Ahad, 20 Mac 2011

Tabiaat Orang Kita.....Ego Nya...

Sejak kebelakangan ini, Aku telah memerhatikan pelbagai telatah manusia dan ke ego an mereka boleh kita jadikan tauladan dan sempadan untuk kita menjadi Insan yang lebih sempurna.

Scenario :  Dewan Makan Sebuah Hotel di Mekah.

Setelah mengambil sepinggan nasi aku pun mengambil tempat duduk disebuah meja. Berhampiran mejaku ada satu meja yang ada 3 orang lelaki. 2 daripadanya sudah lewat usianya manakala yang seorang lagi berusia lebih kurang sebaya dengan ku. Sebelum duduk, aku hanya senyum kepada mereka kerana nampaknya mereka sedang asyik bersembang.

"Sepatutnya kita dapat bilik hotel yang lebih baik disini" kata si lelaki A.

"Ya. aku bisa ikut rombongan syarikat lain ke Indonesia tetapi bilik hotel yang ditempah lebih baik dari bilik hotel di sini (Mekah)" jawab si lelaki B.

Aku mendengar saja sambil buat2 tak kisah dan terus dengan makananku.

Tiba2 aku terdengar suara perempuan menyampuk dari sebuah meja sebelah 3 lelaki yang sedang rancak bersembang tadi.

"I think the room here is not that bad if compared against a room provided to me when I visited Hong Kong before this."  Sampuk seorang perempuan lengkongan 40 tahun dari meja sebelah.

"Over there is worst. Rooms are too small, sempit sangat....but here is OK lah.. so so ..not so bad" sambung perempuan tadi.

"Tapi kita bayar mahal untuk pekej ni. Saya dengar pihak syarikat ini dapat kontrak tempahan hanya RM45/= semalam untuk sebuah bilik disini. Tapi dia bagi kita kongsi duduk 4 orang sebilik." Kata si A lagi.

Aku tak mahu lagi mendengar dosa kering.. apatah lagi sedang berada di tanah suci. Aku mula bangun dan beredar dari situ.

Pada ku, perempuan itu terlalu ego mungkin dia hendak beritahu yang dia pergi Hong Kong sebelumnya. "Speaking" pulak tu....sedangkan lelaki yang sebelah ni dah berusia dan sepatah pun tak bercakap Inggeris.

Yang lelaki A pula mungkin  sanggup berbohong hanya untuk mengiyakan cerita ketidakpuasan hatinya. Logik kah kontrak sebuah bilik di Mekah hanya pada nilai RM45/= semalam ?.

Pengajaran
Biarlah kita bersederhana dengan tutur kata. Harus bersikap positif...bersungut pun tak akan mengubah apa2. Dan jangan ego sangat....masuk kandang kambing mengembek lah kita...

Ada banyak kisah lagi. Corat coret disana... aku akan cerita nanti sebagai pengajaran.

Wassalam