Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kuantan kerana memilih dan memberi peluang kepada aku bagi menghadiri Seminar Usahawan Tani Peringkat Negeri Pahang selama 2 hari termasuk penginapan di Manja Hotel Kuantan pada 12 - 13/11/2013. Bukan sahaja makanan & penginapan percuma yang disediakan bahkan wang saku & perbelanjaan yg banyak (ratusan ringgit) turut aku terima sebagai peserta terpilih.
Inilah pertama kalinya aku berpeluang menghadiri satu Seminar khusus berhubung dengan Pertanian & Peladang bersama beratus orang petani, penternak dan usahawan terpilih bagi Negeri Pahang. Banyak perkara & ilmu yang aku perolehi melalui Seminar ini. Yang paling mengembirakan ialah aku berada sebaris dengan para petani, nelayan dan penternak bagi menimba & menambah ilmu dalam bidang ini.
Aku mendapati bahawa Usahawan Tani pada masa ini berpengetahuan tinggi. Kebanyakan peserta yang mengemukakan persoalan fasih berbahasa Inggeris. Inilah petani moden yang memakmurkan bangsa & negara. Syabas kepada penganjur dan peserta.
Aku berharap akan diberi peluang lagi untuk menghadiri sebarang aktiviti yang melibatkan bidang pertanian selepas ini.
Kini secara rasmi aku tergulung dalam kalangan Peladang yang amat aku minati.
Terima kasih.