Selasa, 29 Mac 2011

Tahniah kepada anak2ku

Tahniah kepada semua pemenang dalam cabaran menurunkan berat badan. Hadiah seperti yang dijanjikan telah disampaikan pada 25/3/2011.

Mohammad Radzi mendapat hadiah yang terbesar iaitu wang tunai sebanyak RM2000/= kerana berjaya menurunkan berat badan melebihi 10kg dalam tempoh 3 bulan

Norazia berjaya menurunkan berat badannya genap sebanyak 7kg seperti yang disasarkan dan mendapat hadiah wang tunai RM1500/=.

Wang tunai sagu hati RM1500/= diberikan juga kepada Norazie yang telah berusaha kuat tetapi sekadar turun sebanyak 3kg sahaja.

Juga hadiah wang tunai saguhati sebanyak RM1500/= diberikan juga kepada Nor Azerin yang selalunya slim tetapi kini berjaya menambahkan berat badannya.

Semoga yang kurus tu terus kekal dengan berat badan yang ideal. Yang berisi itu kuatkan lagi usaha. Sesungguhnya yang kurus tu nampak ceria, cantik, cergas dan bergaya.

Sebelum

Selepas
Wassalam.

Tahniah Mohammad Radzi

Setinggi-tinggi tahniah kepada Mohammad Radzi yang selamat bertunang pada 26/3/2011. Majlis Perkahwinan di jangka akan diadakan pada pertengahan bulan September tahun ini di pihak lelaki.

More pictures furnished at my pages on "Peristiwa. Corat & Coret"




Selasa, 22 Mac 2011

Terima kasih diatas ulasan yang diterima

Assalamulaikum Izan & Keluarga.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mendaftar sebagai pengikut blog saya dan membuat ulasan berkenaan Nota Halaman "Liku-Liku Kehidupan Ku".

Terlebih dahulu saya meminta maaf jika nota saya tersebut telah menyinggung pihak2 yang berkenaan. Sebenarnya nota tersebut telah ditulis lama dalam blog saya yang telah lama ujud ini. Tetapi, saya tidak menghebahkan blog ini sehingga bulan lepas apabila saya dapati cerita & gambar yang dimuatkan dalam facebook isteri saya tak berapa selamat untuk disiarkan sebagitu. Jadi alternatifnya, saya hebahkan alamat url blog saya. Sekurang2nya melalui blog ini saya tahu siapa yang mengeksesnya, apa yang dicatitkan, diulaskan dan sebagainya.

Sebenarnya, saya telah beberapa kali kembali ke Penang dan berjumpa keluarga sebelum ini walaupun nota tersebut telah ujud didalam blog saya sebelum ini.

Untuk makluman, saya telah lama memaafkan apa saja tindakan yang dilakukan oleh kedua ibubapa saya ketika saya kecil. Manusia termasuk saya tidak semuanya sempurna. Saya tahu walau apa pun tindakan mereka, TANPA mereka saya tidak akan ujud di bumi ini kecuali dengan kuasa Allah. Saya juga sedar bahawa Allah tidak akan merestui rezeki dan rahmat kepada saya jika saya sentiasa bersikap dendam dan bermusuhan terhadap kedua ibubapa saya. Bahkan saya tegaskan disini bahawa setiap DOA saya selepas sembahyang waktu sejak lama dulu yang saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kedua ibubapa saya dengan menyebut nama penuh mereka seperti Mohammed Nor Ahmad dan Kalsom binti Taib secara khusus dalam setiap doa tersebut.

Hanya saya tidak tahu kenapa kisah silam saya sentiasa terbayang dan mengganggu perasaan saya terutama apabila berjumpa ataupun bercakap dengan mereka. Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi saya tak dapat berpura-pura bahawa kenangan itu tetap ujud.

Maafkan saya kerana menjawab ulasan Izan secara terbuka sebagini.

Wassalam

Ahad, 20 Mac 2011

Tabiaat Orang Kita.....Ego Nya...

Sejak kebelakangan ini, Aku telah memerhatikan pelbagai telatah manusia dan ke ego an mereka boleh kita jadikan tauladan dan sempadan untuk kita menjadi Insan yang lebih sempurna.

Scenario :  Dewan Makan Sebuah Hotel di Mekah.

Setelah mengambil sepinggan nasi aku pun mengambil tempat duduk disebuah meja. Berhampiran mejaku ada satu meja yang ada 3 orang lelaki. 2 daripadanya sudah lewat usianya manakala yang seorang lagi berusia lebih kurang sebaya dengan ku. Sebelum duduk, aku hanya senyum kepada mereka kerana nampaknya mereka sedang asyik bersembang.

"Sepatutnya kita dapat bilik hotel yang lebih baik disini" kata si lelaki A.

"Ya. aku bisa ikut rombongan syarikat lain ke Indonesia tetapi bilik hotel yang ditempah lebih baik dari bilik hotel di sini (Mekah)" jawab si lelaki B.

Aku mendengar saja sambil buat2 tak kisah dan terus dengan makananku.

Tiba2 aku terdengar suara perempuan menyampuk dari sebuah meja sebelah 3 lelaki yang sedang rancak bersembang tadi.

"I think the room here is not that bad if compared against a room provided to me when I visited Hong Kong before this."  Sampuk seorang perempuan lengkongan 40 tahun dari meja sebelah.

"Over there is worst. Rooms are too small, sempit sangat....but here is OK lah.. so so ..not so bad" sambung perempuan tadi.

"Tapi kita bayar mahal untuk pekej ni. Saya dengar pihak syarikat ini dapat kontrak tempahan hanya RM45/= semalam untuk sebuah bilik disini. Tapi dia bagi kita kongsi duduk 4 orang sebilik." Kata si A lagi.

Aku tak mahu lagi mendengar dosa kering.. apatah lagi sedang berada di tanah suci. Aku mula bangun dan beredar dari situ.

Pada ku, perempuan itu terlalu ego mungkin dia hendak beritahu yang dia pergi Hong Kong sebelumnya. "Speaking" pulak tu....sedangkan lelaki yang sebelah ni dah berusia dan sepatah pun tak bercakap Inggeris.

Yang lelaki A pula mungkin  sanggup berbohong hanya untuk mengiyakan cerita ketidakpuasan hatinya. Logik kah kontrak sebuah bilik di Mekah hanya pada nilai RM45/= semalam ?.

Pengajaran
Biarlah kita bersederhana dengan tutur kata. Harus bersikap positif...bersungut pun tak akan mengubah apa2. Dan jangan ego sangat....masuk kandang kambing mengembek lah kita...

Ada banyak kisah lagi. Corat coret disana... aku akan cerita nanti sebagai pengajaran.

Wassalam