Selamat Menyambut Hari Kelahiran Buat Isteri Ku |
Alhamdulillah, dengan kembalinya anak2 menantu kerumah kami sempena cuti Hari Wesak yang lepas maka dapatlah mereka menganjurkan Majlis Sambutan Hari Lahir buat ibu mereka dengan meriahnya. Ada yang membeli Kek dan ada yang memasak, membeli makanan dan sebagainya.
Khusus Buat Isteri Ku...
- 36 tahun yang lalu, kau pasrah menerimaku seadanya sebagai teman hidup mu hingga kini.
- Ketika itu, aku tidak mempunyai apa2, terbuang jauh dari keluarga, hidup sebatang kara dibandaraya, berdikari tanpa siapa pun peduli.
- Tiada basikal, motorsikal apalagi Kereta. Kita hanya mampu tinggal dirumah sewa yang tidak berbilik dengan kadar sewa bulanan hanya RM50/= sahaja.
- Namun kau tabah menerimanya sehinggalah kita memiliki 4 cahaya mata.
- Kau mendidik & membesarkan mereka sepenuh masa sehingga semuanya Berjaya memperolehi segulung ijazah setiap seorang dari beberapa Universiti Nusantara.
- Mungkin dengan kecekalan, keikhlasan & keberkatan kehidupan kita dan rahmat dari yang Maha Esa, cahaya dihujung terowong semakin hampir dicapai oleh kita.
- Dengan kerjasama mu yang kuat, nasihat yang ikhlas, kerahmatan & keberkatan hidup mula terasa.
- Aku semakin Berjaya dibidang kerjaya & dengan rezeki yang halal kita mula mengumpulkan harta, mengorak langkah membina kehidupan yang bermakna.
- Kini kita menikmati segala......
Terima Kasih diatas ketabahan Mu dan Selamat Menyambut Hari Lahir aku ucapkan kepada Mu.
Tiada ada hadiah yang ternilai untuk aku hadiahkan diatas kecekalan & ketabahan Mu hidup disampingku selain dari hadiah dibawah ini yang tak pernah kau minta.
Tahniah, semoga sentiasa sihat sejahtera.
Wassalam.
Tidak Ternilai berbanding Pengorbanan Mu |