Khamis, 6 Jun 2013

Wow.....Aku Menang RM23,000.

Minggu lepas satu peristiwa yang pernah aku baca didada akhbar berlaku terhadap diri ku. Sebaik saja aku keluar dari sebuah bank di Jalan Besar, Kuantan, naluriku merasakan ada sesaorang sedang memerhati gerak geriku.  Aku melintas jalan ketempat aku parking Jeep di dataran pokok buluh. Aku lihat seorang perempuan India juga bergegas menuju ke arah Jeep aku. Aku sempat memasuki Jeep dahulu dan perempuan India itu hanya sempat mengetuk cermin tingkap jeep aku meminta dibuka.

Aku hanya menurunkan cermin tingkap dan perempuan India itu pun berkata.

"Selamat Pagi Haji, saya dari Sykt ........ nak bagi hadiah Boucer pada Haji" sambil menunjukkan sampul ditangannya.

"Apa itu????. Gores & Menang kah???" Tanya aku.

"Tidak Haji, Ini bukan Gores & Menang, Dalam sampul ini ada Boucer percuma, RM5, RM10 dan banyak lagi  Haji boleh dapat percuma." kata perempuan India itu.

"Mana boleh saya tukar itu boucer" Tanya aku.

"Pasaraya dan beberapa tempat lagi, nanti saya kasi tahu tapi, Haji mesti buka dulu" kata perempuan itu lagi.

Aku pun mengambil satu sampul dan membukanya. Memang betul didalamnya terdapat satu baucer bernilai RM5.00.

"Tahniah. Haji ada peluang satu lagi untuk buka" kata perempuan India itu lalu dihulurkan satu lagi sampul serupa kepada aku. 

Aku pun ambil dan sampul ini agak susah dibuka berbanding sampul yang mula tadi. Namun, aku buka juga sebab aku tak perlu bayar apa2 pun.

Apabila terbuka saja sampul itu, tidak kelihatan Boucer RM5 seperti tadi. Yang ada hanya satu logo bulat terlekat pada kertas yang tidak tertulis apa2 nilai pun.

Perempuan India yang ada diluar Jeep aku, melompat kegembiraan.

"Tahniah Haji....tahniah Haji.." sambil menepuk2 tangannya.

"Kenapa"...kata aku

"Haji telah menang pakej hadiah bernilai RM23,000/=  mari saya tumpang Haji pergi Office saya untuk dapatkan hadiah itu" kata perempuan India itu.

"Eh... saya menang awak pulak yang suka apa hal??  Ini tak dak tulis tanda apa2 pun, hanya bulat saja" Kata aku.

"Itu bulatan tanda Haji menang pakej RM23,000 boleh pergi melancong atau Haji mau pergi Umrah, cepat2 mari kita pergi Office untuk dapat itu pakej" kata perempuan India itu lagi.

Aku mula merasakan sesuatu yang tak betul sedang berlaku. Memang sudah menjadi prinsip hidup aku yang amat percaya Mustahil untuk mendapat sesuatu ganjaran tanpa usaha ataupun modal yang setimpal.

Lantas aku menyerahkan kembali Boucer itu kepada perempuan India itu sambil berkata;

"Saya bagi ini boucer pada awak, awak pergilah angkat itu hadiah. Saya tak mahu" .

"Kenapa Haji, Ini Haji sudah menang, saya tak boleh ambil. Saya promoter saja" kata perempuan itu.

"Apa susah, awak carilah boyfriend awak dan pergilah claim itu hadiah. Awak dapat pergi melancong pulak tu. saya tak mahu" kata aku.

"Jangan macam tu Haji, Haji sudah menang, saya ikut Haji pergi angkat hadiah kat office saya." kata perempuan itu masih berkeras memujuk aku.

Nasib baik "sense of intelligence" aku tercetus ketika itu dan aku pun terus berkata;

"OK, awak ada 2 pilihan sekarang, ambil ini boucer dan pergi dari sini atau ikut saya naik Jeep ini kita pergi ke Balai Polis, saya mau buat report" kata aku. Kebetulan Ibu Pej. Polis Daerah pun tak berapa jauh dari situ.

Apa lagi, mendengar kata2 aku, Boucer itu diambil kembali dan perempuan India itu terus beredar dari Jeep aku.

Sebelum aku beredar, aku jelas Nampak beliau menuju kesebuah kereta yang terdapat beberapa orang lelaki Melayu berdiri berhampiran kereta tersebut.

Dengan selamba seperti tiada apa yang berlaku, aku pun terus beredar meninggalkan tempat tersebut.

Percayalah, dalam hidup yang penuh pancaroba ini tidak ada sesuatu pun yang akan datang bergolek kepada kita tanpa kita berusaha.

Nilai2 hidup murni akan musnah sekiranya sesaorang yang tamak haloba termakan pujukan syaitan yang kerjanya hanya memperdayakan manusia.