Jumaat, 8 Mei 2020

Lagi Hasil Semasa

Alhamdulillah!!! 
Hari2 petik daun2 ulam nie spt Kesom, Selom, Ulam Raja, Daun Kunyit dan lain2 dari Kebun Airport kerana ada permintaan tetap daripada beberapa peniaga pasar basah berdekatan. 
Aku tolak seikat 50sen saja utk semua jenis dan terpulang pada peniaga nak jual 70sen ke RM1 ke dan sebagainya.

Isnin, 27 April 2020

Halia Bentong ...... Dusunku.

Alhamdulillah!!! 

Pagi nie ambil dalam 5 kg Halia Bentong, Pucuk Ulam Raja & Daun Kesom yg ditanam sendiri, rebung madu, Bunga Kantan dan Pisang Abu. Halia Bentong ...memang rangup, berangin dan yg mudanya boleh dibuat ulam. Halia, Ulam Raja & Kesom memang telah ditempah. Halia Bentong dijual pada harga borong RM14/kg.

Ahad, 19 April 2020

Daun Kesum dan Daun Selom

Kebun aku yg di Kuantan Airport ini aku kategorikan sebagai Hasil Semasa manakala kebun2 lain dibawah kategori Hasil Semusim. Ada banyak jenis tanaman di kebun Hasil Semasa ini seperti Pisang, Keladi, Keledek, Kacang Botol (Kelisa), cili api, bunga kantan, Daun Kesom (Cenehom), Daun Selom, Ubi Kayu, Halia Bentong dan sebagainya. Manakala berpuloh pokok Kelapa Pandan sedang membesar dgn baik sekali.

Dibawah ini aku uploadkan Photo Daun Kesom dan Daun Selom. Aku ada 5 rumpun Daun Kesom dan Daun Selom. Buat masa ini disebabkan MCO... hanya seorang pemborong aktif yg membeli produk keluaran Hasil Semasa ini setiap minggu.

Mana2 pemborong dan peruncit lain khususnya di Kawasan Kuantan boleh hubungi aku utk mendapatkan bekalan semasa pada harga yg berpatutan.