Khamis, 21 November 2013

Alhamdulillah. Kini Menghadapi Cabaran Baru

Satelah lebih dari setahun belajar secara intensif, mengharungi dan berjaya mengatasi 3 Peringkat Ujian Hafalan & 1 Peringkat Praktikal Herba (Tasmiq Bacaan 33 Hafalan Asas ayat2 Al Quraan, Surah terpilih & Doa) kini aku berhadapan dengan Cabaran Dunia Realiti.  Dunia yang penuh pancaroba permainan Makluk Zahir & Misteri ciptaan Allah SWT samada nyata & tersembunyi.

Aku terasa bagitu inferior diawal pembelajaran kerana bergandingan bersama peserta2 lain yang hampir keseluruhannya terdiri dari para Ustaz & Pensyarah Agama, Imam Besar Masjid Negeri, Guru2 Tahfiz mempelajari selok belok Pengubatan Islam dari Tuan Guru Dato' Doktor yang amat dikasihi. Berbeza sama sekali dengan ilmu akademik yang aku belajar sehingga di Universiti dengan Ilmu Pengubatan Islam kerana ilmu ini mesti dipraktikkan apabila berhadapan dengan situasi sebenar suatu realiti.

Selain dari meminati aktiviti berkebun, penglibatan dalam Pengubatan Islam adalah aktiviti yang amat aku impikan sebelum ini. InsyaAllah, aku akan membuka satu ruang dalam Blog Dusun Ku ini untuk menceritakan Pengalaman Pengubatan yang telah aku lalui sebelum ini sebaik sahaja secara rasmi aku menerima Penganugerahan Ijazah dari yang amat Di Kasihi Yang Berbahagia Dato' Tuan Guru dalam satu Majlis Konvokesyen yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Sesungguhnya benarlah apa yang disabdakan oleh Hadith Nabi SAW. "Setiap Penyakit itu ada Ubatnya kecuali Mati".


Menghadiri Ijtimak Darussyifa' Se Malaysia di KUIS Bangi

Perhimpunan Di Sebelah Malam Untuk Menerima "Sanad Al Fatihah" dari Tuan Guru

Ahad, 17 November 2013

Seminar Usahawan Tani Peringkat Negeri Pahang.

Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kuantan kerana memilih dan memberi peluang kepada aku bagi menghadiri Seminar Usahawan Tani Peringkat Negeri Pahang selama 2 hari termasuk penginapan di Manja Hotel Kuantan pada 12 - 13/11/2013. Bukan sahaja makanan & penginapan percuma yang disediakan bahkan wang saku & perbelanjaan yg banyak (ratusan ringgit) turut aku terima sebagai peserta terpilih.

Inilah pertama kalinya aku berpeluang menghadiri satu Seminar khusus berhubung dengan Pertanian & Peladang bersama beratus orang petani, penternak dan usahawan terpilih bagi Negeri Pahang. Banyak perkara & ilmu yang aku perolehi melalui Seminar ini. Yang paling mengembirakan ialah aku berada sebaris dengan para petani, nelayan dan penternak bagi menimba & menambah ilmu dalam bidang ini.

Aku mendapati bahawa Usahawan Tani pada masa ini berpengetahuan tinggi. Kebanyakan peserta yang mengemukakan persoalan fasih berbahasa Inggeris. Inilah petani moden yang memakmurkan bangsa & negara. Syabas kepada penganjur dan peserta.

Aku berharap akan diberi peluang lagi untuk menghadiri sebarang aktiviti yang melibatkan bidang pertanian selepas ini.

Kini secara rasmi aku tergulung dalam kalangan Peladang yang amat aku minati.

Terima kasih.

Khamis, 14 November 2013

Diantara Bijak dan Lembab

Sebenarnya aku rasa dah malas nak mengulas isu politik lagi satelah menyedari transformasi minda masyarakat kini masih ditahap rendah & stagnant serta "Apa Ku Kisah" attitude berdasarkan kepada PRU 13 yang lalu. Tetapi melihatkan scenario keputusan PRK DUN Sg. Limau baru2 ini disertakan komen2 dalam media tanpa henti terasa juga ingin mengulas sedikit berkenaan PRK tersebut.

Hakikatnya PAS atau PR menang PRK tersebut tetapi dengan majoriti yang jauh lebih rendah dari majoriti yang diperolehi pada PRU 13. Manakala BN walaupun kalah tetapi berjaya menambah kenaikan sokongan sebanyak 465 undi.

Berbagai alasan diberikan oleh kedua2 pihak terhadap keputusan PRK tersebut.  PAS mengatakan terpaksa lawan dengan seluruh jentera kerajaan. Menyalahkan SPR kerana mengadakan pengundian pada hari bekerja mengakibatkan seramai lebih 2600 orang pengundi luar tidak dapat mengundi. BN pula mengatakan yang ianya Menang dalam Kekalahan satelah berjaya menambah undi. Dan yang paling menarik saorang Menteri mendakwa terdapat pengundi Hantu dipihak PAS dan bersedia menunjukkan bukti. Kini, dipihak kerajaan pula mula bercakap pasal pengundi hantu. SPR pun agak terkejut dengan dakwaan Menteri tersebut kerana Pengundi Hantu selama ini didakwa oleh pihak pembangkang. Kredibiliti mereka tercabar hebat nampaknya.

Pendapat Aku
Sebenarnya keputusan PRK menyerlahkan 2 faktor penting iaitu  BIJAK dan LEMBAB.  BN mendapat kenaikan undi majoriti dikawasan Cina seperti Kawasan Dulang Besar dan Dulang Kecil. Peratusan undi Cina meningkat kepada BN hampir lapan 8% iaitu menyamai 465 undi. Manakala PAS mengekalkan majoriti besar undi dari kawasan Bukit Besar, Bukit Choras, Sungai Dedap dan Sungai Kering yang hampir 100% terdiri dari orang Melayu. Jelas disini undi Melayu bagi PAS dan BN bertahan hanya undi Cina bertambah kepada BN. BIJAK yang aku maksudkan ialah cara orang Cina berpolitik. Hampir RM15 juta peruntukan ditaburkan oleh BN yang sebahagian besarnya kepada sekolah2 kebangsaan Cina di Sg. Limau membuatkan pengundi Cina berfikir yang tidak rugi jika sebahagiannya beralih kepada BN dalam PRK ini kerana BN akan terus memberi peruntukan kepada mereka mungkin juga dalam PRK2 yang lain kelak. Dan sadikit peningkatan sokongan perlu ditunjukkan untuk memberi sedikit harapan kepada BN kononnya pengundi Cina mula beralih arah. Najib tidak akan lagi bertanya "Apa Lagi yang Cina mahu???. Sebaliknya pengundi Cina mahu Najib memikirkan berapa banyak lagi peruntukan yang perlu ditambah untuk Masyarakat Cina. Bijak, memang Bijak.

Faktor Lembab pula aku rujuk kepada Mukhriz, MB Kedah yang baru. Mukhriz mempunyai banyak peluang dan ruang untuk merampas DUN Sg. Limau dari PAS. Tetapi peluang dan ruang dipersiakan kerana strategi & tidakkan beliau yang lembab dalam menghadapi situasi di Sg. Limau. Contoh yang paling ketara kelembabpan beliau ialah apabila beliau berjanji untuk mengambil  DUN Sg. Limau sebagai Anak Angkat sekiranya BN memenangi DUN tersebut dalam kempen beliau 2 hari sebelum tarikh mengundi.  Kenapa berjanji semasa kempen?. Disaat2 akhir pulak tuu. Sekiranya beliau bijak, sepatutnya apabila Allahyarham Azizan jatuh saja sakit dan mendapat rawatan di hospital maka ketika inilah peluang yang terbaik bagi Mukhriz melafazkan pengambilan DUN Sg. Limau sebagai Anak Angkat kerana penyandangnya sedang sakit dan kapasiti beliau pula seorang MB yang baru. Apatahlagi beliau telah beberapa kali pergi melawat  Arwah ketika sedang sakit. Tak dapatkah beliau berfikir satu strategi pada ketika itu untuk menarik sokongan masyarakat khususnya di Sg. Limau kepada BN???. Rakyat Sg. Limau sudah pasti dapat melihat keikhlasan Mukhriz untuk membantu mereka walaupun dari parti yang berlainan jika ia dilafazkan ketika Arwah sedang sakit . Banyak lagi faktor kelembabpan yang dimiliki oleh Mukhriz yang aku rasa akan aku ulas diartikel akan datang.