Khamis, 3 Februari 2011

Berkebun untuk kesihatan badan dan menikmati rezeki halal kurniaan Allah SWT.

Berkebun adalah merupakan aktiviti riadah semula jadi turun temurun untuk menyumbang kepada kesihatan badan ketahap yang terbaik. Disamping itu, hasil produk yang diperolehi dari kebun memberikan satu kepuasan yang tak terhingga terhadap titik peluh yang telah dicurahkan selama ini.

Aktiviti perkebunan ini membuatkan  seluruh anggota badan anda bergerak aktif seolah-olah sedang bersukan dan membuatkan peredaran darah dan otot2 berfungsi dengan baik.

Hasil aktiviti perkebunan selain daripada memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas ialah produktiviti hasil tanaman yang diusahakan.