Khamis, 25 Ogos 2011

Bukti semakin banyak mula terdedah.

Dr Asri: Kita mudah salahkan gereja, dakwa mereka punca segala masalah

August 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis.
Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri.
“Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya.
“Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini.
Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan.
Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu.
Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit.
“Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.
“Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya.
Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan.
“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah.
“Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi.
Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.”
Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar.
“Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka.
“Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Lagi Pasal Puasa

Cucu sulongku yang baru darjah satu belajar untuk berpuasa. Sebelum tidur beliau beria2 telah berpesan kepada hampir semua ahli keluarga untuk mengejutkannya bersahur.

Pukul 5.00 am, neneknya mula mengejutnya namun tak ada respons. Selepas itu aku pula mengejutnya....pun tak ada respons. Jam 5.10, emaknya pula mengejutnya.....lagi tak nak bangun. Lalu aku cadangkan supaya dipercikkan air kemukanya. Akhirnya beliau bangun jam 5.15 am. Tapi hampir tertidur pulak depan makanan. Sebenarnya ada aku rakamkan gambar video ketika beliau hampir tertidur dimeja makan ketika menunggu makanan. Tapi nak muat turun dalam "Sudut Video" lambat sangat. Jadi aku siarkan gambar photonya saja disini.

Namun, Alhamdulillah, beliau cekal berpuasa.




Rabu, 10 Ogos 2011

MURTAD ??????????


Aku merasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu berkenaan hal yang amat heboh diperkatakan kini iaitu isu Murtad.

Media massa heboh memperkatakan berkenaan satu kumpulan NGO yang memainkan peranan dalam memurtadkan orang2 Islam khususnya mereka yang dilihat tidak berkemampuan dan mengalami masalah kehidupan. Ada juga media dan tokoh2 politik tertentu yang menghangatkan suasana mengambil kesempatan menghentam & mengutuk pihak lawan. Mereka adalah gulungan oportunis, lemah keimanan yang tak habis2 mencari kelemahan dan kesalahan orang semata2 untuk menjatuhkan lawan dan menegakkan pula yang mereka dipihak yang baik. Isu yang sebenar dan amat penting disini ialah; Apakah sumbangan mereka untuk mengatasi masalah Murtad ini ?????.

Hakikatnya, Islam itu Syumul dan lengkap. It is a "Way of life." Apa yang tidak ada dalam ajaran Islam?????.  Dari cara makan, cara batuk, bersin, buang najis, bersuci, cara bercakap, bergaul dan bermasyarakat, berpakaian, beribadah, perundangan melibatkan Hudud, Qisas dan lain2 lagi semuanya ada dalam ajaran Islam.  Bagitulah sempurnanya Islam. Pada agama lain, jangankan kata soal kehidupan, kiblatnya juga bersimpang siur. ada kebarat, ketimur dan macam2. Soal berpakaian menutup aurat....tak payah cerita, lelaki perempuan sama saja. Berjudi, minum arak.....semuanya boleh. Jadi, bagaimana mereka boleh menarik orang Islam untuk mengikut mereka???.

Sebenarnya, Tiang kepada tegaknya Islam ialah Rukunnya.

Bagaimana Islam mengatasi masalah kemiskinan dan kesempatan hidup penganutnya ??????

Jawabnya diwujudkan ZAKAT iaitu Rukun Islam yang keempat. (Masih ingat pengertian Rukun Islam yang aku perkatakan sebelum ini? Sahkah Islam bagi sesaorang yang tidak mengerjakan yang Rukun ?) Setiap orang Islam yang berkemampuan lagi cukup haul dan nisabnya wajib mengeluarkan zakat. Berbagai jenis zakat telah digariskan oleh Islam meliputi zakat pendapatan, simpanan, harta, perniagaan dan lain2 lagi. Kepada  siapa wang zakat itu perlu disumbangkan?????  Jawabnya :-Kepada 8 hasnaf yang layak menerima termasuk orang miskin, fakir dan sebagainya.  Nah.... orang miskin inilah yang mesti kita bantu dengan memberikan wang zakat yang termampu oleh kita.

Pada zaman yang moden ini di wujudkan pula Pusat Zakat di setiap negeri & daerah untuk menguruskan & menyelaraskan kutipan dan pengagihan kepada yang layak menerimanya. Setiap Pusat Zakat ada kakitangan yang dibayar gaji & upah bulanan. Maka timbul beberapa persoalan yang merunsingkan aku diantaranya :-

  • Apakah mereka ini terlepas pandang akan orang2 yang memerlukan bantuan zakat?
  • Mereka turun padang atau tidak untuk meninjau kehidupan masyarakat?
  • Mereka berurus atau tidak dengan Ketua Kampung, Penghulu, Pemimpin Masyarakat untuk mengetahui berkenaan fakir miskin yang terdapat di kampung tersebut?
  • Ada tak mereka iklan di media massa, akhbar, masjid, pejabat dan sebagainya untuk memberitahu fakir, miskin supaya menghubungi Pusat Zakat?
  • Adakah mereka hanya aktif dalam hal mengutip saja?
  • Adakah ada tangan2 ghaib yang mengarahkan perjalanan pengurusan zakat?
  • Adakah...... adakah.... adakah....terlalu banyak yang boleh aku senaraikan persoalan ini..
Pada pendapat aku, kalau lah Pusat Zakat memainkan peranannya dengan aktif dan berkesan, aku rasa tidak akan ada pihak lain yang akan mengambil kesempatan untuk membantu orang Islam yang bermasalah. Kumpulan NGO yang mengambil kesempatan membantu orang Islam yang tersepit juga mendapat dana dari sumbangan pengikut mereka yang berkemampuan.  Walaupun bukan namanya Zakat dalam istilah mereka tetapi bagitulah lebih kurangnya mereka aktif beroperasi.

Anihnya jumlah kutipan zakat setiap tahun bagi setiap negeri semakin meningkat. Bagi tahun 2010 sahaja, Selangor mencatatkan kutipan sebanyak 336.8 juta ringgit, Pahang dan Kelantan masing2 pada jumlah 70 juta ringgit. Semuanya berpuluh juta.. Kemana agihan wang kutipan ini disalurkan? Kenapa masih ada orang yang merempat melarat menagih simpati dari pihak lain?  Persoalan inilah yang perlu kita bincang dan fikirkan.

Aku terfikir, dengan wang kutipan zakat yang banyak itu PASTI kita akan dapat menarik bukan Islam yang tidak berkemampuan untuk diberi bantuan dan pastinya mereka akan tertarik dengan keperihatinan ajaran Islam.

Bukankah Muallaf juga merupakan salah satu asnaf yang layak menerima wang zakat????


Padaku tak perlu kita mengutuk tindakan NGO tersebut. Lihatlah kepada diri kita sendiri. Perbaiki lah kelemahan kita sendiri. Hadis rasul ada menyebut : Sekiranya sesebuah organisasi, pertubuhan hatta sesebuah negara sekalipun jika dipimpin oleh mereka yang bukan ahli (lemah dari pengetahuan keIslamanya) maka akan tibalah saat kehancurannya.

Sesungguhnya jauhilah dari perkara terkutuk "Murtad" itu dan hayatilah Firman Allah SWT. ini.

"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya." [al-Baqarah 2:217]

Wassalam.