Syabas.....Syabas.....Syabas...
Jarang terdapat seorang anak muda dizaman ini, anak Malaysia yang bagitu berani ....Lantang menyuarakan pandangannya dikhalayak ramai.
Beliau bagitu matang berhujah......mempertahankan hujahnya dengan fakta. Tidak seperti gulungan tukang angguk (yes man) yang terpaku dibangku masing2. Majoritinya Melayu pulak tuuu.
Apa salahnya kalau beri peluang kepadanya untuk menamatkan hujahnya sehingga keakhir. Sedangkan program itu adalah Forum. Kalau masa tak cukup.......berilah tempoh masa padanya .....mithalnya... katakan, awak ada 3 minit lagi untuk berhujah. Facilitator pula akan ada banyak masa untuk menjawab semula selepas itu. Hentamlah apa saja jawapan asalkan awak sudah beri peluang sehabisnya kepada si penghujah tadi.
Ini....tidak. Dirampasnya "Mic" dan dikutuk pulak budak itu katanya biadab dan sebagainya.
Apa nak jadi dengan kebebasan bersuara nie...
Nak dengar dan angguk serta tepuk saja Ke ???? sebelum menikmati makanan percuma..
Aku percaya.....Nama Bawani akan menjadi seorang pemimpin terkenal satu masa nanti.
Syabas!!!!
Senarai Blog Utama
Rabu, 16 Januari 2013
Ahad, 13 Januari 2013
Peluang Yang Tak Aku Lepaskan Selagi Hayat di Kandong Badan
Ya!!!!
Apabila mengetahui yang pihak Polis & Stadium Merdeka memberi kebenaran kepada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12/01/2013, aku pun merancang satu percutian ke KL. Seperti biasa, aku & isteri berkunjung ke rumah kami di Ara Damansara.
Aku tidak akan melepaskan peluang yang terbaik ini iaitu menjadi sebahagian dari rakyat yang menghadiri perhimpunan yang bersejarah itu. Bukan senang untuk mengumpulkan ratusan ribuan manusia berbilang kaum atau rakyat berkumpul dengan perbelanjaan sendiri tanpa minuman dan makanan percuma serta tanpa mendapat apa2 elaun kehadiran seperti yang diperolehi apabila menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak yang satu lagi.
Nah!!!!!
Sememangnya Aku hadir. Oleh kerana rumah aku agak dekat dengan KL dan boleh sampai ke Stadium Merdeka dengan cepat jadi aku pun membuat perancangan untuk bertolak pada jam 1 petang. Namun, apabila aku membaca berita dan melihat gambar di Internet yang menunjukkan "Sembahyang Subuh di Masjid Negara pada pagi 12/01/2013 seperti Sembahyang Jumaat" kerana ramainya jemaah, aku pun terpaksa mempercepatkan pemergian aku kerana bimbang aku tak dapat masuk ke Stadium Yang Bersejarah itu.
Kali terakhir aku masuk ke Stadium Merdeka ialah lebih daripada 30 tahun yang lalu. Aku mula memasuki Stadium Merdeka ini semasa berumur belasan tahun iaitu sekitar tahun 70an. Ketika itu aku menuntut di ITM Shah Alam. Lazimnya ketika itu aku menumpang motorsikal kawan di ITM untuk menonton perlawanan bolasepak. Apabila berkahwin dan berkerja isteriku pula selalu mengikutku untuk menonton Perlawanan Bolasepak di Stadium bertuah ini. Bahkan semasa aku berkerja di BP Malaysia, Port Klang aku biasa membawa beberapa orang krew Kapal Korea untuk menonton perlawanan bolasepak Piala Merdeka diantara Malaysia dan Korea. Jadi Stadium ini juga menjadi satu nostalgia dalam kehidupan aku.
Telahan aku tepat sekali. Setiba aku di KL dan Kawasan Stadium, aku lihat ramainya manusia mundar mandir berjalan, berarak kearah Stadium. Sesuatu yang merisaukan aku ialah bagaimana aku hendak solat zohor sekiranya aku telah masuk kedalam stadium yang penuh sesak. Aku bertawakal dan mengambil air sembahyang disebuah paip air diluar stadium dan berjalan berhimpit2 memasuki Stadium Merdeka. Sebaik saja aku masuk, aku lihat ramainya manusia dan tidak ada ruang kosong yang boleh aku duduk. Di Grand Stand, di padang rumput dan di trek larian juga penuh dengan manusia. Azan kemudiannya berkumandang diudara disiarkan dalam Stadium, pertama kali aku dengar seolah2 sedang berada di Mekah. Aku mencari2 tempat yang sesuai untuk bersembahyang. Akhirnya aku berdiri di satu sudut dalam terowong masuk dan membentangkan kertas untuk mendirikan solat zohor sedangkan manusia berbilang kaum masih berpusu2 berjalan masuk melalui terowong tersebut. Apabila aku baru di raka'at pertama aku dengar suara orang dibelakang yang mengatakan ada orang sembahyang dan kita boleh bersembahyang disini. Rupa2nya perjalanan dalam terowong itu terhenti. Ramai orang Islam membentuk saf dibelakang aku dan turut bersembahyang. Alhamdulillah, hajat tercapai dan bagitu sopannya kaum asing juga turut terhenti menunggu kami selesai solat.
Jam 2 petang program bermula. Aku masih tiada tempat duduk dan hanya berdiri selama 4 jam dihujung terowong, terkinjal2 memerhati dan mengikuti program hingga keakhirnya. Anggaran aku dalam Stadium saja ada dalam 80 ribu manusia. Ia berdasarkan tempat duduk Grand Stand yang boleh memuat sekitar 45 ribu penonton. (Dulu angka ini biasa dilapurkan oleh TV & akhbar apabila ada pertandingan bolasepak) Manakala diatas padang yang penuh sesak aku anggarkan ada 35 ribu penonton. Jadi, Jumlahnya dalam Stadium saja ialah 80 ribu. Diluar stadium tak dapat aku anggarkan kerana terlalu ramai dengan manusia besesak2 diatas jalan raya. Angka anggaran dalam stadium ini juga sama dengan angka yang disiarkan oleh Polis melalui Twitter mereka yang terawal. Namun, mungkin ditegur oleh sesaorang akhirnya pihak Polis kemudiannya mengubah angka anggaran dari 80,000 kepada 40,000 saja kerana tersalah kira kata mereka. Besarnya angka kesalahan membuat anggaran. Tak pe lah berapa pun anggaran kehadiran sekalipun....yang puasnya aku hadir dan melihat sendiri suasananya. Aku tak rela di perbodohkan dengan angka ramalan akhbar & TV. Contohnya, perhimpunan yang turut disertai oleh PM pada hari yang sama di Tesco Semenyih yang diadakan dibawah khemah dilaporkan bukan saja dalam semua akhbar utama malah berita TV pengampu dengan jumlah kehadiran 70 hingga 80 ribu kehadiran.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil sendiri melalui celah2 kepala orang dihujung terowong tempat aku berdiri :-
Anggaran dari yang arif pula :-
KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.

Isnin, 31 Disember 2012
Lim Keng Yaik (LKY) yang aku kenali
Minggu lepas, sepatutnya ada benda yang aku nak tulis pasal mendiang LKY tetapi terlupa pulak. Hari nie, ada masa sikit sebab hujan masih lebat diluar jadi aku pun ada nak tulis sesuatu yang baik yang boleh dikongsikan bersama.
Sekitar tahun 2000, aku bekerja di Central Region dan ber Ibu Pejabat di tingkat 12 di Dayabumi. Selepas waktu pejabat dalam jam 6 - 7 petang, aku turun menggunakan lift umum yang disediakan. Banyak kali aku teserempak dan turun sekali bersama LKY yang officenya mungkin di Tingkat 13 keatas. (Pada masa itu LKY baru bergelar Datuk Seri) . Datuk Seri LKY ini peramah dan tidak sombong orangnya. Pertama kali aku jumpa dalam lift, aku agak terkejut kerana aku tak sangka yang Datuk Seri LKY berpejabat di Dayabumi. Apalagi, sepatutnya beliau naik atau turun menggunakan Lift Khas untuk VIP. Tetapi Datuk Seri LKY tidak. Beliau menggunakan Lift umum.
Bila kali pertama terserempak dalam Lift, aku agak serba salah dan cuba untuk berdiri disebelah tepi. Tak ramai dalam Lift itu. Seingat aku ada 2 orang pegawai Melayu dengan pakaian formal Coat dan bertali leher mengiringi Datuk Seri yang lazimnya memakai Bush Jacket. Selepas pintu lift ditutup untuk turun, aku dengar suara serak garau menegur. "Encik kerja mana?" rupanya Datuk Seri menegur aku. "Saya kerja di Petronas, Datuk Seri," jawab aku. "Ohh...itu Petronas banyak kaya" kata Datuk Seri. Aku pun jawab spontan, "Memang Petronas kaya Datuk Seri, tapi pekerjanya biasa saja" . "Awak kerja bahagian apa" ramah pula Datuk Seri ini bertanya. "Marketing, Datuk Seri" jawab aku. Ada lagi beberapa perbualan yang kami bualkan sehingga lift terbuka. "Saya jalan dulu" katanya selepas aku masih tidak begerak didalam Lift yang berhenti ditingkat bawah.
Itu bukan kali pertama aku terserempak dengannya dalam Lift bahkan berlaku lagi beberapa kali selepas itu. Mungkin kerana aku dah biasa keluar lewat dari office sekitar jam 6.30 petang setiap hari. Perjumpaan seterusnya membuatkan aku berani menegurnya sebelum beliau menegur aku. Dan memang dia ingat akan aku. Contohnya dalam satu perbualan, beliau tanya aku "Kenapa Encik selalu balik lewat". Aku jawab "Saya sudah biasa Datuk Seri, kerja penting mesti selesai sebelum saya balik". "Aiyya saya punya office ....orang rebut2 mahu turun bila office time sudah habis". Itu adalah diantara beberapa perbualan aku dengan Datuk Seri LKY apabila berjumpa dengannya dalam Lift.
Apa kebaikan yang aku nak ceritakan berkenaan LKY ini ialah beliau seorang yang Tidak Sombong. Mulut dan mukanya sentiasa tersengeh walaupun mungkin ada banyak masalah kementerian atau partinya sedang bersarang dikepalanya. Tidak seperti Menteri2 Melayu yang lain yang pernah aku temui. Contohnya, ketika dalam flight dari Abu Dhabi ke Malaysia, aku duduk di Business Class yang dibiayai oleh Petronas kerana ia adalah International Flight dan perjalanan urusan kerja yang agak jauh. Disekililing seat yang aku duduk ada ramai Pegawai2 Kerajaan yang diketuai oleh seorang Menteri Besar sebuah negeri Antah Berantah (Kini beliau tidak lagi jadi Menteri Besar kerana tak mendapat perkenan Sultan) yang duduk disebelah seat yang aku duduk. Oleh kerana masa perjalanan dalam 8 jam lebih, jadi tak dapat tidak aku pun menegur Menteri tersebut. "Assalamualaikum Datuk", kata aku. "Datuk dari mana???. Yang aku dengar dia jawab "Salam..... rombongan lawat Middle East". Mendengar cara dia bercakap, aku rasa serba salah nak bertanya lagi.. takutkan beliau sedang memikirkan untuk menyelesaikan masalah besar atau beliau memang tak suka diganggu. Apatah lagi, tidak ada seorang pun dalam rombongannya yang bercakap2. Semuanya kelihatan serius, sibuk membaca akhbar atau menulis dalam buku catitan dan ada yang buka laptop ada yang asyik order makan dan ada yang makan tak berhenti2.
Perbualan terhenti disitu saja. Aku pun buat hal sendiri...buka laptop main game "Zuma" yang aku gemari dan mengambil masa berjam2 untuk habis dari Game 1 hingga tamat di Game 13. Sampai Transit di Bangkok, rombongan itu pun turun. Sepatah kata pun tak diucapnya. Tapi aku rasa lega. Aku tak dapat bayangkan jika secara kebetulan dalam Flight tersebut ada Datuk Seri LKY. Mungkin habis ceritanya dari usia muda hingga dewasa dikhabarkan kepada aku. Tapi sikap Sombong ini memang dimurkai Allah. Ditakdirkan dalam pilihanraya tahun 2008, walaupun bekas Menteri Besar itu menang di DUN tapi Sultan tak memperkenankan beliau menjadi Menteri Besar untuk sepenggal lagi. Semasa kempen, beliau telah berjanji kepada rakyat negeri Antah Berantahnya yang mereka akan melihat sesuatu pembangunan yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran dan pancaindera jika sekiranya parti nya menang dalam pilihanraya tahun 2008 itu. Keputusannya, memang partinya menang tetapi beliau terlepas jawatan MB. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segala2nya, janji yang beliau ucapkan semasa kempen iaitu sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran dan pancaindera BENAR-BENAR berlaku. Stadium yang dibina semasa pemerintahanya runtuh, Masjid pun runtuh, Hospital, Bangunan Pejabat dan Kolam Renang retak dan bocor.
Tapi, puak2 jenis nie buat sardin saja.. lantaklah nak jadi apapun...mungkin kulit mereka tebal.....tak merasa malu langsung..Sesetengah orang mungkin merasa malu apabila ada projek mereka yang gagal. Kalau dinegara luar seperti Eropah, Jepun dan juga seperti Thailand yang dekat dengan kita, mereka yang seperti ini akan bersara dan meletak jawatan. Ini tidak, masih..ke hulu ke hilir kempen lagi untuk dipilih semula.. mungkin pada mereka, hulur sikit kat rakyat ....pasti rakyat akan pangkahnya lagi. Khabarnya, dalam PRU13 nanti bekas MB nie terpilih lagi untuk calun di Parlimen pulak tu...Apa lagi aku pasti rakyat tempatnya akan memilih beliau lagi kerana ada pegangan yang kuat pada "Dulu, Kini dan Selamanya...." biarkan...biarkan...biarkan.

Langgan:
Catatan (Atom)