Jumaat, 8 Mac 2024

Kawan Lama

 Alhamdulillah!!! Akhirnya hari ini aku berjumpa sahabat baik lama yg terpisah sejak selepas Sekolah Menengah hingga kini iaitu sekitar 55 tahun. Aku menumpang basikal beliau dari rumah aku sekitar 6km ke sekolah. Sedangkan beliau berkayuh lebih jauh lagi iaitu dari Permatang Janggus sekitar 10km ke sekolah. Pertengahan perjalanan aku menumpang beliau. Aku mencari dimerata2 akhirnya berjumpa di Jelawat Kelantan dimana beliau menetap disini. Terima Kasih Cik Gu Shaari diatas kemuliaan murni  hati mu. FRANCE .... Friend Remains And Never Comes End.