Satu cabaran telah ku berikan kepada 3 orang anak2ku supaya mengurangkan sekurang2nya 7 kg dalam tempoh 3 bulan iaitu bermula dari 1/1 hingga 26/3/2011. Hadiah wang tunai RM1500/= akan diberikan kepada sesiapa diantara mereka yang berjaya.
Hari itu 19/2/2011 iaitu apabila kesemua anak2ku balik rumah untuk kenduri Tahlil & Doa Selamat, aku lihat hanya Mohammad Radzi yang berjaya mengurangkan berat badan melebihi 10 kg semenjak 1/1/2011. Sekiranya berat badannya kekal beliau layak untuk mendapatkan ganjaran sekurang2nya RM2000/= diatas usaha gigihnya itu. Yang dua orang lagi tu tak nampak sangat perbezaan berat yang berkurangan. Salah seoarang daripada mereka aku lihat semakin bertambah berat lagi nampaknya.
Walaubagaimana pun mereka masih ada satu setengah bulan lagi. Kalau tak menepati target, tak dapat apa lah jawabnya.
Lihatlah gambar2 yang terbaru mereka.