Isnin, 24 Jun 2013

Trend atau Ikutan????

Jerebu tak berapa kuat diKuantan. Mungkin dibawah API 100 masih sihat dan selamat untuk kita jalankan aktiviti biasa. Tapi, nampaknya, rata2 orang dah mula pakai Mask. Harap2 pakai tuu betul2 untuk menjaga kesihatan dan bukan hanya ikut-ikutan atau trend. Apo nak Dikato kan, Orang kita memang macam tuu.

Tahun lepas pun macam tuu. Masa sibuk2 kes selesema burung dulu pun macam tuu. Bahkan lebih teruk lagi sampai kedai menjual mask habis stok. Alhamdulillah, yang pakai tak dijangkiti Selesema Burung tapi mendapat selesema biasa pulak kerana mungkin CO2 yang dilepaskan melalui hidung di Inhale semula melalui mulut kerana Mask yang menutup both hidung & mulut. O2 yang sepatutnya masuk tercampur dengan CO2. Ada pulak jenis mask yang hanya menutup hidung dan mulut terdedah. Sedangkan penapasan juga boleh masuk melalui mulut.

Yang paling sedih pula ialah kenyataan lewat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apabila menyedari pengedar mula mengedarkan mask yang tidak memenuhi standard atau keperluan. Dah lah dijual dengan mahal, fungsinya tak lebih dari penutup hidung atau mulut saja.

Dalam soal ini, kita mesti faham apa sebenarnya masalah yang dihadapi. Ada yang masih tak tahu apa itu API (Air Pollution Index) atau dalam bahasa Melayu IPU (Indek Pencemaran Udara). Kalau takrif pun tak tahu bagaimana pulak nak faham peringkat2 bacaan index yang sihat atau tak sihat.???
Tapi, orang pakai mask kita pun pakai mask. Trend atau Ikutan???

Macam mana nak tahu Mask yang memenuhi standard???. Haaa....Mask itu mesti ada marked  "CE" yang bermaksud telah diuji (Tested) dan sekurang2nya memenuhi  EN149 Standard. Ada index LOEL (Local Occupational Exposure Limit) nya dan must conformed to NIOSH. Mask asas yang dipakai pula mesti menutup hidung, mulut sehingga bawah dagu dan ketatkan dengan getah pengikat. Itu sekurang2nya memenuhi FFP1 (Low Efficiency).

Secara kebetulan aku biasa bekerja di Sykt Minyak dan pernah beberapa tahun attached kat Kerteh Refinery. Jadi aku faham benar pasal Mask nie.

Yang aku Nampak kebanyakkan orang pakai dijalanan itu HANYA PENUTUP MULUT & HIDUNG saja. Ia hanya satu Trend atau Ikutan  & yang memakainya tak mengerti dan hangat2 tahi ayam.