Ahad, 10 Mac 2013

Kifarah

Aku pasti ramai yang pernah mengalami situasi dimana setiap kali selesai sesuatu majlis, Tuan Pengerusi akan menyebut seperti ini, “kita sudahi majlis ini dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Sebenarnya, Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.

Perkataan yang hampir dengan Kifarah ialah Kaffarah iaitu dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t. Kedua pengertian adalah bermaksud sama iaitu Balasan bagi menutup perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Aku menulis tajuk ini kerana merujuk kepada kenyataan Tuan Guru Nik Aziz terhadap DS Anwar berpunca pendedahan bapa Saiful.  Nik Aziz mengatakan Anwar menerima Kifarah di dunia lagi bagi menunjukkan akan bebas daripada tuduhan serta menerima pembalasan yang baik diakhirat kelak. Doa sesaorang yang terinaya oleh fitnah dan sebagainya amat dimakbul oleh Allah SWT. Sebaliknya, orang yang menuduh dan mempermainkan sumpah menggunakan nama Allah akan dirungkaikan kemungkarannya satu persatu.

Kuasa Allah SWT sememangnya mengatasi segala perancangan manusia. Sesuatu yang tidak dijangka sama sekali tiba2 berubah dengan kehendakNya. Apakah ia satu pertunjuk???.  Hanya orang2 yang arif yang dapat mentafsirkannya.

Terfikirkah kita akan perkara berikut boleh berubah????? :-

1.  Bekas Peguam Cara Negara, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwa raya dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Peguam Cara dan bertukar kepada Peguam Bela serta menyertai pula pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu, yang dikenakan tuduhan berhubung perhimpunan Bersih 3.0.

2.  Deepak yang sebelum ini menjadi rakan baik kepada pemimpin negara kini satu persatu mendedahkan segala penyelewengan & konspirisi khususnya berhubung dengan pemimpin berkenaan.

3.  Kembalinya Bala dengan pendedahan demi pendedahan untuk mengheret pihak yang mempergunakanya bagi mengeluarkan Akuan Sumpah Ke2 disamping cerita sebenar berkenaan Altantunya.

4.  Bapa Saiful yang saban hari mengiringi Saiful ketika perbicaraan Kes Liwat 2 sedar dari kesilapan dan kini memohon maaf kepada DS Anwar kerana kenyataan dulunya semuanya telah disediakan oleh orang lain.

5.  RCI yang sedang berlangsung di Sabah mendedahkan Rakyat Asing termasuk kaum Sulu yang telah diberi IC dan mendapat kemudahan mengundi kini kaum kerabat mereka pula yang datang menceroboh untuk kununnya menuntut hak mereka.

6.  Keluarnya beramai2 Bekas Pegawai2 Turus Angkatan Tentera dan bekas Ketua2 Pengarah Agensi Kerajaan menyertai pihak pembangkang bagi menghadapi Pihak Pemerintah yang mereka dukungi sebelum ini.

Demikianlah satu persatu kemungkaran terdedah. Sememangnya bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Apabila bangkainya mula berulat, busuknya meresapi segenap pelusuk melangkaui nusantara. Halubaya-halubaya dan hamba sahaya tak dapat lagi menghindarkan bau hanya dengan menutup hidung sahaja. Busuknya mesti dibuang terus.

Demikianlah, Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.