Rabu, 12 Mei 2021

Lemang di Musim PKP

Order pertama hari nie 8/5 .... On the way

 Alhamdulillah, walaupun masih dimusim Covid ini dalam menyambut ketibaan Aidilfitri, tempahan Buluh Lemang tetap seperti di musim perayaan yg lepas2. 

Seterusnya order pada 9/5  ...... 100 batang on the way.




Ahad, 9 Mei 2021

Baja Kompos RN Siap untuk di Gunakan

Alhamdulillah,  pada  5/8/2021 siaplah batch pertama  Baja Kompos RN. Lebihkurang 200kg baja siap untuk kegunaan sendiri dan dipasarkan kepada kawan setempat. 


Packing dalam 2 size iaitu 1kg dan 3kg



Bahan tambah yg dicampur untuk mennghasilkan Microb baik dan menyahkan bau. Terdiri dari EM4, Molasses, Cuka Kayu RN dan Serbuk Kayu.



Sebahagian yg telah di pack untuk dihantar kpd pelanggan.

Tempat proses Fermentation dalam 10 hari

Baja Kompos siap sepenuhnya.





Sabtu, 17 April 2021

Inovasi Baru - Mesin Penghancur Tahi Kambing

Baja Tahi Kambing merupakan Baja Organik Asli yg mempunyai unsur NPK yg lengkap sebagai nutrient terbaik bagi tumbuh2an. Akan tetapi, tumbuh2an tidak boleh consume Tahi Kambing dalam bentuk physical asal yg bulat2 itu kecuali setelah ianya hancur. Tahi kambing pula mengambil masa yg terlalu lama untuk hancur secara semula jadi. 

Memikirkan betapa baiknya khasiat baja Tahi Kambing untuk pokok2 tanaman.... aku melakukan penyelidikan keberkesanan bajanya setelah hancur. Aku menggunakan jaring pukat yg halus beserta kayu pemukul, aku mengetuk2 pukat berisi tahi kambing dalam bentuk asal sehingga hancur. Aku lakukan hampir separuh hari (4jam) untuk mendapat hasil tahi kambing hancur dalam sebaldi besar (14kg). Aku gunakan baja hancur hasil ketukan tadi sebagai test plot terhadap beberapa pokok pilihan. Setelah 2 minggu...... Wow!!! hasilnya amat menggalakkan.

Apalagi, aku pun membuat carian di Youtube .... kalau2 ada cara untuk menghancurkan tahi kambing secara mudah & praktikal. Malangnya tidak ada yg betul2 baik untuk dicontohi. Akan tetapi, aku dapat ubah suai sedikit sebanyak mengikut citarasa aku dan Terciptalah Mesin Penghancur Tahi Kambing seperti yg aku upload dibawah.

Aku menggunakan tong cylinder terpakai (bekas extractor madu lebah aku yg dulu), mesin grinder yg sedia ada sebagai peralatan utama mesin penghancur tersebut.  Oleh kerana aku nak cepat .... aku tempah acuan grinder ciptaan aku melalui kawan aku Mr. Cheng (Pakar Zink) dan dalam 2 hari siap. Kosnya kurang dari RM100/=.  Kalau aku beli Mesin Khas Penghancur Tahi Kambing yg teriklan di pasaran adalah dalam harga RM1400/=.

Alhamdulillah!!! menjadi juga hasilnya.


Lebih kurang sejam saja dapat 3 baldi atau dalam 50kg.

Tahi Kambing di keringkan dulu sebelum di mesin.