Rabu, 8 Mei 2013

Supremacy Class of Mentality

Segala2nya telah terjawab. Jangkaan aku ternyata meleset. Tapi, sekurang2nya aku telah menyatakan bahawa aku sukar untuk menjangkakan keputusan untuk Kedah berdasarkan gaya MBnya mentadbir negeri tersebut.

BN mendapat 133 Kerusi dan PR mendapat 89 Kerusi Parlimen.  Ini bermakna BN mendapat kelebihan 21 kerusi majoriti mudah untuk memerintah. Prestasi yang kurang baik jika dibandingkan dengan apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi ketika memimpin BN iaitu 140 kerusi pada PRU12, 2008. PR pula berjaya menambah 7 lagi kerusi dari 82 pada tahun 2008. Kalau dengan 140 kerusi Pak Lah dianggap lemah dan didesak untuk melepaskan jawatan ketika itu namun Najib lain pulak. Walaupun merosot prestasi dengan keputusan yang paling lemah dicapai BN berbanding dengan  semua pilihanraya yang lepas beliau masih dipuji dan disanjung. Inilah kehebatan Najib yang memang menguasai media perdana.

Walau bagaimanapun, kalau berdasarkan majoriti popular iaitu majoriti sokongan rakyat Malaysia, Maka PR lah yang memenangi PRU13 itu. 

PR mendapat jumlah undi keseluruhan sebanyak 5,623,984 undi rakyat Malaysia atau 51%.

BN mendapat jumlah undi keseluruhan sebanyak 5,237,699 undi rakyat Malaysia atau 47%.

2% lagi diperolehi oleh lain2 parti atau Bebas.

Ini yang aku katakan "Supremacy Class of Mentality". 
PR memenangi hampir kesemua kerusi parlimen kawasan Bandar yang mempunyai jumlah pengundi yang banyak berbanding dengan BN hanya mendapat sokongan pengundi luar bandar dengan pengundi yang tak seramai bandar. Namun demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Malaysia adalah berdasarkan jumlah kerusi bukan berdasarkan jumlah undi sokongan majoriti rakyat. Mentality rakyat luar bandar masih "stagnant" manakala bandar berubah mengikut situasi semasa.

Pemikiran rakyat luar bandar dipengaruhi oleh Media Massa Perdana yang sepenuhnya dikuasai kerajaan. Rakyat Bandar dapat berfikir dengan jelas berdasarkan maklumat dihujung jari.

Tewas

Walau apa pun, Tewas sudah tewas. Tapi aku tetap yakin ketewasan PR kali ini di sebabkan faktor Haji Hadi. PAS sebenarnya kuat tetapi mempunyai pemimpin yang lemah. Dalam artikel yang lepas aku telah nyatakan yang Haji Hadi adalah seorang ilmuan, ulamak tersohor TETAPI beliau teramat kureng dalam aspek berpolitik.

Aku bangga dengan karisma Anwar, Rafizi dipihak Keadilan. Kit Siang dan Guan Eng dipihak DAP. Manakala dipihak PAS, aku hanya nampak Nik Aziz dan Mat Sabu yang hebat berpolitik dan bersungguh2 untuk membawa PR ke Putrajaya.

PAS mempunyai ahli yang ramai dan kuat. Banyak ranting dan cabang tak seperti Keadilan dan DAP. Namun, askar yang ramai tak boleh membawa kemenangan apabila dipimpin oleh General yang lemah. Pepatah Inggeris ada mengatakan "It's not about a good soldier but it's because of a Bad General".

Aku telah nyatakan beberapa aspek kelemahan Hadi dalam artikel lepas dan aku senaraikan lagi beberapa kelemahan beliau seperti dibawah.

1.  Teragak2 untuk menyatakan  siapa yang akan jadi PM jika PR menang walaupun DAP secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar.  Sebenarnya Hadi pun tahu dalam PR ada 3 parti besar iaitu Keadilan, DAP dan PAS. Maka mustahil PAS akan mendapat jawatan PM satelah DAP menyokong Anwar. Tidak menyatakan pendirian menyebabkan penyokong PR tertanya2 apakah ada muslihat tertentu atau lain2 keputusan. Kesetian pada Pakatan nampak tak solid.

2.  Masih memainkan isu Hudud ketika hampir tarikh mengundi. DAP pastinya tercabar kerana pendirian parti itu menentang perlaksanaan Hudud. Maka ada pengundi Cina yang mula berbelah bagi untuk mengundi PAS sedangkan mereka tidak ada masalah untuk mengundi Keadilan. Sebab itu Parti Keadilan menang lebih banyak dari PAS.

3.  Sebagai pemimpin tertinggi beliau gagal menangani isu kepimpinan PAS Kedah apabila disuatu ketika berlaku konflik dalam pentadbiran PAS Kedah. Sebagai pemimpin tertinggi beliau gagal membaca signal. Konflik dalaman lah yang menjatuhkan Kerajaan PR di Kedah dalam PRU13.

4. Terlalu "Complacent". Contohnya sebaik saja keputusan PRU13 diumumkan, beliau adalah pemimpin pertama PR yang menyuruh rakyat menerima keputusan pengundian. Anwar menolak, DAP lebih bijak iaitu sekadar melihat keadaan.  Kenapa Hadi cepat sangat menerima sedangkan Timbalan beliau, Mat Sabu masih mengkaji akan keputusan tersebut terutama dengan peratusan kehadiran pengundian di Pendang (dikawasannya - Luar Bandar) mencecah 90%. Tertinggi melebihi peratusan pengundian disebahagian kawasan bandar. Mat Sabu masih ragu2 dengan kehadiran ramainya pengundi Siam di Pendang.

5. Tiadanya motivating faktor kepada jentera parti untuk bersatu dan berjuang berhabis2an untuk mencapai kemenangan.  Mat Sabu yang lebih gigih berjuang tetapi tidak mendapat sokongan kuat dari pentadbiran PAS Kedah terutama MBnya. "Silo attitude". Masing2 hanya mempertahankan diri masing2.

6. Sepatutnya Hadi berusaha bersungguh2 bagi memenangkan Husam yang sanggup bertanding di Putrajaya. Bukanya membiarkan Husam terkial2 menonjol diri.

7. Nik Aziz telah melepaskan jawatan MBnya. Sebagai pemimpin PAS tertinggi, Hadi sepatutnya bersuara untuk menstabilkan pentadbiran Kelantan yang baru. Husam yang merupakan Exco Kanan sebelum ini telah tidak terpilih dalam barisan pentadbiran baru. Aku bimbang budaya "Cah Keting" yang menyebabkan UMNO tumbang di Kelantan sebelum ini mula meresap ke pentadbiran PAS. Apakah Kelantan akan mengikut jejak Terengganu dan Kedah yang akan tumbang kepada UMNO pada pilihanraya yang akan datang?. Hadi masih membisu. Sama ada beliau sedar atau tidak atau buat2 tak tahu saja atau macam mana?. Janganlah lembab sangat. Pemimpin mestilah agressif dan progressif. Awak yang patut jawab dulu bukan orang lain.

Kesimpulan

PR boleh berjaya dengan lebih baik selepas ini dengan syarat PAS mesti diterajui oleh a Good General.  Di saat peluang yang terhidang didepan mata kini terlepas bagitu saja. Selain dari Nik Aziz dan Mat Sabu, Aku tak nampak ada pemimpin yang boleh menguatkan PAS. Pihak PAS mesti berusaha memujuk Doktor Asri untuk melibat kan diri dalam kepimpinan PAS. Beliau dilihat lebih rasional, ilmuan dan mahir dalam siasah politik. PAS akan maju jika mendapat kidmatnya.

Hadi mesti letak jawatan supaya pemimpin baru dapat menempatkan PAS ketahap yang lebih baik & dihormati.