Assalamulaikum Izan & Keluarga.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mendaftar sebagai pengikut blog saya dan membuat ulasan berkenaan Nota Halaman "Liku-Liku Kehidupan Ku".
Terlebih dahulu saya meminta maaf jika nota saya tersebut telah menyinggung pihak2 yang berkenaan. Sebenarnya nota tersebut telah ditulis lama dalam blog saya yang telah lama ujud ini. Tetapi, saya tidak menghebahkan blog ini sehingga bulan lepas apabila saya dapati cerita & gambar yang dimuatkan dalam facebook isteri saya tak berapa selamat untuk disiarkan sebagitu. Jadi alternatifnya, saya hebahkan alamat url blog saya. Sekurang2nya melalui blog ini saya tahu siapa yang mengeksesnya, apa yang dicatitkan, diulaskan dan sebagainya.
Sebenarnya, saya telah beberapa kali kembali ke Penang dan berjumpa keluarga sebelum ini walaupun nota tersebut telah ujud didalam blog saya sebelum ini.
Untuk makluman, saya telah lama memaafkan apa saja tindakan yang dilakukan oleh kedua ibubapa saya ketika saya kecil. Manusia termasuk saya tidak semuanya sempurna. Saya tahu walau apa pun tindakan mereka, TANPA mereka saya tidak akan ujud di bumi ini kecuali dengan kuasa Allah. Saya juga sedar bahawa Allah tidak akan merestui rezeki dan rahmat kepada saya jika saya sentiasa bersikap dendam dan bermusuhan terhadap kedua ibubapa saya. Bahkan saya tegaskan disini bahawa setiap DOA saya selepas sembahyang waktu sejak lama dulu yang saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kedua ibubapa saya dengan menyebut nama penuh mereka seperti Mohammed Nor Ahmad dan Kalsom binti Taib secara khusus dalam setiap doa tersebut.
Hanya saya tidak tahu kenapa kisah silam saya sentiasa terbayang dan mengganggu perasaan saya terutama apabila berjumpa ataupun bercakap dengan mereka. Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi saya tak dapat berpura-pura bahawa kenangan itu tetap ujud.
Maafkan saya kerana menjawab ulasan Izan secara terbuka sebagini.
Wassalam