Secara kebetulan, aku telah melihat video clip dibawah ini pada pertengahan tahun lepas. Tetapi apabila melihat kembali lagu "kalau berpacaran" dalam AJL TV3 malam tadi, aku rasa terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang video clip Cikgu Shida nie.
Aku rasa video clips Cikgu Shida jauh lebih baik dari lakunan penyanyi asal seperti yang dimainkan di TV semalam. Ia adalah satu bentuk "miming arts" dari seorang cikgu sekolah berasal dari Perak. Terlalu banyak komen yang diberikan kepada beliau. Komen seperti memalukan profession perguruan, buang masa, lebih baik periksa buku sekolah dan lain2 aku rasa datangnya dari kebanyakkan cikgu sekolah lain seluruh Malaysia. Namun pada aku, Cikgu Shida telah berjaya mempertontonkan kemajuan teknologi dalam video clips programming. Continuity rakamannya sungguh berkesan dan tak nampak terputus atau janggal. Dan yang lebih menariknya ialah bakat cikgu Shida itu sendiri dalam memperlihatkan kebolehannya dalam aktiviti seni diluar dari profession kerjaya beliau.
Kepada para pengkritik yang negative, I've something to say:
Common friends......she is just a human being like you, me and everybody else. Apart from performing her duty & responsibility as a teacher during normal working hours she needs some personal time to enjoy herself. Perhaps, by performing the mimings will release her tension & whatever burden that she suffered during her working hours.
Janganlah rigid sangat kononnya memalukan profession perguruan. Think outside the box. After all she is doing all those things by herself without other interference.
Senarai Blog Utama
Isnin, 30 Januari 2012
Selasa, 17 Januari 2012
Mereka yang memerlukan bantuan
Hari Sabtu lepas, 14/1/2012, aku dan isteri berkunjung ke Mahaad Tahfiz Muhammadi iaitu sebuah rumah yang didiami oleh anak2 yatim & fakir miskin di Bukit Rangin, Kuantan. Kami kesini kerana Isteri ku ingin membayar zakat hasil dari sedikit wang simpanannya yang telah mencukupi haul & nisab. Aku juga tumpang sekali untuk melaksanakan tanggungjawabku memenuhi rukun Islam yang keempat ini. Apa yang sebenarnya yang aku ingin ceritakan disini ialah 2 perkara.
Pertama, masih terdapat orang2 susah yang bertaburan dimerata2 untuk terus bersaing hidup didunia ini. Di Mahaad Tahfiz Muhammadi ini terdapat seramai 14 orang anak yatim yang menumpang kasih serta tekun mendalami ilmu2 agama. Mengikut Ustaz Tengku iaitu Pengetua merangkap pemilik persendirian Mahaad ini iaitu Pusat Pengajian ini menerima sesiapa saja dikalangan anak2 orang Islam yang miskin, terabai dan tidak berkemampuan untuk menyara anak mereka apalagi untuk memberi pendidikan secara formal. Kami diperkenalkan dengan 2 orang kanak2 yang masih kecil & comel yang terpaksa menetap disini. Ibu bapanya berpisah dimana si ibu hilang entah kemana manakala si bapa merupakan saorang penagih tegal. Bagitu juga dengan lain2 kanak2 yang mengalami keperitan hidup yang sukar dikisahkan disini.
Kedua, masih ada insan berhati mulia yang sanggup memikul tanggungjawab memelihara dan mendidik anak2 miskin ini dengan kudrat dan pembiyaan sendiri. Dana yang diperolehi adalah dari sumbangan dan pemberian zakat dari orang ramai. Ustaz ini merupakan seorang persara. Beliau dibantu oleh isterinya untuk memasak makanan bagi anak2 miskin tersebut. Kelengkapan peralatan yang terdapat disini adalah sekadar memenuhi keperluan asas. Tidak seperti kanak2 lain, anak2 disini tidak mempunyai kemudahan TV apatah lagi siaran TV berbayar. Namun mereka cekal menuntut ilmu agama, hapalan alquran dan sebagainya.
Kepada pembaca yang berkemampuan, hulurkan lah bantuan kepada pusat2 pengajian persendirian seperti ini walaupun dimana saja. Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan akan dirahmati dan diberkati Allah SWT dan semestinya sipemberi akan mendapat ganjaran rezeki berkali ganda dari Allah SWT. Amin.

Disinilah Rumah Penginapan Maahad Tahfiz Muhammadi |
Tempat tidur mereka dimana tilam akan dibentangkan diatas karpet lantai |
Berdepan dengan pengetua Mahaad Tahfiz |
Sebahagian dari kanak2 yatim & fakir miskin penghuni disini |
Sabtu, 14 Januari 2012
SBPA oh... SBPA
Dalam artikel apabila aku "mencuit" sikit hal politik, aku menyebut akan mengulas beberapa isu berkaitan dengan kebajikan rakyat seperti NFC, GSP, Awang Adib, SBPA dan lain2 lagi.
Pada mulanya aku ingin melupakan isu SBPA ini kerana ianya hanya berkaitan dengan sektor perkhidmatan melibatkan sebahagian saja rakyat. Tetapi apabila berita perlaksanaan SBPA ditangguh maka terpanggil pula aku untuk mengulasnya.
SBPA dikemukakan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Dari sudut positifnya sebagai seorang rakyat aku menyokong tindakan yang diambil ini kerana sudah tiba masanya satu perubahan skim perkhidmatan bagi kakitangan awam digubal kearah yang lebih baik, menarik supaya produktiviti yang dihasilkan nanti akan bertambah baik dan akan menguntungkan rakyat juga.
Walaubagaimana pun setelah meneliti dengan teliti kandungan SBPA, aku merasakan perkhidmatan awam memerlukan satu sistem yang lebih baik daripada SBPA yang dicadangkan itu. Aku tak berminat untuk mengulas berkenaan jurang keistimewaan ganjaran yang dicadangkan melibatkan kategori Premier 1, 2, 3 dan 4, Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Sokongan kerana ianya terlalu jelas dan nyata perbezaannya. Tetapi, aku ingin mengulas berkenaan tawaran perlaksanaan dan proses penilaianya.
Pada pendapat aku, SBPA perlu digubal lebih baik atau sekurang-kurangnya selari dengan skim yang sedang diguna pakai oleh sektor swata pada masa kini. Proses penilaian dan ganjaran dalam SBPA jauh ketinggalan dari apa yang ditawarkan oleh sektor swasta kini. KPI yang kini heboh diperkatakan oleh sektor awam sebenarnya telah dipraktikan oleh sektor swasta lebih dari 10 tahun yang lalu. Kini sektor swasta berubah kepada VBM (Value Base Management) Triple Plus, QCP (Quality Culture Process) dan sebagainya. Bagaimana kita mahu produktiviti dan tahap kecekapan & keberkesanan yang tinggi dihasilkan sama oleh sektor awam dan swasta itu sama kalau jurang tawaran penilaian & ganjaran perkhidmatannya jauh berbeza?.
Satu contoh yang paling ketara ialah dari segi penilaian. SBPA menawarkan kadar penilaian seperti berikut (Sebelum Semakan oleh Cuepacs) :-
a) 95% keatas mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 15% daripada gaji pokok
b) 85% hingga 95% mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 8%
c) 75% tiada kenaikan gaji
d) Dan dibawah daripada 70% disyorkan berhenti
Yang janggalnya akan berlaku apabila kakitangan tidak bernasib baik jika sekiranya mendapat ketua Jabatan atau Ketua Unit yang tidak bertimbang rasa dan yang menjadi mangsanya adalah penjawat awam bawahan.
Sebaliknya Penilaian & Ganjaran Sektor Swasta jauh berbeza dan lebih transparen. Contohnya dalam hal memberi kenaikan gaji. Setelah selesai proses perbincangan prestasi dengan kakitangan bawahanya, seorang ketua unit hanya boleh mencadangkan senarai kakitangannya yang layak untuk diberi kenaikan gaji tinggi berdasarkan prestasi kepada ketua jabatan dan selepas itu diadakan perbincangan selanjutnya diperingkat pengurusan jabatan. Setiap ketua unit dikehendaki memberikan bukti lengkap prestasi kakitangannya diperingkat perbincangan pengurusan tertinggi dan akan dicabar pula oleh ketua2 unit yang lain supaya sesaorang kakitangan yang benar2 layak saja yang akan berjaya untuk mendapat ganjaran setimpal.
Bagitu juga dengan prestasi kakitangan yang lemah. Maka tidak ada discriminasi dalam hal ini. Peluang naik pangkat terbuka sehingga ke peringkat pengurusan atasan walaupun kakitangan itu pada asalnya hanya seorang kakitangan bawahan atau buruh biasa. Ganjaran upahan pula akan berlipatkali ganda berdasarkan prestasi produktivi "360 degree feedback" dari permulaan gaji sekitar seribu ringgit meningkat kepada puluhan ribu ringgit dipenghujung kerjaya kakitangan tersebut. Dan kakitangan yang dihargai oleh syarikatnya sudah semestinya akan berkerja bersungguh2 dan tak hairanlah sekali sekala sanggup menyiapkan tugasannya walaupun bekerja dihari kelepasan atau ada juga yang terpaksa tidur dipejabat. Aku, salah seorang dari beribu kakitangan dalam syarikat yang pernah melaluinya. Dan hasilnya syarikat yang menjadi majikan aku dulu tu sehingga kini sudah berpuluh tahun tersenarai dalam "Fortune 500" iaitu syarikat yang terkemuka didunia. SBPA sepatutnya digubal sebagitu rupa.

Isnin, 9 Januari 2012
Sensasi Awal Tahun Baru 2012
Satu konspirasi??? baru saja berakhir.
Apa lagi yang akan timbul selepas ini???.
Harap2 janganlah lagi kes2 lucah ditonjolkan terutama dalam media massa. Pupuk lah generasi baru kepada yang kukuh keimanan, kuat pegangan agama dan tidak lalai dengan hiburan melampau.
Kalau iapun ingin berkuasa atau mengekalkan kuasa, gunakanlah isu2 kesejahteraan rakyat, kebebasan bersuara, kekuatan ekonomi & ummah, pembasmian rasuah & penyalahgunaan kuasa untuk meraih sokongan dan bukan isu2 lucah. Hanya orang2 yang berfikiran lucah, lemah keimanan, rosak moral dan akhlaknya saja yang suka menyebar isu2 lucah nie.

Suasana jalan menuju mahkamah. Pastinya Media Utama akan menganggarkan kurang dari 5000 yang menyertainya. |
Rabu, 4 Januari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)