Jumaat, 31 Mei 2024

Ahad, 12 Mei 2024

Hasil Sampingan

 Labu Manis

Petik 3 butir fresh untuk masak lemak dengan udang. Fuuuhhhhh....



Jumaat, 15 Mac 2024

Ayam Kampong Organik

Pasaran di buka untuk tempahan menjelang Hari Raya Tahun ini.



Jumaat, 8 Mac 2024

Kawan Lama

 Alhamdulillah!!! Akhirnya hari ini aku berjumpa sahabat baik lama yg terpisah sejak selepas Sekolah Menengah hingga kini iaitu sekitar 55 tahun. Aku menumpang basikal beliau dari rumah aku sekitar 6km ke sekolah. Sedangkan beliau berkayuh lebih jauh lagi iaitu dari Permatang Janggus sekitar 10km ke sekolah. Pertengahan perjalanan aku menumpang beliau. Aku mencari dimerata2 akhirnya berjumpa di Jelawat Kelantan dimana beliau menetap disini. Terima Kasih Cik Gu Shaari diatas kemuliaan murni  hati mu. FRANCE .... Friend Remains And Never Comes End.



Rabu, 6 Mac 2024

Project Baru - Kandang Lembu

 Masa kecik2 dulu aku biasa diupah menjaga kerbau untuk dibawa makan rumput ditepi jalanraya di kampung ku. Aku akan ambil seekor kerbau di kandang milik Pak Bakar sekitar jam 5 petang dan aku tarik kerbau itu sepanjang jalan sehingga sekitar 6.30 petang. Aku diberi upah 10 sen sepetang ketika itu. Kerbau itu amat jinak dgn aku.... kadang2 aku menunggang di belakangnya.

Kini, situasi baru dimana InsyaAllah aku akan jadi pemilik lembu dengan proses ternakan berasaskan Semi Modern.




Ahad, 7 Januari 2024

Hasil Semasa Dari Dusun ku.

Agak lama aku tak update Aktiviti di Dusun ku. Sebenarnya aktiviti berjalan sperti biasa. Dibawah ini adalah diantara kutipan hasil semasa.

Pagi ini 7/1/2024

Sebaldi besar Limau Kasturi, sesumpit Pegaga Kampong, Kacang Botol dan Kacang Sacha Inci.


Semalam 6/1/2024.


Sekilo Daun Kesom, Seikat Pucuk Kledek dan Kacang Botol.

Selasa, 19 Disember 2023

Great Escapes!!!

 It was a great escapes from the humidity of Changkul and Sabit. Alhamdulillah!!! Dapat berihat disini ... one of the best 5 star hotel -  fully sponsored by salah seorang anak for 3 days & 2 night stay dgn cucu2 nakal. Inclusive package of Buffet breakfast, lunch & dinner. What's an amazing getaway!!!







Sabtu, 11 November 2023

Ahad, 5 November 2023

 Sekembali dari Cameron Highland, kami tinggal beberapa hari di rumah kami di Ara Damansara.

Semalam, salah seorang anak kami sponsor pula untuk berehat di sebuah hotel sebelah KLCC. 

InsyaAllah, balik Kuantan esok iaitu Isnin.



Isnin, 30 Oktober 2023

Sustainability!!!

Sustainability Achieved when whatever comes in are more than those that goes out!!!



Khamis, 26 Oktober 2023

Pokok Sacha Inchi

 Alhamdulillah!!! Pokok Sacha Inchi yg aku tanam 6 bulan lepas kini galak mengeluarkan hasil. Ia amat sesuai menggunakan Baja RN Kompos yg aku buat sendiri itu. Kini ia semakin produktif dan aku akan menyemai beberapa pokok lagi di kawasan bersebelahannya. Pokok ini juga amat berkhasiat utk kesihatan.



Ahad, 22 Oktober 2023

Kelapa Pandan

Alhamdulillah!!! Pokok2 Kelapa Pandan yg ditanam sekitar 3 tahun lepas kini berhasil.



Ahad, 1 Oktober 2023