Setelah bagitu lama keloh kesah, tertanya2, ternanti2 akhirnya PM mengistiharkan Pembubaran Parlimen pada jam 11.30 pagi tadi apabila diperkenankan oleh YDP Agung. Sebelum ini berbagai spekulasi timbul, Nujum2 politik membuat pelbagai ramalan, tak ketinggalan puak2 dikalangan parti pemerintah sendiri yang tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pembubaran. Contohnya berita yang dilapurkan oleh Astro Awani semalam mengatakan yang saorang Menteri di Jab. Perdana Menteri sendiri menyatakan yang kemungkinan besar parlimen akan dibubarkan pada penghujung bulan ini.
Kenapa timbul suasana yang gawat seperti ini. Negara2 maju seperti Amerika, Eropah bahkan jiran2 kita yang terdekat seperti Singapura, Indonesia dan Thailand lazimnya mengumumkan berbulan2 lebih awal tarikh pilihanraya mereka berbanding Malaysia. Apa yang lebih menghairankan ialah tidak pernah berlaku dalam sejarah iaitu sebuah Dewan Undangan negeri iaitu DUN Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendirinya setelah melebihi tempoh mandat 5 tahun yang diberi oleh rakyat.
Jawapannya tak lain tak bukan ialah TAKUT. Kuasa yang diberikan oleh rakyat hanya 5 tahun sahaja. Lambat laun apabila sampai tempohnya ianya akan terbubar jua. Muka & Nada suara PM semasa pengistiharan pembubaran juga tidaklah seceria biasa. Yang nampak lebih keceriaan & sentiasa tersenyum ialah TPM yang berdiri dibelakangnya. Apatah lagi PM membuat pengumuman kesilapan tarikh pembubaran hari ini dikatanya 3hb. April 2012. Macam mana kesilapan ini boleh berlaku pada tarikh bersejarah ini. Tak tahulah bagaimana Media & TV pembodek akan menyiarkan pengistiharan yang tersilap itu untuk ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia nanti. Kata PM lagi, pengistiharan hari ini merupakan hari ulangtahun genap 4 tahun beliau menjadi PM. Bagi masyarakat Cina mungkin tidak gemar dengan angka 4 yang disebut "C" atau mati.
Sebenarnya amat janggal bagi pemerintah memberi apa2 alasan untuk melengah2kan pembubaran kerana umum mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Apa perlu takut kalau kita banyak berbakti kepada rakyat, banyak memberi bantuan segera seperti BR1M, Insentive Gaji, Bantuan Once Off dan sebagainya. Namun, nama pun "segera" orang pun akan segera melupakannya. Pemerintah yang bijak bukan memerintah untuk jangka pendek tetapi mementingkan kestabilan dan kemakmuran untuk jangka panjang. Jangan beri ikan kepada orang susah kerana ia akan membuatkan mereka lalai, leka dan malas yang hanya akan mengharapkan bantuan sepanjang masa. Tapi berikan mereka pancing dan umpan serta peralatan untuk mereka berusaha mencari hasil yang berterusan dan lebih besar dari nilai ikan yang diberikan kepada mereka. Jangan beri Beras kepada Petani kerana mereka akan leka dan mungkin akan lupa punca rezeki mereka ialah Bertani. Berikan Sistem perairan yang baik, baja yang baik, ujudkan makanisma peruntukkan jentera yang moden untuk memudahkan kerja2 pertanian seperti yang dinikmati oleh Petani2 negara maju. Pasti hasil yang akan mereka perolehi akan melebihi nilai beras, BR1M RM500/= tersebut.
Nah, janji pihak yang disebelah sana pulak nak turunkan harga minyak, nak hapuskan Tol, hapuskan PTPTN, Turunkan harga kereta & motorsikal dan lain2......nampaknya menarik dan itulah bantuan secara tak langsung sebagai strategi jangka panjang. Namun, Mencemuh pulak pihak yang sebelah sini katanya ....setakat janji sapa pun boleh, tapi tak ditepati contohnya di Selangor, banyak kes mahkamah difailkan kerana janji dalam menifesto tak ditepati.
Aku melihat, bidang kuasa kerajaan negeri tidaklah absolute, ianya masih terikat dan bergantung kepada Kerajaan Pusat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua hasil yang dipungut oleh agensi kerajaan akan diperolehi oleh Kerajaan Pusat. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah terbatas. Selagi Kerajaan Pusat masih di terajui oleh pihak lain maka pihak negeri tidak akan berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan. Tak hairanlah kalau kita baca lapuran Ketua Audit Negara menyatakan banyak kerajaan negeri terutama dipihak Pusat berhutang terlalu tinggi dengan kerajaan Pusat. Sebab itulah tidak ada satu negeri pun yang dibawah Kerajaan Pusat membuat tawaran itu ini kepada rakyat negeri2 berkenaan kerana mereka tahu hanya Pusat yang boleh melakukannya.
Apa lagi..... Untuk merealisasikan janji penurunan harga minyak, penghapusan Tol dan sebagainya akan hanya terlaksana apabila Kerajaan Pusat bertukar. Ayuh kuasa ditangan anda. Berfikir dengan matang. Tolak penggagihan kekayaan yang tidak adil seperti "Satu untuk Engkau, Seratus untuk aku & keluarga aku. "Ini kalilah" setelah menunggu sekian lama. Aku sendiri tak mahu suasana kehidupan seperti ini berterusan disebuah negara yang amat kaya ini. Ayuh Berani Berubah, Berani Berhijrah untuk sesuatu yang lebih baik.
Ini Kali lah..