Assalamualikum Encik Pisol Maidin.
Terima kasih kerana sudi melayari Blog "Dusun Ku" ini dan saya telah membaca komen tuan yang dihantar melalui email.
Saya dengan rendah diri menerima talian persahabatan yang dihulurkan. Sebenarnya "Meru" merupakan sebuah daerah yang saya sentiasa kunjungi satu ketika dulu. Saya selalu melawat Stesen PETRONAS Meru yang diuruskan oleh Allahyarham Wak Surani. Sekarang ini, stesen ini diuruskan olen Puan Zuraidah anak kepada Wak Surani. Saya juga ada kawan bernama Effandi Jamingin yang tinggal serumah sewa di Sungai Way ketika bujang dulu. Dukacitanya, kawan saya Effandi ini baru meninggal dunia pada bulan lepas dan saya hanya diberitahu pada minggu lepas. Kalau saya tahu awal kemungkinan besar saya akan menziarahi jenazahnya kerana saya amat kenal dengan keluarganya. Beliau meninggal di usia yang muda dari umur saya kabarnya akibat sakit jantung.
InsyaAllah, jika ada kelapangan apabila saya ke Meru, saya akan hubungi tuan. Kalau datang Kuantan, singgahlah dirumah saya. Bulan Julai nie harap2 meriahlah kerana kalau menjadi Durian mula gugur.
No. Phone tuan telah saya savekan dalam handset saya.
Wassalam.
Note : Copied from my replied email to you