Aku terasa bagitu inferior diawal pembelajaran kerana bergandingan bersama peserta2 lain yang hampir keseluruhannya terdiri dari para Ustaz & Pensyarah Agama, Imam Besar Masjid Negeri, Guru2 Tahfiz mempelajari selok belok Pengubatan Islam dari Tuan Guru Dato' Doktor yang amat dikasihi. Berbeza sama sekali dengan ilmu akademik yang aku belajar sehingga di Universiti dengan Ilmu Pengubatan Islam kerana ilmu ini mesti dipraktikkan apabila berhadapan dengan situasi sebenar suatu realiti.
Selain dari meminati aktiviti berkebun, penglibatan dalam Pengubatan Islam adalah aktiviti yang amat aku impikan sebelum ini. InsyaAllah, aku akan membuka satu ruang dalam Blog Dusun Ku ini untuk menceritakan Pengalaman Pengubatan yang telah aku lalui sebelum ini sebaik sahaja secara rasmi aku menerima Penganugerahan Ijazah dari yang amat Di Kasihi Yang Berbahagia Dato' Tuan Guru dalam satu Majlis Konvokesyen yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Sesungguhnya benarlah apa yang disabdakan oleh Hadith Nabi SAW. "Setiap Penyakit itu ada Ubatnya kecuali Mati".
Menghadiri Ijtimak Darussyifa' Se Malaysia di KUIS Bangi |
Perhimpunan Di Sebelah Malam Untuk Menerima "Sanad Al Fatihah" dari Tuan Guru |