Selasa, 24 Disember 2013

Dengan Redha .....Aku Menerimanya.

Assalammulaikum Wrkth.

Maaf... agak hampir 3 minggu aku tak ambil kisah pasal Blog ini. Segalanya bermula pada pagi 3hb. Disember 2013. Ketentuan Allah SWT mengatasi perancangan manusia. Pada 2 dan 3 hb, tidak ada sebarang ramalan pun daripada Badan Meteorologi  akan berlakunya banjir besar melanda Kuantan. Dan aku tak salahkan pihak berkuasa di Kuantan kerana tidak membuat persediaan. Kerana, tidak ada tanda2 yang akan berlakunya banjir. Memang mereka tak bersedia pun. Dan akhirnya ketentuan Allah SWT menyebabkan berlakunya  Banjir Terbesar sehinggakan hampir 4 hari barulah air surut sepenuhnya di Daerah Kuantan.

Kemudian, pada 9hb. Disember barulah Badan Meteorologi meramalkan melalui hebahan TV dan Kereta Penerangan Bergerak bahawa akan berlaku banjir besar kali kedua diantara jam 12 malam hingga 3 pagi malam tersebut TETAPI banjir tidak menjadi. Bahkan hujan tidak turun langsung pada masa itu dan beribu bintang kelihatan jelas memenuhi angkasa, Parit & longkang hampir kering. Penduduk tempatan hampir panik dengan amaran yang dikeluarkan.  Aku yang dihubungi tak henti2 oleh isteri dan anak2 yang menetap di KL menyuruh aku segera berpindah. Pada mulanya aku enggan berpindah kerana tidak nampak tanda2 akan berlaku banjir kali ke 2.  Tetapi, dengan desakan yang bertalu2 melalui phone call & SMS, aku berpindah juga ke Masjid Lama. Hanya 3 orang sahaja yang ada dan tidurlah kami di masjid itu hingga ke pagi.

Sekali lagi Badan Meteorologi menghebahkan ramalan melalui TV & Media Massa pada 17hb. Disember 2013 bahawa angin kencang & ribut & hujan lebat serta air pasang besar akan berlaku diantara 18 hingga 22hb Disember. Banjir yang lebih besar daripada 3hb. Disember dijangka berlaku di Kuantan dan penduduk dikehendaki bersiap sedia. Banyak Khemah2 askar dibina ditepi2 jalan. Banyak Bot2 & Jentolak di pakirkan di halaman Balai Polis Pmtg Badak.  Isteri ku mula memasukkan kembali kain baju yang telah dibasuh & dilipat kedalam beberapa plastik besar dan membuat lain2 persiapan takutkan ramalan oleh Badan Meteorologi, namun Banjir tidak juga menjadi.  Bahkan cuaca panas terik sepanjang tempoh 18 hingga 22hb. Disember.

Sebenarnya, apa yang ingin aku perkatakan disini ialah; Sepandai mana kebolehan manusia & Secanggih mana kehebatan Sains & Teknologi TIDAK akan dapat mengatasi Perancangan Allah SWT.  Pada asasnya kami merasa selesa & selamat kerana Benteng yang bagitu lebar, tinggi dan panjang berkilometer disepanjang Sungai Kuantan yang kos pembinaanya berpuluh juta oleh Kerajaan Negeri nampaknya berkesan dengan tidak berlakunya banjir semenjak tahun 2001.  Tetapi tahun ini air melimpah melebihi benteng. Dua kesilapan manusia yang akan mengakibatkan Allah SWT menurun bala semasa didunia lagi iaitu Pertama apabila manusia mula melakukan kerosakan dimuka bumi dan Kedua apabila manusia mula memutuskan Silratulrahim diantara mereka.

Banyak hikmah yang diperolehi semasa turunnya Bala Allah SWT ini. Aku akan ceritakan hikmah2 tersebut di artikel selepas ini. Aku akan juga menceritakan Kisah Ajaib "Kak Lisa" yang aku kenali & sayangi sepanjang 2 tahun sebelum ini hidup dengan sihat & segar walaupun tenggelam dalam air hampir 4 hari/malam tanpa sebarang makanan. Tunggu my next artikel diruangan ini. Wassalam.

 

Kami bersedia menaiki Jeep untuk berpindah. Kereta lain telah dipindahkan lebih awal


Aku dapat masuk melihat keadaan rumah pada 5/12 dan air melebihi paras pinggang