aku akan segera mengingatinya keesokkan harinya,  

Berikut adalah beberapa mimpi yg aku alami yg memberi pertanda tertentu yg belum pernah aku ceritakan sebelum ini.

1.   Mimpi kejadian di kebun aku.

Ianya berlaku sekitar 8 tahun yg lepas dimana suatu malam aku bermimpi bahawa kedua2 pintu pagar besi di kebun aku terbuka luas. Aku rasa waswas berkenaan mimpi itu bimbang jika betul2 aku terlupa menguncinya dan binatang atau makhluk perosak akan memasukki kawasan kebun. Lazimnya aku akan mengunci pintu pagar menggunakan mangga (padlock) sebaik saja aku meninggalkan kebun.  Alhamdulillah!!! apabila aku ke kebun pada keesokkan harinya aku dapati pintu pagar tertutup rapat dan berkunci. Walau bagaimanapun ketika aku berjalan didalam kebun aku dapati  2 tiang pagar yg berbata dikawasan penjuru pagar RUNTUH terus. Ianya berlaku kerana air hujan yg lebat pada sebelah malamnya mengalir ke penjuru pagar dan menumbangkan 2 tiang tembok bata ke bumi. Aku mengambil masa 2 hari memasang semula konkrit bata dan 2 tiang serta membuat lubang laluan air keluar.

2.  Mimpi Manusia Kepala Anjing.

Mimpi ini juga melibatkan kejadian di kebun aku dalam 4 tahun lepas. Aku bermimpi melihat seorang manusia yg agak muda badannya (sekitar 30 tahun) tetapi muka dan berkepala anjing berwarna hitam melompat dari pagar kebun aku. Keesokan harinya seperti biasa aku ke kebun dan aku dapati semua kepala paip besi dalam 25 biji yg aku pasang untuk sistem paip pengairan ke pokok2 dalam kebun telah dicuri. Aku sengaja memasang kepala paip besi untuk tahan lama. Jadi, aku terpaksa membeli kepala paip plastik untuk menggantikan kepala2 paip besi yg dicuri.

3.  Mimpi kena Rompak.

Suatu malam dalam 2 tahun lepas aku bermimpi ada orang memecah cermin sisi bahagian depan (sebelah penumpang) kereta aku untuk mencuri keset kereta. Keesokan harinya, kebetulan ada anak menantu aku balik bercuti dan sedang sarapan pagi mengajak aku untuk sarapan bersama. Aku beritahu mereka yg aku bermimpi ada orang pecah cermin kereta nak curi keset. Lalu aku kata nak pergi tengok dulu samaada betul atau tidak mimpi aku itu. Alangkah terkejutnya, cermin sisi kereta aku bahagian penumpang hadapan retak teruk keseluruhannya dan aku dapati seketul batu sebesar ibu jari ada di lantai cement sebelah pintu itu. Kereta ini memang aku jarang guna dan aku hanya guna untuk berjalan jauh sekali sekala. Ianya memang tersadai disitu. Aku panggil isteri dan anak menantu aku terus datang melihatnya. Isteri aku berkata ada jiran sebelah yg mesin rumput beberapa hari lepas tapi dia tak kata apa2 pun.  Aku pun panggil jiran sebelah untuk bertanyakan perkara ini. Jiran sebelah mengaku mesin rumput dan katanya memang ada batu melantun terkena cermin kereta aku tetapi dia masih tak berkesempatan memberitahu aku perkara itu. Walau bagaimana pun beliau setuju untuk membayar kos tukar cermin tetapi memohon utk membayar separuh harga. Aku setuju saja lagi pun dia bukan sengaja. 

Bagitulah kelebihan yg aku perolehi dari mimpi2 yg aku alami memberi beberapa pertunjuk tertentu. Ada beberapa lagi mimpi2 yg melibatkan beberapa rawatan yg aku lakukan terhadap beberapa pesakit sebelum ini yg jika ada kelapangan akan aku catitkan di artikel akan datang. InsyaAllah.